Followers

Showing posts with label Kalimah Allah. Show all posts
Showing posts with label Kalimah Allah. Show all posts

Thursday, 15 August 2013

WAJIB BACA Mengapa 22 Ogos 2013 PENTING Untuk Umat ISLAM !!


Makluman penting dan terkini: Kes nama suci Allah di Mahkamah Rayuan, Putrajaya

22.08.2013 merupakan tarikh yang penting bagi umat Islam di Malaysia. Pada tarikh tersebut, Mahkamah Rayuan, Putrajaya telah menetapkan pendengaran notis permohonan pihak Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur (“The Church”) untuk membatalkan rayuan (striking out the appeal) pihak Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan serta perayu-perayu lain berhubung larangan penggunaan nama suci Allah oleh penganut agama Kristian di Malaysia.

Rayuan pihak Kerajaan adalah terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang telah pada 31.12.2009 yang membenarkan pihak The Church untuk menggunakan nama Allah sebagai terjemahan istilah ‘God’ di dalam penerbitan berbahasa Melayu agama Kristian. Sekiranya permohonan The Church tersebut dibenarkan, ini bermakna pihak Kerajaan sebagai perayu tidak boleh meneruskan rayuan substantif di peringkat Mahkamah Rayuan yang telah ditetapkan pada 10.09.2013.

Notis Permohonan The Church tersebut  juga pada hakikatnya bertujuan menghalang perayu-perayu lain dari meneruskan rayuan substantif mereka. Pada 23.05.2013, permohonan mencelah (interveners’ application) para perayu yang terdiri daripada 6 Majlis-Majlis Agama Islam Negeri dan Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), telah dibenarkan di dalam tindakan kes ini. Jelas ini merupakan ujian besar terhadap kedudukan Majlis-majlis Agama Islam Negeri dalam melaksanakan kuasa Yang DiPertuan Agong dan Sultan Negeri-negeri sebagai Ketua Agama Islam. Natijah sekiranya permohonan The Church dibenarkan, maka peranan Majlis-majlis Agama Islam Negeri terhakis dan akhirnya diketepikan; Majlis-majlis Agama Islam Negeri akan wujud pada namanya yang gah tetapi tiada makna dan tidak relevan lagi untuk menjaga kepentingan Islam dan umat Islam di Negara ini.

Secara ringkasnya, perkara pokok yang menjadi asas sandaran pada Notis Permohonan The Church adalah seperti yang terkandung di dalam afidavit Tan Sri Datuk Murphy Nicholas Xavier A/L Pakiam yang diikrarkan pada 08.07.2013. Antara lain, The Church telah membangkitkan perihal surat yang ditandatangani YAB Perdana Menteri  bertarikh 11.04.2011 kepada Bishop Ng Moon Hing, Pengerusi Christian Federation of Malaysia (CFM) pada masa itu, yang merangkumi satu “Ten Point Solution” yang diumumkan pihak Kerajaan pada 02.04.2011 berikutan satu keputusan kolektif kabinet yang dianggap sebagai formula penyelesaian isu penerbitan dan pengedaran bible berbahasa Malaysia/ Indonesia. Pihak The Church telah beranggapan bahawa “Ten Point Solution” tersebut memberikan kebenaran secara langsung terhadap penggunaan nama suci Allah bagi golongan penganut Kristian. 

Justeru adalah sangat penting bagi umat Islam untuk mengambil perhatian tentang Notis Permohonan The Church ini.

Sehubungan dengan itu, umat Islam diseru untuk merebut keberkatan hari-hari terakhir bulan Ramadhan ini dalam memperkasa munajat mereka dan memohon petunjuk dan pertolongan Allah SWT untuk memenangkan umat Islam di dalam rayuan ini. Ramai di kalangan pemimpin parti-parti politik yang menjadikan isu-isu seumpama penyalahgunaan nama suci Allah ini sebagai alat meraih sokongan politik sempit dan jangka pendek semata- mata. Ini terbukti jelas pada sikap dan pendirian mereka selepas PRU-13. Akibatnya, umat Islam tidak boleh menyandarkan harapan tinggi kepada pemimpin Muslim dari parti-parti politik semata-mata, sebaliknya wajib bekerja secara bijaksana bagi membantu pertubuhan-pertubuhan Islam (NGI) mempertahankan kesucian Islam di negara yang kita cintai ini.

Menyedari hakikat-hakikat ini, adalah disarankan agar umat Islam:

Mengoptimumkan ibadah pada hari-hari terakhir di bulan Ramadhan ini, termasuk melakukan solat hajat dan qunut nazilah serta bermunajat untuk turut memohon bantuan Allah SWT menghancurkan musuh-musuh yang menentang Islam melalui saluran-saluran seumpama kes di Mahkamah sivil ini.

