Followers

Showing posts with label Dewan Rakyat. Show all posts
Showing posts with label Dewan Rakyat. Show all posts

Thursday, 18 July 2013

Dewan Riuh-Rendah Apabila Shahidan Sokong Azmin Jadi MB Selangor !!



Hahahaha memang menarik , Datuk Seri Shahidan Kassim seperti semua sedia maklum merupakan otai dalam UMNO dan Barisan Nasional malah tindakan beliau yang bersahaja kadang-kalanya menjadikan sesuatu perbincangan menjadi lucu dan ini cukup menggelikan hati.

MMI yang pernah bersama beliau dalam beberapa PRK sebelum ini faham benar aksi tidak di jangka daripada Datuk Seri Shahidan Kassim yang mampu menceriakan suasana.

Apa pun , aksi menggelikan hati yang berlaku dalam Dewan Rakyat tersebut jelas sekali memperlihatkan si Azmin tu diam jer kihkihkih mesti kembang gilakan ? kan ? kan ?

kredit to keris pusaka 

MMI

Tuesday, 16 July 2013

Bung Mokhtar ~ DAP Taja Pasangan Blogger Seks ?!!


Dewan Rakyat hari ini kecoh berikutan kenyataan oleh anggota parlimen Kinabatangan (BN) Datuk Bung Mokthar Radin yang mendakwa DAP telah menaja pasangan blogger seks, Alvin Tan dan Vivian Lee.

Kenyataan beliau telah membangkitkan kemarahan anggota-anggota parlimen DAP yang meminta beliau menarik balik segera kata-kata tersebut.

Bung ketika dalam satu sesi perbahasan di Dewan Rakyat meminta supaya pasangan tersebut ditahan serta tak dibenarkan bebas kerana telah menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.

“Mereka perlu segera ditahan dan didakwa… jangan biarkan mereka bebas! Saya rasa gejala ini berlaku selepas PRU13, mungkin ini semua tajaan DAP," katanya.

Kenyataan Bung itu terus disambut dengan kemarahan wakil-wakil rakyat DAP termasuk anggota parlimen Taiping, Nga Kor Ming yang menyifatkannya sebagai fitnah dan perlu ditarik balik segera.

Semalam, pasangan kontroversi, Alvin Tan, 25, dan Vivian Lee, 24, telah hadir di pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk beri keterangan berikutan dakwaan mempersendakan bulan Ramadan.

Pasangan itu telah didakwa mempersendakan bulan Ramadan dengan memuat-naik gambar hidangan bak kut teh dengan kapsyen Selamat Berbuka Puasa.

Baca juga artikel di SINI & SINI 

MMI

Wednesday, 10 July 2013

JELAS Rafizi Hanyalah BONEKA Ciptaan ANWAR


Rafizi Ramli kantoi lagi. Bukan itu saja bahkan ahli Parlimen PKR kawasan Pandan,Selangor itu juga ‘terkedu’ kena penangan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamad di Dewan Rakyat pada Isnin.

Pada mulanya Rafizi yang juga Pengarah Strategi PKR mencelah Mustapa yang berucap menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di Pertuan Agong mendakwa tindakan kerajaan menurunkan harga kereta secara berperingkat menyebabkan kenaikan harga model lain selain jejaskan kualiti kereta.

Tidak berpuashati dengan jawapan menteri itu, Rafizi juga mendakwa tindakan itu menurunkan harga kereta menyebabkan ada gaji pekerja syarikat kenderaan turut diturunkan.

Bagaimanapun, Mustapa menegaskan pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung perkara itu.

Beliau kemudian mencabar Rafizi mengemukakan bukti tetapi pemimpin pembangkang itu gagal menyatakan syarikat mana yang menurunkan gaji pekerja berikutan penurunan harga kenderaan yang dikeluarkan.

Menyedari Rafizi masih tidak menyahut cabarannya, Mustapa terus mendesak Rafizi memberikan bukti.

“Kami tidak ada terima laporan bahawa selepas Proton atau Perodua atau Nissan atau Mazda turunkan harga, gaji (pekerja) diturunkan. Kalau Pandan (Rafizi) ada maklumat, sila berikan kepada saya. Saya nak tahu syarikat yang potong gaji”.

