Followers

Showing posts with label Tun Siti Hasmah. Show all posts
Showing posts with label Tun Siti Hasmah. Show all posts

Sunday, 5 May 2013

Pembangkang Semakin Terdesak FITNAH Jalan Terakhir !!!


Perkembangan mutakhir pembangkang semakin tertekan apabila rakyat mula beralih arah dan tidak lagi mempercayai pembangkang.Rata-rata rakyat yang bukan dari kalangan penggerak parti menyatakan tindakan pembangkang melakukan provokasi keterlaluan menyebabkan sebahagian besar daripada mereka memberikan sokongan kepada Barisan Nasional yang sudah memberikan yang terbaik kepada rakyat.

Perkara paling memalukan di lakukan oleh juak-juak pembangkang adalah melakukan pembohongan dengan menyatakan Tun Mahathir meninggalkan negara dengan menaiki jet peribadi.

Apa pun tindakan berniat jahat lagi jijik itu kantoi apabila gambar Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah yang baru selesai mengundi dipaparkan dilaman-laman media sosial sejak tengahari tadi.


Steady Tun !! JasaMu tetap Ku Kenang...Anwar ang dah boleh standby untuk jadi pensyarah selepas ni !!

MMI.

Tuesday, 22 January 2013

Alhamdulillah Semoga Ianya Berkekalan !!


Alhamdulillah.... itulah kata-kata pertama yang MMI mampu ucapkan semasa kali pertama menatap gambar ini..... 

Gambar di atas memaparkan pasangan 'ROMANTIK' sepanjang zaman.... Perdana Menteri ke 4, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama isteri tercintanya Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali.

Melalui laman facebook, apa yang menariknya mengenai gambar di fanpage tersebut adalah penampilan Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali yang mengenakan tudung.

Respon para pembaca melalui komen yang diterima adalah mereka sangat gembira dengan penampilan terbaru Tun dan berharap ianya berkekalan dan mendoakan agar pasangan tersebut sihat, panjang umur dan berkekalan bahagia.

Mungkin akan ada pihak yang melihatnya dari sudut negatif namun selagi ianya menjurus kearah kebaikan kita harus menyokong.

Sama-sama kita doakan..

kredit to bicara perjuangan 

MMI.

Labels