Menghadiri secara beramai-ramai ke pendengaran Notis Permohonan The Church di Mahkamah Rayuan, Putrajaya, pada 22.08. 2013 melalui koordinasi NGI-NGI, untuk menzahirkan kepekaan dan keprihatinan mereka serta memberikan sokongan moral kepada pasukan peguam yang mewakili perayu-perayu.

Memperkasa kerjasama dengan para ulama dan ilmuwan, serta menggesa pemimpin Muslim untuk bersatu di dalam menentang tuntutan penggunaan nama suci Allah oleh penganut kristian, yang mensasarkan tujuan mereka untuk mengelirukan umat Islam dan seterusnya menyebarkan dakyah menyeleweng mereka sebagaimana yang telah dilakukan di negara-negara majoriti umat Islam lain seperti Bangladesh dan Indonesia.

Menghantar mesej yang jelas kepada para pemimpin Muslim dari kalangan parti-parti politik agar lebih bertegas di dalam hal-hal berkaitan kedudukan Islam di negara kita. Kebanyakan para pemimpin ini masih lagi berfahaman sekular yang percaya bahawa Islam di Malaysia sekadar berfungsi tidak lebih dari sebagai agama rasmi.Kelemahan ini sangat ketara khususnya ketika kegagalan para ahli parlimen Muslim mempamerkan kesungguhan, apatah lagi kesepakatan mereka di dalam mempertahankan Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah Wilayah Persekutuan) 2013 baru-baru ini yang telah terpaksa ditarik balik disebabkan kelemahan mereka berhujah dan tunduk pada tekanan-tekanan kumpulan minoriti yang berfahaman hak asasi manusia dan liberal sekular.

Di kala ramai di kalangan pemimpin Muslim di kalangan parti-parti politik, merubah-rubah pendirian masing-masing mengikut selera kepentingan kepartaian serta kedangkalan ilmu mereka, para pemimpin NGI yang sedar akan cabaran yang melingkari isu ini adalah di kalangan mereka yang tetap bertegas untuk mempertahankan hak yang melibatkan keutuhan aqidah umat Islam.

Hak ini bukanlah semata-mata isu merebut penggunaan nama Allah yang suci, tetapi lebih dari itu merupakan usaha berterusan agenda jahat musuh Islam menghakis kesucian Islam dari kedudukannya sebagai agama yang diiktiraf di sisi Allah SWT, dan sejak berzaman diletakkan pada tempat yang istimewa, termasuklah sebagai agama Negara sebagaimana termaktub di dalam Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Seperti biasa, melalui suara-suara sinikal daripada kalangan pemimpin dan intelektual Muslim liberal, umat Islam akan dilabel dan dimomokkan sebagai bermentaliti tertawan (siege mentality), mendiskriminasi, tidak rasional dan sifar toleran setiap kali mengambil inisiatif-inisiatif untuk mempertahankan kedaulatan Islam serta institusi-institusinya.

Umat Islam akan dilabel secara sinikal, sebagai tidak menepati “standard dan prinsip sejagat hak asasi manusia” apabila menegaskan hak beragama mereka yang sedia wujud. Tetapi bagi para pemimpin NGI, tohmahan-tohmahan serta stereotaip seumpama ini akan terus melakar deras di sepanjang zaman oleh musuh-musuh yang tidak redha dengan agama Ilahi, sama ada umat Islam bertindak ataupun berdiam diri terhadap agenda jahat mereka yang bencikan agama ini.

NGI-NGI diseru untuk terus mempertahankan Islam dengan menurut kerangka undang-undang serta hak-hak yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dengan menjunjung Shari’ah dan sumber-sumber muktabar perundangan Islam, dengan melangkaui batas politik, serta sebarang kepentingan individu dan sifat oportunistik.

Penulis merupakan naib presiden, Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) Saudara Azril Mohd Amin 



Dalam masa yang sama suka untuk MMI ingatkan pada semua kita perlu segera mengembleng tenaga untuk memastikan ISLAM tidak di perlakukan sewenang-wenangnya memandangkan keadaan pada masa kini semakin bahaya.

MMI

Wednesday, 10 July 2013

ISLAM DI Cabar Seawal RAMADHAN


Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur memfailkan permohonan bagi membatalkan rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan kalimah ‘ALLAH’ oleh majalah mingguan Katolik the Herald.

Peguam S.Selvarajah berkata notis usul itu difail di pejabat pendaftar Mahkamah Rayuan semalam.

Beliau memaklumkan pemberita bahawa Mahkamah Rayuan belum menetapkan tarikh untuk mendengar permohonan itu.

Dalam perkembangan berkaitan, rayuan kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) disebut untuk pengurusan kes hari ini di depan Timbalan Pendaftar Saiful Bahari Adzmi.