“Kita juga tak terima laporan ada syarikat yang kurangkan harga kereta tetapi naikkan model lain, begitu juga laporan bahawa syarikat yang turunkan tetapi potong bonus,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa Rafizi menyerahkan bukti bagi membolehkan kerajaan menyiasat dakwaan tersebut.

Melihat Rafizi gagal memberi bukti, Mustapa berkata dakwaan itu serius dan beliau ingin tahu supaya kes tersebut boleh dirujuk kepada Tribunal Pengguna.

“Ini satu dakwaan yang berat terhadap syarikat. Saya minta Pandan beri bukti,” katanya yang mendapat tepukan meja tanda sokongan ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) selepas Rafizi terus membisu.

Di luar Dewan, ada ahli-ahli Parlimen yang mendengar ‘perdebatan’ Mustapa dan Rafizi percaya ahli Parlimen PKR itu hanya membangkitkan isu tersebut tanpa bukti kukuh.

Ini kerana Rafizi sebelum ini didapati kerap menimbulkan beberapa isu tetapi gagal mengemukakan bukti malah beliau ‘kantoi’ apabila dakwaannya didapati tidak betul dan kurang tepat.

Dalam isu harga kenderaan, Rafizi main dengan macam-macam ‘matematik’ bagi gambarkan kerajaan gagal turunkan harga kereta sehingga 30 peratus.

Kerajaan sudah menurunkan harga kenderaan secara berperingkat bagi mengelak industri kereta terpakai terjejas teruk jika penurunan mendadak.sumber 

Apa yang boleh MMI katakan Rafizi Ramli sebenarnya hanyalah satu boneka ciptaan Anwar Ibrahim yang di pergunakan sepenuhnya bagi menjalankan kerja-kerja menghuru-harakan kem kerajaan.

Jika melihat kembali kepada beberapa isu berkaitan Rafizi sebelum ini , kita sudah dapat mengagak beliau hanyalah seorang pemimpin ciptaan yang menjadikan logik akal sebagai bahan untuk berpolitik.

MMI masih ingat bagaimana insiden debat di antara beliau dengan YB Khairy Jamaluddin yang cukup menarik bilamana Rafizi hilang punca dengan bahan-bahan logik akalnya sehinggakan memaksa Rafizi untuk mengutarakan soalan yang di luar konteks perdebatan Baca Sini 

Rasanya Rafizi kini sedar bahawa berada dalam Dewan Rakyat bukanlah semudah yang beliau sangka kerana di sini segalanya memerlukan fakta dan bukti kukuh sebelum berhujah.

Alo brader lu jangan bikin ribut !!

MMI

Friday, 5 July 2013

MP PAS Bagai KERA Kena Belacan BUKTI PAS Dah Lama SESAT !!


Sidang Dewan Rakyat baru-baru ini menyaksikan bagaimana kelakuan serta sikap berat sebelah malah jauh sesat wakil-wakil parti PAS apabila bangun mencelah perbahasan Ahli Parlimen BN daripada Tasek Gelugor YB Shabudin Yahya.

Hujah YB Shabudin Yahya cuba di celah oleh Ahli Parlimen lain (PAS) apabila kenyataan beliau tentang haramnya hukum menentang pemerintah di ungkapkan.Keadaan berterusan menjadi semakin panas apabila YB Shabudin memetik apa yang di sebut oleh Imam Nawawi di dalam kitabnya Shara Sahih Muslim iaitu menderhaka kepada pemerintah dan memerangi mereka maka hukumnya adalah haram.

Kemudiannya YB Shabudin memberikan contoh termasuk dalam takrifan menderhaka itu adalah membantah tanpa mengikut saluran yang sah seperti penganjuran demontrasi jalanan dan merosakkan kesejahteraan awam sebagaimana yang dilakukan oleh pihak pembangkang.

Di sinilah ahli-ahli parlimen daripada PAS mula bangun untuk mencelah dan keadaan semakin panas sehinggakan perlunya campur tangan Timbalan Speaker bagi menenangkan keadaan.

Lihat video di bawah



Agak melucukan apabila telatah ahli-ahli parlimen PAS yang begitu bersemangat mempertikaikan hujah YB Shabudin dengan alasan ianya menyimpang daripada fakta sebenar.Namun perlu diingat sememangnya apa yang diungkapkan oleh YB Shabudin itu adalah benar dan beliau memberikan contoh berdasarkan maksud membantah tanpa mengikut saluran yang sah dan menderhaka dalam kontek masa kini seperti mana yang dilakukan oleh pihak pembangkang melalui demontrasi terancang contohnya Black505.