Kerajaan dan kementerian itu mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi bertarikh 31 Dis 2009, yang membenarkan semakan kehakiman Gereja Roman Katolik berkenaan bagi menarik balik larangan KDN berhubung penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam Herald untuk merujuk kepada Tuhan Kristian.

Saiful Bahari menetapkan 10 Sept ini untuk pengurusan kes bagi membolehkan kerajaan memfailkan afidavit balasan dan pencelah memperbetul rekod rayuan serta rekod tambahan rayuan.

Kerajaan diwakili Peguam Kanan Persekutuan Andi Razalijaya A. Dadi dan Munahyza Mustafa manakala Majlis Agama Islam Negeri Terengganu, Selangor, Kedah, Johor, Wilayah Persekutuan dan Melaka, yang menjadi pencelah pada prosiding itu, oleh peguam Abdul Rahim Sinwan.

Pada 16 Feb 2009, Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur Tan Sri Murphy Pakiam memfailkan semakan kehakiman berhubung penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan gereja serta menamakan KDN dan kerajaan sebagai responden.

Gereja itu menuntut, antara lain, satu deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri pada 7 Jan 2009 berhubung larangan berkenaan adalah tidak sah, dan kalimah ‘Allah’ bukanlah eksklusif kepada agama Islam.

Majalah mingguan itu, yang dicetak dalam empat bahasa, menggunakan kalimah ‘Allah’ sebagai terjemahan untuk ‘God’ bagi seksyen bahasa Malaysia namun kerajaan berhujah bahawa kalimah ‘Allah’ hanya boleh digunakan secara eksklusif oleh orang Islam sahaja. – Bernama

RENUNGAN

Pada awal bulan Ramadhan yang mulia ini , sekali lagi umat Islam dicabar atas isu penggunaan nama Allah.
Puak-puak ini menjadi berani kerana selama ini ada pimpinan dari PKR serta PAS yang menganut mazhab sesat yang menyebelahi tuntutan mereka serta merosakkan aqidah umat Islam sendiri.

Sejauh mana kukuhnya Islam sebagai agama RASMI negara jika isu penggunaan kalimah Allah pun kita tidak mampu pertahankan ?

MMI

Friday, 8 March 2013

Jangan Perlekeh Kalimah Allah LIVE Demo Di Pulau Pinang !!



Isu kalimah Allah yang mahu digunakan oleh bukan Islam dalam bible bahasa Melayu kini memasuki fasa baru apabila satu demo telah diadakan di Pulau Pinang selepas solat Jumaat sebentar tadi.Rata-rata orang melayu dan Islam yang hadir menyatakan kekesalan mereka kerana Guan Eng adalah pencetus kepada isu penggunaan kalimah Allah ini.

Tindakan yang jelas cuba mencabar kesabaran orang-orang melayu dan Islam.

Sehingga ke hari ini Guan Eng dan barisan pimpinan Pakatan Haprak masih berdiam diri tanpa mengambil kira tuntutan orang Melayu dan Islam untuk tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah digunakan.






MMI.

Thursday, 28 February 2013

Anwar Tuding Jari Hadi BERTANGGUNGJAWAB !!!


PAS tidak menarik balik kenyataan bersama pemimpin pakatan pembangkang yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama lain kerana kenyataan itu telah disedia dan ditandatangani oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mendedahkan perkara itu berkata, dalam usaha menyelesaikan masalah tersebut, beliau telah meminta Presiden PAS itu sebagai seorang yang tahu agama dan faham Islam, supaya memberikan pandangan untuk diteliti oleh pemimpin pakatan pembangkang.

"Maka Tok Guru Hadi Awang pun atas nama PAS buat, dengan ayat Al- Quran nama Allah itu bagaimana dari segi orang Islam bagaimana dimuliakan, orang (bukan Islam) nak sebut Insya-Allah, Alhamdulillah tak dilarang kalau sebut itu dengan memuliakan, tetapi syaratnya jangan menghina, jangan menyalah erti, jangan menyalah tafsir.

"Kemudian saya kena runding, ha itu kerja ambo, kenyataan itu PAS setujulah. Keadilan tak susah tapi DAP, kena beri penerangan pada dia.

"Jadi ambo terang pada Lim Kit Siang (Penasihat DAP) kata begini, (kalimah Allah) bagi orang Islam sensitif dia benar orang bukan Islam (guna). Orang Cina kata Insya-Allah saya nak pergi kita tak hukum dia kerana dia sebut dengan molek.

"Jadi apabila syarat-syarat iaitu dia tanya, saya kata beginiah, kita pakatan, kita setuju jangan dok balok (berbalah) soal ini, soal Hindu orang Hindu tu bagi dia cakaplah, tapi hok Isle (Islam) ini, biarkan kita bagi penjelasan.

"Itulah yang kita terima, kenyataan kita itu dibentangkan oleh PAS, satu perkataan pun ambo tak pinda, ya, dalam kenyataan itu satu perkataan sepenuhnya dari awal sampai habis yang Tok Guru Hadi Awang sign (tandatangan) ana (saya) jadikan kenyataan majlis pimpinan Pakatan Rakyat yang dipersetujui PAS, Keadilan dan DAP," katanya ketika berceramah di Ketereh malam tadi.

Pada 8 Januari lalu, Abdul Hadi mengumumkan pendirian pakatan pembangkang yang menyatakan Islam tidak menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah Allah dalam amalan mereka walaupun tidak mencapai maksud asal bahasa Al-Quran.

Pendirian bersama Pakatan pembangkang itu turut dipersetujui Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Timbalan Presiden PAS, Mohamed Sabu.

Bagaimanapun, selepas itu Majlis Syura Ulama PAS memutuskan kalimah Allah adalah khusus untuk agam Islam dan tidak boleh digunakan penganut agama lain berikutan bantahan banyak pihak termasuk golongan alim ulama.

Keputusan Majlis Syura itu bagaimanapun tidak diterima oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh yang menyifatkannya tidak mewakili suara majoriti dalam PAS serta menggesa Hadi meminta badan tertinggi PAS itu mengkaji semula keputusan itu.

Gesaan Karpal itu bagaimanapun dibantah oleh beberapa kepimpinan PAS termasuk Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib dan Timbalan Mursyidul AM parti itu, Datuk Haron Din yang menyatakan akan mempertahankan kalimah suci itu sehingga akhir hayat beliau.

Isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama lain dicetuskan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada 24 Disember tahun lalu yang membuat gesaan supaya kerajaan persekutuan memberikan kebenaran kepada penganut Kristian menggunakan kalimah itu.  -utusan

MMI.

Monday, 25 February 2013

Punca Perkataan ALLAH Dalam Bible - Tun Mahathir


Ikuti kupasan Tun Mahathir tentang isu penggunaan kalimah ALLAH dalam bible oleh bukan Islam.Jelas apa yang di kupaskan oleh Tun sebenarnya membawa mesej khususnya kepada seluruh umat Islam itu sendiri supaya memahami dan mengetahuinya secara ilmiah dalam berdepan dengan isu kalimah ALLAH ini.

Paling menarik adalah pesanan Tun bahawa jangan sesekali ada mana-mana pihak menjadikan EMOSI sebagai cara untuk mempertahankan tuntutan penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam.

Jom tengok apa Tun M kata...

 

Dalam beberapa perkara kita harus ingat isu kalimah Allah ini juga merupakan satu usaha yang dipergunakan sepenuhnya oleh juak pembangkang khususnya Anwar Ibrahim dalam memenangi hati pengundi bukan Islam bagi menghadapi PRU13 nanti.

Anwar tahu beliau kini amat-amat memerlukan sokongan akar umbi bagi mencapai cita-cita terdesaknya dan kerana itulah mereka-mereka di luar sana yang bukan beragama Islam kini cuba didekati dan di menangi hatinya.

Paling menyedihkan PAS semakin hari semakin longlai dan makin HINA kerana perbuatan sendiri.Sedar atau tidak PAS kini bukan saja pencacai kepada Pakatan Haprak tetapi sudah pun menjadi liabiliti kepada seluruh umat Islam di Malaysia.

Akhir kalam kita harus sedar dan faham bahawa emosi bakal menghancurkan apa yang kita bina selama ini maka kerana itu jadikan ilmiah dan fakta sebagai kekuatan dalam berdepan dengan mereka-mereka di luar sana.

MMI.

Friday, 15 February 2013

Benar Ker Haron Din Dah Keluar Dari PAS ??!!!


Betul ker apa yang MMI dengar ni ? Tadi baru ja cita tentang beliau di ugut tiba-tiba dah kata beliau tinggalkan PAS.Dengar cita Haron Din dah rimas dengan permainan bodoh lagi bebal juak-juak pembangkang tentang kalimah Allah.

Sejauh mana kesahihannya ? Jom tengok apa MPPMPP kata ...

Ini berita yang baru gua terima dari beberapa sumber.. Kesahihannya masih belum dapat dipastikan tetapi berita ni sedang hangat diperkatakan oleh ahli serta penyokong Pas di seluruh negara..

Timbalan Mursyidul Am Pas iaitu Tuan Guru Dato' Dr Haron Din dikhabarkan telah keluar dari Pas.

Beliau dikatakan meninggalkan Pas kerana tak berpuas hati dengan campurtangan DAP khususnya Karpal Singh terhadap keputusan Isu Kalimah Allah yang dibuat oleh Majlis Syura Pas.

Selain itu, Dato' Haron Din juga dikatakan tak berpuas hati dengan tindakan Anwar yang tetap mahukan Kalimah Allah digunapakai oleh Kristian dan kafir di Malaysia.