Kata Imam an-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H):

وَأَمَّا الْخُرُوج عَلَيْهِمْ وَقِتَالهمْ فَحَرَام بِإِجْمَاعِ الْمُسْلِمِينَ، وَإِنْ كَانُوا فَسَقَة ظَالِمِينَ

“Adapun keluar dari ketaatan terhadap pemimpin (penguasa) serta memerangi (atau membangkang) mereka, maka hukumnya adalah haram menurut kesepakatan (ijma’) umat Islam, walaupun pemimpin tersebut bersifat zalim lagi fasiq.” (Perkataan Imam an-Nawawi, Syarah Shahih Muslim, 12/229. Turut disebutkan oleh al-Hafiz Ibnu Hajar dalam Fathul Bari)Baca Seterusnya 

Apa yang pasti wakil-wakil PAS yang bangun mencelah itu di lihat begitu bersungguh-sungguh sampaikan menegur YB Shabudin Yahya supaya menarik balik hujah beliau namun seperkara yang menjadi persoalan dalam kotak fikiran MMI adalah mengapa sebelum ini apabila ada kejadian yang hampir serupa iaitu isu-isu yang menghina agama Islam dan melibatkan pemimpin dan pihak pembangkang tidak ada satu suara pun yang keluar dari mulut-mulut wakil-wakil PAS ini.

Tak percaya jom kita review...









Apakah penggunaan ayat Al-Quran oleh Nga Kor Ming itu perkara yang tidak perlu di tegur ? Apakah mendoakan kehancuran sesama Islam itu di haruskan dalam Islam ? dan adakah menyamakan Nabi Muhammad seperti mana budak-budak lelaki lain itu bukan menghina Nabi Muhammad SAW ?

MMI nak tanya di mana suara puak-puak macai PAS sewaktu insiden ini berlaku ? Jangan pula kerana kawan dan kem yang sama segalanya HALAL belaka !! 

Rasanya cukup sekadar itu , MMI akan cuba dapatkan penjelasan daripada YB Shabudin sendiri berkenaan isu ini dalam masa terdekat.

PAS SESAT ?? Lama Dahhhhhh....

MMI

Wednesday, 3 July 2013

Gelagat Ahli Parlimen Pembangkang PERTAHANKAN Anwar !!!



Semuanya bermula apabila Ahli Parlimen Simpang Renggam, Liang Teck Meng, mendakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memiliki 20 akaun bank yang berpangkalan di luar negara termasuk Israel dengan jumlah simpanan kira-kira RM332 juta.

Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) mendakwa beliau mendapat maklumat itu daripada laman web Wikileaks.

Katanya Anggota Parlimen Permatang Pauh itu dikatakan mempunyai 20 akaun bank dengan jumlah simpanan kira-kira AS$66 juta (RM209 juta) dan SGD$49 juta (RM123 juta) di bank di Amerika Syarikat, China, Singapura dan Israel.

“Perkara ini tersebar luas dalam internet, dan apabila saya membaca perkara ini, terlintas dalam kepala ialah dari mana datangnya wang sebanyak ini,” katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang Di-Pertuan Agong pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Liang berkata setiap akaun itu mempunyai maklumat terperinci seperti nama pemegang, jawatan, nombor pasport, tarikh akaun dibuka dan tarikh matang.

Sehubungan itu, beliau meminta kerajaan menyiasat perkara itu kerana ia amat bahaya memandangkan ada akaun berkenaan dibuka di Israel sedangkan Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik dengan negara itu.

Dakwaan itu mengundang tindak balas Tian Chua (PKR-Batu) yang bangun mencelah dan mendesak Liang mengemukakan bukti dan tidak membuat tuduhan melulu sambil menggesa mengemukakan bukti itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan.

“…Kita sudah berjuang lebih 15 tahun, satu sen pun tidak dapat…jadi kalau pemimpin kita kaya macam ini, kita juga ingin tahu,” katanya.