Sebelum ni, sebuah blog Pakatan telah mendedahkan pertemuan Haron Din dengan Anwar pada 7hb Februari yang lalu.

Gua dimaklumkan bahawa didalam pertemuan tersebut, Dato' Haron Din telah menasihati Anwar supaya jangan mempermainkan isu kalimah Allah dan mendesak Anwar menghalang DAP dari terus menimbulkan isu berkenaan.

Malangnya, pada ucapannya di sebuah Majlis Sambutan Tahun Baru Cina di Sabah, Anwar dengan lantang mewar-warkan dihadapan masyarakat Kristian bahawa Pakatan akan terus membenarkan kalimah Allah digunakan oleh kafir.

MMI.

Kalimah Allah Harun Din Di UGUT ?!!


Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din sekali lagi menyuarakan tentangannya terhadap cadangan rakan komponen DAP untuk menterjemah perkataan 'God' kepada kalimah Allah dalam kitab Bible Kristian di Semenanjung.

Ini merupakan penegasan kali kedua dibuat oleh Haron selepas Majlis Syura Ulama PAS mengeluarkan ketetapan melarang kalimah Allah diterjemah pada 13 Januari lalu. 

Dalam ceramahnya di sebuah masjid di Taiping baru-baru ini, Haron berkata beliau menerima ugutan dan maki hamun daripada pihak-pihak tertentu bersabit pendiriannya yang menentang sikap ambil mudah sesetengah umat Islam mempertahankan kalimah Allah. 

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menyatakan bahawa Pakatan Rakyat berpegang kepada konsensus yang membenarkan orang Kristian menterjemah kalimah Allah asalkan ia tidak disalahgunakan.

Pengumuman tersebut dibuat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di hadapan veteran DAP Lim Kit Siang dan Anwar seminggu sebelum Majlis Syura Ulama yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengeluarkan kenyataan menyanggah pendirian Pakatan Rakyat.

"Ada kesannya kepada masyarakat? Umat Islam masih ada yang menyokong. Saya bertegas sikit, hantar SMS maki saya...tidak mengapa. Tapi macam mana kita boleh terima? Apa tujuannya orang Kristian dan terjemah God kepada Allah?

"Dulu masa tahun 2008, bila timbul isu ini saya panggil wartawan semua datang...saya bawa Bible dan Al-Quran pada ketika itu, saya tidak akan setuju kerana Allah yang orang Islam sembah, (adalah) Allah yang selama-lamanya.

Haron berkata belum pun kalimah Allah diterjemah dalam Bible, banyak kes murtad telah dicatatkan di negara ini.

Beliau mendakwa terdapat sesetengah pihak yang tidak berfikir panjang yang hanya ingin memenuhi tuntutan politik semata-mata.

"Kalau kita benar dan kita redha Allah diletakkan kepada God, bermakna kita rela Allah itu disyirikkan oleh manusia. Sebab itu saya mengambil kesempatan untuk menyeru sekali lagi, saya akan mempertahankan kalimah ini sehingga akhir hayat saya. Saya tidak redha Allah dikufurkan," tegas beliau. -Antarapos

Bagi MMI inilah orang yang selayaknya memimpin parti PAS bukan Hadi Awang apatah lagi Nik Aziz.PAS makin sesat dan jauh tersesat kerana di pimpin oleh Hadi dan Nik Aziz selama ini.

Persoalannya cai-cai PAS sebelum ini sudah pun membuktikan mereka lebih rela melantik Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden daripada melantik Ustaz Nasharudin , jadi diperingkat akar umbi PAS sebenarnya sudah pun di penuhi dengan nanah dan kotoran yang amat jijik di mana ianya amat perlu di bersihkan secepat mungkin.

Mau ke juak PAS berubah ?

MMI.

Monday, 4 February 2013

Bantahan Juak PAS Terhadap DAP , Laa Baru Nak Reti Ker Bro ??!


Puak-puak ni kadang-kadang bengap pun ada , kalau dulu bukan main lagi alih-alih sekarang bantah sana sini.MMI bukan tak menyokong bantahan seumpama ini apatah lagi ianya untuk mempertahankan kalimah Allah tapi semacam ada yang tak kena sikit dalam bantahan tersebut.

Setakat bantahan ahli-ahli PAS terhadap DAPigs tu rasanya boleh buat jalah..Apa ingat Rejim DApigs tu nak layan ka ampa ? Yang penting kena bantah tindakan Presiden PAS tu yang buat keputusan tanpa merujuk kepada jawatankuasa tertinggi parti.

Ada sapa-sapa juak PAS yang berani bersuara tentang ni ? Kenapa sehingga ke hari ini langsung tak ada suara mahupun desakan dari mana-mana peringkat PAS supaya Hadi Awang dirujuk ke lembaga disiplin parti mahupun Majlis Syura sendiri ? Tak boleh buat sebab dia "control" semua ?
KOTA BHARU: Sekumpulan 30 anggota dan penyokong PAS mengadakan perhimpunan di hadapan Istana Balai Besar di sini hari ini bagi membantah pemimpin DAP yang terus mempermainkan isu kalimah suci Allah.
    
Anggota kumpulan itu dari sekitar Bachok dan Kota Bharu tampil menyatakan pendirian secara terbuka mengenai rasa tidak puas hati dengan kepimpinan PAS yang membiarkan DAP mempermainkan isu kalimah itu. 
    
Wakil kumpulan berkenaan, anggota PAS kawasan Mahligai, Bachok, Abdul Mutalib Ismail, 46, memberitahu pemberita, "Kami meminta pemimpin atasan PAS jangan takut dengan pemimpin DAP".
    
Mereka memegang kain rentang antaranya berbunyi "Pemimpin PAS jangan jadi dayus dalam isu kalimah Allah", "Kalimah Allah hak mutlak orang Islam" dan "DAP kudakan pemimpin Islam". 
    
Akhbar hari ini melaporkan Pengerusi DAP Karpal Singh menyanggah kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyifatkan isu kalimah Allah telah selesai dan keputusan Majlis Syura Ulama PAS diterima baik oleh orang bukan Islam termasuk pemimpin DAP.antarapos  
Ampa sembang apa ? Nyamuk punya pasai pi bakar kelambu pakai otak sikit lah gang !! Tengah tunggu ada atau tidak juak-juak PAS yang betul-betul berani tampil ke depan nyatakan bantahan ni..kalau tak ada juga alamatnya teloq tu bagi kat ayam jalah..

Apa pun MMI puji tindakan 30 anggota dan penyokong PAS tu yang tampil nyatakan bantahan cumanya takkanlah 30 ni ja mana yang lain ?  

MMI.

BREAKING NEWS Isu Kalimah Allah , Hadi UMUM Masuk DAP ?!


Sehingga entri ini ditulis dikhabarkan PAS pusat sedang kelam kabut dan satu perjumpaan tergempar sedang disusun oleh pimpinan PAS bersama dengan Nik Aziz bagi membincangkan tentang perkhabaran terbaru ini.Semenjak petang tadi kem PAS sudah mula panas dengan berita ini dan ianya sudah mula sampai ke telinga-telinga juak-juak PAS di peringkat akar umbi.

Apa yang berlaku merupakan satu tamparan yang cukup hebat buat PAS apatah lagi pilihanraya umum ke13 hanya tinggal beberapa hari saja lagi.

Tapi itu semua cerita tentang isu PECAT Nasharudin hari tu..Jangan marah aa saja bagi suspen sikit..Apa pun ianya masih berkisar tentang isu kalimah Allah melibatkan presiden PAS yang paling bengap MMI pernah jumpa.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang gagal menyatakan pendirian sama ada mahu membincangkan ketetapan Majlis Syura Ulama PAS bersabit penggunaan kalimah Allah di peringkat Pakatan Rakyat.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini mempelawa Hadi mengemukakan pendirian Majlis Syura yang menyatakan kalimah Allah eksklusif untuk orang Islam untuk dibincangkan di peringkat pusat.

Majlis Syura PAS membuat ketetapan itu seminggu selepas kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat bersetuju kalimah Allah boleh digunakan oleh orang Kristian yang diumumkan sendiri oleh Hadi mewakili pakatan pembangkang pada 8 Januari lalu.

Namun Hadi hari ini menuding jari kepada pihak lain termasuk media mendakwa isu tersebut dimanipulasi sehingga menimbulkan kebimbangan rakyat.

"Ini kerja Umno. Mengaku Islam... bawa isu kalimah Allah musim pilihan raya. Nak pancing undi guna kalimah Allah.

"Allah tak boleh diterjemahkan. Dalam masa sama Allah digunakan bukan Islam di tempat dia, itu hak kamu. Salah gunakan, itu tak boleh.

"Ia ada beza dan kita kena faham. Majlis Syura Ulama buat keputusan perkataan Allah tidak boleh diterjemah. Perkataan Allah tak boleh salah guna. Kalau kamu nak (kalimah) Allah dalam bangsa kamu, itu hak kamu. Dipotong-potong kenyataan ini dan dilaga-lagakan," katanya pada sidang media ibu negara, hari ini.

Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh pada semalam dipetik sebagai berkata, isu kalimah Allah belum selesai dan PAS sepatutnya mepertimbangkan keputusan Pakatan Rakyat, bukan pandangan Majlis Syura.

Beliau kesal dengan pandangan PAS yang tidak selari dengan Pakatan Rakyat.