Ini diikuti Jeff Ooi Chuan Aun (DAP-Jelutong) yang turut mendesak Liang mengemukakan bukti dan sekiranya gagal berbuat demikian perlu dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Desakan oleh wakil Pembangkang itu mendorong Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) bangun mencelah dan dengan lantang mencabar Pembangkang mengambil tindakan undang-undang ke atas WikiLeaks sekiranya maklumat itu adalah palsu.

Liang mengakhiri perbahasannya dengan berkata tindakan Anwar memiliki akaun di negara Israel seakan memungkiri janji dan komitmen ketika bersama mengutuk kekejaman tentera Israel ke atas penduduk Gaza tahun lepas.

“Tahun lepas, di dewan ini ketika perdana menteri membentangkan usul khas mengutuk serangan Israel ke atas Gaza, Permatang Pauh bersama PAS dan DAP turut mengutuk sama tetapi sebaliknya di belakang mempunyai akaun simpanan di negara berkenaan,” katanya.Bernama

Ish ish macam-macam hal namun ada sesuatu yang mushkil sedang bermain di fikiran MMI , kalau dah wikileaks yang mendedahkan isu ni kenapa tidak ada sebarang tindakan oleh kerajaan untuk menyiasat sejauh mana kebenaran maklumat tersebut ?

Rasanya boleh saja bentang di dewan rakyat untuk bentuk suruhanjaya siasatan di raja atau apa saja untuk siasat perkara ni.

Takkan puak pembangkang nak halang ? Kalau halang juga cerita dia betoilah !!!

Kita tunggu tengok apa nak jadi...

MMI

Friday, 28 June 2013

Ops CINABENG TONGSAN Di Dewan Rakyat ?!!


Rupa-rupanya Dewan Rakyat yang bersidang baru-baru ni turut melibatkan cina dari tongsan yang jika di lihat dari percakapannya mungkin baru sampai Malaysia dalam 5 atau 6 bulan sebelum pilihanraya.Mengapa MMI berkata demikian ? sebagai seorang Ahli Parlimen Malaysia seseorang itu mestilah fasih dalam bahasa Melayu.

Dan bagi MMI , MP Segambut ini langsung tidak layak untuk menjadi Ahli Parlimen kerana perkara pertama pun dah FAILED !! Tengok sendirilah...



“ tidak mengikut PEL ATULAN….”

“ sebab apabila masa jam…”

“apabila meleka dilantik oleh agong meleka adalah OLANG awam…”

“lepas tu BALU meleka diangkat sumpah di dewan NEGALA…”

Hahaha agak-agak lah bro !! Sepatutnya mamat ni dah boleh belajar bahasa Melayu dah sebab sebelum ni pun dah jadi MP tapi dah memang perangai RASIS sebab tu langsung tak ada hormat dengan bahasa kebangsaan.

Sepatutnya speaker dewan boleh saja halau MP yang semacam ni sebab tak menghormati peraturan dewan.

Seperkara lagi yang ampa semua kena tau mamat ni bukannya betoi sangat pun.Dia pernah buat kacau dalam majlis DAP sendiri dan pernah di kenakan tindakan oleh parti.


DAP telah mengenakan hukuman denda yang ringan iaitu sebanyak RM500 ke atas setiausaha Wilayah Persekutuan Lim Lip Eng berhubung kelakukannya ketika kongres DAP Selanhgor pada 28 November lalu.

Menurut pengerusi jawatankuasa disiplin DAP, Tan Kok Wai (kanan), berkata hukuman ringan diambil kerana Lim telah dengan segera memohon maaf selepas kejadian itu.

Tan juga berkata jawatankuasa berkenaan berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh Lim ke atas surat tunjuk sebab yang dikelaurkan pada 29 November lalu yang dijawab olehnya dalam masa sehari sahaja.

Namun, kata Tan, jawatankuasa memutuskan untuk mengeluarkan surat amaran kepada Lim yang juga ahli parlimen Segambut berhubung kejadian itu.

Ketika dihubungi, Lim berkata  beliau belum dimaklumkan secara rasmi.

Lim diberikan tempoh 14 hari bagi menjelaskan denda itu yang akan dibayar kepada parti.

Semasa pemilihan pemimpin pada kongres DAP Selangor, ketika undi sedang dikira, Lim menjerit "Teresa (Kok)! Awak menang!".