"Saya kesal dengan kenyataan itu. Isu ini belum selesai dan DAP tetap dengan pendiriannya.

"Kita masih meminta Majlis Syura PAS untuk mempertimbangkan supaya kalimah Allah boleh digunakan oleh orang bukan Islam," katanya.

Isu penggunaan kalimah Allah dibangkitkan oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang menggesa kerajaan supaya membenarkan kalimah Allah diterjemah dalam kitab Bible di Semenanjung. 

Sendiri buat lepas tu salahkan UMNO ! Senang saja , Hadi ang cakap apa ? Dok menipu apa lagi ? Rasanya elok sangatlah kalau Hadi Awang masuk DAP..BANGSAT!

MMI.

HOT SYABUDIN Balun Karpal & Majlis SYURA Pas !!


YB Ustaz Syabudin Yahya Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor merangkap ADUN Permatang Berangan dan bekas YDP Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang semalam melahirkan kebimbangan beliau dengan senario terkini melibatkan kenyataan oleh Karpal Singh terhadap keputusan Majlis Syura PAS berkenaan isu kalimah Allah dan juga isu pemecatan Nasharudin Mat Isa.

Apa yang berlaku sebenarnya memperlihatkan PAS selama ini ternyata gagal mengotakan janjinya untuk memberikan kefahaman tentang Islam kepada konconya sendiri iaitu DAPigs.

Jika dulu para pimpinannya begitu hebat mencanang keseluruh negara termasuk dalam pentas-pentas forum dan sebagainya yang mereka akan berusaha untuk melakukan dakwah ternyata kini ianya hanyalah khayalan dan cakap tak serupa bikin.


Malah tindakan Karpal Singh yang mahukan supaya Majlis Syura serta parti PAS memastikan keputusan yang dibuat itu sama dengan keputusan Pakatan Haprak membuktikan betapa angkuhnya DAPigs dalam mendepani isu ini dan turut mengheret PAS ke kancah paling kronik apabila kredibiliti badan itu (Majlis Syura) kini dipertikaikan.

Berikut adalah reaksi dan ulasan oleh YB Ustaz Syabudin Yahya bekas YDP Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang terhadap isu ini.


Pakatan Haprak ternyata semakin goyah dan tindakan demi tindakan yang dilakukan oleh pimpinan ketiga-tiga parti ternyata semakin pincang.Pincang kerana ketidaksefahaman diantara pemimpin mereka menyebabkan agama Islam kini menjadi bahan mainan untuk kepentingan politik.

Persoalan yang perlu ampa semua fikirkan , SIAPAKAH YANG MENGETUAI PAKATAN HAPRAK HARI INI ? WHO'S THE BOS ??

MMI.

Saturday, 26 January 2013

KALIMAH ALLAH Apa Perlu Umat Islam Bersiap Untuk BERPERANG ??!!


Isu kalimah Allah yang semakin panas kini mula memasuki fasa kritikal apabila sudah mula kelihatan pihak-pihak daripada mereka yang membenarkan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam turut melakukan bantahan bukan saja terhadap Guan Eng tetapi juga kepada pimpinan PAS yang masih berdegil dan besar kepala mempertahankan keputusan membenarkan ianya digunakan oleh bukan Islam.

Malah seluruh rakyat khususnya mereka yang beragama Islam sudah pasti melihat perkara ini sebagai sesuatu yang amat memalukan apabila seorang pemimpin yang mengepalai sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam boleh bersekongkol dengan mereka yang bukan Islam.

Sebagai seorang Presiden parti Hadi jelas telah pun membelakangkan suara akar umbi malah suara dan isi hati umat Islam di Malaysia.Lebih keji lagi beliau antara yang diangkat sebagai ulama dalam parti PAS ! Ulama apa bersikap sedemikian ?




Apakah umat Islam di Malaysia hari ini perlu bersiap sedia bagi mempertahankan kalimah Allah ini dengan melancarkan perang terhadap mereka yang begitu angkuh sekali menceroboh kesucian agama Islam ? Apakah Hadi Awang mahu melihat perkara ini terjadi ?

Merujuk kepada kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria ,

Tindakan pihak tertentu terus menghina Islam dengan mendesak kalimah Allah dibenarkan digunakan dalam Bible bahasa Melayu bukan saja mengundang perpecahan rakyat malah boleh menyebabkan pertumpahan darah.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata beliau bimbang terjadi perkara itu kerana umat Islam perlu mempertahankan kalimah Allah yang hanya boleh digunakan umat Islam di negara ini. 

"Saya memberi ingatan, kalau ia (penggunaan kalimah Allah hanya untuk umat Islam) masih dicabar juga, saya bimbang akan berlaku perpecahan dalam Malaysia ini dan mungkin pertumpahan darah kerana kita (umat Islam) wajib dan perlu berjihad mempertahankan kalimah Allah," katanya kepada selepas merasmikan premis perniagaan Damara Care & Herbs Sdn Bhd di sini, hari ini. 