Pengerusi kongres kemudiannya terus mengarahkan supaya Lim diiringi ke luar dari dewan.

Apabila, keputusan rasmi diumumkan, Lim yang berjaya menyelinap masuk ke dewan sekali lagi menjerit keriangan tanpa henti apabila pasukan yang disokongnya menang. Beliau sekali lagi diusir keluar.

Hahahaha puak merapu meraban macam ni pun DAPigs ambik jadi MP.Alahaiiii apa nak jadi Malaysia....

kredit to GPB

MMI.

Wednesday, 26 June 2013

MMI Salute Sama Lu BRO !!


Mungkin ramai yang tak mahu buat apa yang MMI buat , tapi MMI tak kisah sangat kerana yang penting sesuatu itu mestilah datang dari hati yang ikhlas.Jadi MMI ikhlas untuk "salute" kepada bro polis (gambar atas) ni sebab tindakan beliau telah merawat sedikit hati MMI yang selama ini terluka kerana melihat puak-puak macai pembangkang sering kali menghina anggota polis kita.

Bukan MMI tidak berpuas hati dengan pasukan polis kita tetapi kadang kalanya perasaan hiba dan sedih sering kali muncul tatkala mendengar dan melihat cacian serta makian yang terpaksa anggota polis terima ketika melaksanakan tugas mereka.

Rakaman di bawah di ambil selepas kejadian rempuhan oleh macai-macai pro pembangkang yang kononnya berdiri atas nama mahasiswa namun semua pihak sebenarnya sedia maklum mereka bukan mahasiswa tetapi lebih kepada macai hingusan yang di pergunakan oleh pihak pembangkang bagi memuaskan hawa nafsu pemimpin mereka.


Polis telah menahan sekumpulan daripada 200 peserta black 505 setelah mereka bertindak ganas cuba merempuh kawalan polis yang mengawal pekarangan bangunan Parlimen di sini ketika berlangsungnya majlis istiadat mengangkat sumpah anggota Dewan Rakyat pada Isnin.

Difahamkan lebih kurang 12 peserta ditahan polis dalam insiden yang tercetus kira-kira pukul 10.50 pagi apabila sekumpulan aktivis mahasiswa yang menggelarkan diri Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), cuba merempuh kawalan polis untuk memasuki pekarangan Parlimen.

Susulan cubaan itu, pihak polis telah menahan kumpulan terbabit manakala peserta perhimpunan lain mula menghamburkan kata-kata kesat kepada polis termasuk mendesak polis membebaskan mereka.

Kejadian tersebut menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas di Jalan Parlimen.sumber 

Seperkara yang MMI perhatikan tindakan dan sikap puak-puak macai ini seharusnya di bendung segera.Bagi MMI kawasan Parlimen mestilah bebas dari sebarang aktiviti dan gerakan seperti ini kerana di sinilah sebenarnya dasar negara di pusatkan.

Sebaiknya di tangkap sahaja sesiapa pun selepas ini yang melakukan tindakan sama kerana rakyat tidak lagi sanggup melihat beruk-beruk jalanan ini merosakkan imej negara.

Kepada pihak polis di harapkan selepas ini tindakan lebih tegas dan jangan lagi berkompromi dengan si Adam Adli tu.Dia bukannya berani mana , budak Penaga berhingus ni bercakap saja banyak otak dah mental sebenarnya.

Alo Adam nanti balik Penaga halo gua , itu pun kalau lu berani la bro !!!

MMI.

Thursday, 1 November 2012

BERITA TERGEMPAR Anwar Di Serang !!!


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim 'naik angin' apabila disoal mengapa beliau selaku penasihat ekonomi, tidak mengambil apa-apa tindakan untuk melupus saham Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dalam syarikat penjana elektrik bebas (IPP) jika benar pembangkang tidak bersekongkol syarikat judi.

Sedangkan sebelum itu beliau begitu galak menuduh kerajaan Barisan Nasional (BN) mengamalkan budaya kronisme selain turut menyokong syarikat judi apabila menganugerahkan kontrak kepada anak syarikat Genting yang terlibat dengan industri IPP, iaitu Genting Sanyen Power Sdn. Bhd. (Genting Sanyen).


Bagaimanapun apabila Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) (gambar) bangkit mempersoal jika benar Anwar menentang syarikat judi sebagaimana didakwanya, mengapa beliau selaku Penasihat Ekonomi Selangor tidak mengambil apa-apa tindakan untuk melupus 25 peratus saham PKNS dalam Genting Sanyen, nada ketua pembangkang itu mula berubah.

"Dalam kes Genting Sanyen ini, Yang Berhormat penasihat ekonomi, Bukankah PKNS ada saham berjumlah 25 peratus dalam Genting Sanyen. Dakwa kroni dan sebagainya tetapi pembangkang sendiri bersubahat dengan syarikat judi tersebut. Benar perjanjian ini dibuat semasa kerajaan negeri dulu tapi kenapa tidak jual sahaja saham.

"Kerajaan Negeri Selangor di bawah parti Yang Berhormat (Parti Keadilan Rakyat) sudah empat tahun memerintah tetapi tiada sebarang usaha untuk berbuat sesuatu termasuk menjual saham itu jika benar menolak syarikat judi. Kenapa tidak berbuat apa-apa? Bagi saya ini contoh yang sudah terang lagi bersuluh mengenai pembangkang ini.

"Cakap pasal IPP tetapi menjadi pemilik dan berkongsi saham dengan syarikat judi, kalau benar menentang kenapa bersubahat dengan syarikat judi, kenapa penasihat ekonomi negeri tidak menasihat Menteri Besar supaya mengambil tindakan melupuskan saham tersebut," katanya semasa perbahasan peringkat jawatankuasa, di Dewan Rakyat hari ini.

Berang dengan persoalan tersebut Anwar dengan nada yang tinggi kemudian berterusan menyalahkan kerajaan negeri terdahulu tetapi tidak cuba untuk menjawab kepada pertanyaan Khairy menyebabkan beberapa ahli Parlimen BN mula mempersoal sehingga beliau kemudian meletakkan beban itu kepada pengurusan PKNS.

"Saya dimaklumkan oleh Menteri Besar ada usaha penjualan tetapi kemudian syarikat memberi nasihat tidak harus dijual tetapi soalnya sekarang ini isu apa? " kata Anwar sambil cuba mengalih persoalan yang dibangkit Khairy.

Melihat Anwar terperangkap dengan persoalan itu, Khalid Abdul Samad (Pas-Shah Alam) tampil membantu dengan memberi alasan, penjualan saham PKNS dalam syarikat Genting Sanyen itu tidak dapat dilakukan kerana Kerajaan Negeri PKR Selangor enggan menjual kepada kroni.

"Takkan kita nak jual pada kroni. Buat benda buruk tidak akan menjadi baik. Kalau nak jual kita akan jual kepada syarikat milik kerajaan (GLC), kalau biarkan kroni, kita melanggar prinsip kita," katanya tetapi apabila Khairy meminta agar didedah bukti jika benar ada usaha tersebut, Khalid sekadar menjawab ini ruang perbahasan beliau.

Dalam pada itu, Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) yang turut mengambil bahagian pada sesi perbahasan selepas itu berkata, beliau tidak berminat untuk ambil peduli mengenai dakwaan Anwar terutama dalam isu kronisme dan rasuah kerana dakwanya semasa menjawat Menteri Kewangan, ketua pembangkang itu sendiri didakwa mengaut sejumlah RM3 bilion.

"Ini bukan dakwaan semata-mata tetapi diakui sendiri dalam akuan bersumpah bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Murad Khalid. Siapa pengerusi syarikat IOI sewaktu Anwar menjadi Menteri Kewangan jika bukan bapanya?

"Ini contoh cakap tidak serupa bikin dan pada saya apa yang Anwar cakap itu semua busuk. Kita kena nilai seseorang yang nak bercakap dalam aspek kroni dan rasuah adakah memiliki ketelusan tetapi kementerian tetap perlu menjelaskan perkara ini kerana jika tidak pembangkang akan memutar belit demi kepentingan politik mereka," katanya.


Untuk pengetahuan semua memang setakat itu sajalah standard Anwar , sebab tu lah Anwar sebagai penasihat ekonomi Selangor di bayar dengan nilai RM1.Dulu ingatkan bayar RM1 tu sebab nak berkhidmat untuk rakyat rupa-rupanya memang setakat tu saja standard dia..

Ampa nak dia jadi PM ker ???

MMI.

Labels