MMI bukan mahu mencetuskan kekacauan apa lagi mahu menimbulkan keresahan dikalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.Namun kenyataan diatas tidak seharusnya dipandang ringan kerana ianya melibatkan maruah orang Islam di Malaysia.

Rasanya JIHAD ini bukan seperti JIHAD PAS menghancurkan sesama umat !!

Jalan terbaik MMI mendesak kerajaan dan seluruh Jabatan Islam dan mana-mana pihak yang bertanggungjawab memelihara kesucian agama Islam di Malaysia agar SEGERA BERTINDAK DENGAN MENANGKAP GUAN ENG kerana mencetuskan isu ini.


Begitu juga dengan HADI,MAT SABU,ANWAR dan KIT SIANG perlu ditangkap kerana mereka dengan sendirinya sudah pun melancarkan perang terhadap umat Islam di Malaysia apabila sama-sama mengumumkan kebenaran penggunaan kalimah ALLAH boleh digunakan oleh bukan ISLAM.

Kerana mahu melihat Malaysia terus aman dan Islam terus dipertahankan maka tolong bertindak segera kerana MMI bimbang akan ada pejuang fisabilillah mengambil tindakan memerangi mereka dengan cara yang tersendiri.

MMI.

Juak Pakatan Haprak Muntah Darah Bila Naser Buka Mulut !!


Mungkin ramai yang tak mengenali siapa Hj Mohamad Naser Disa sebelum ini kerana beliau bukanlah seperti pemimpin Pakatan Haprak yang suka mencari publisiti murahan dengan isu-isu bodoh lagi bangang yang selalu dicanang kepada seluruh rakyat.

Mahamad Naser Disa merupakan Timbalan Ketua Penasihat Bahagian Penasihat Syariah (JPN). Beliau terlibat dalam Kongres Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia.

Dan MMI bukan mahu menceritakan siapa Hj Mohamad Naser Disa kerana selebihnya ampa semua boleh melakukan carian di laman Google tetapi mahu mengajak semua untuk sama-sama menghayati video dibawah yang di rakamkan semasa Forum Polemik Isu Kalimah Allah anjuran Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) di Auditorium Utama UIA Gombak pada 20hb Januari 2013 yang lalu.

Lihat , dengar dan fahami video dibawah ,


sumber Dr MiM dan baca juga di Uruk-Hai 

MMI.

Monday, 19 November 2012

PANAS BUKTI Anwar Di Sokong Gereja

Gambar Hiasan
Kini segalanya sudah hampir pasti terjawab mengapa agaknya Anwar serta juak-juaknya begitu kedepan dalam soal penggunaan kalimah ALLAH oleh pihak gereja sebelum ini yang mencetuskan kontroversi sehinggakan ulama PAS seperti Harun Din pun masuk campur.

Begitu juga dengan kelantangan seorang anak muda bernama Nurul Izzah yang baru-baru ini berbicara soal kebebasan beragama hingga menggemparkan seluruh negara dengan hak sama ratanya.

Semua itu adalah perkara biasa bagi pimpinan Pakatan Haprak khususnya PKR kerana mereka sememangnya sudah pun memiliki imuniti ataupun jaringan sebelum ini yang sebenarnya sudah mendapat sokongan pihak-pihak gereja itu sendiri.

Semua itu terjawab dengan pendedahan sepucuk surat daripada Pertubuhan Gereja Seluruh Sabah yang dialamatkan kepada Anwar Ibrahim pada 18 Ogos 2008 yang lalu dengan tulisan KEPADA BAKAL PERDANA MENTERI MALAYSIA tertera di surat rasmi tersebut.

Apa yang lebih menggemparkan lagi adalah bagi menyatakan sokongan pihak gereja terhadap Anwar mereka telah menghantar seramai 17 orang AJK pertubuhan tersebut bagi membantu kempen pilihan raya Anwar pada ketika itu.

Maksudnya disini pada 2008 yang lalu Anwar bukan saja telah menggerakkan seluruh jentera parti keadilannya malah turut membenarkan pihak gereja untuk masuk dan bertapak di Permatang Pauh menjalankan kerja-kerja pilihan raya untuk dirinya dan parti keadilan rakyat.




































Bagi MMI setakat pihak gereja memberikan sokongan sememangnya tidak menjadi hal tetapi memberikan sokongan kerana Anwar bersikap liberal dan berdedikasi kerana menyokong penggunaan kalimah Allah dalam semua agama di dunia adalah sesuatu yang amat membahayakan dan perlu di tentang.




Amacam bro ? Anwar perlu ditolak !!!!

MMI.

Labels