Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata, titah yang di-Pertuan Agong yang menggesa rakyat di negara ini menerima keputusan Pilihan Raya 2013 disediakan Jabatan Perdana Menteri (JPM), dan Pakatan Rakyat (PR) jelasnya bersedia menerangkan pendirian mereka berhubung protes menolak keputusan pilihan raya 5 Mei lalu.
Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah menitahkan pada Sabtu, semua pihak, tanpa mengira kaum dan kepercayaan, menyokong usaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk membaik pulih semula persefahaman kebangsaan.
“Kita tahu sistem Perlembagaan di negara ini, ucapan Yang di-Pertuan Agong dibuat Jabatan Perdana Menteri, kemudian disahkan oleh perdana menteri, seterusnya dihantar oleh Pejabat Perdana Menteri untuk pertimbangan Agong,” kata Anwar (gambar) kepada pemberita ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini.
Menurut Anwar lagi, PR juga bersedia menulis warkah bagi menjelaskan tindakan mereka kepada Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah serta menerangkan penipuan dan kecurangan yang berlaku dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
“Kalau perlu kita boleh tulis warkah kepada Yang di-Pertuan Agong, menerangkan kecurangan dan keterlaluan dalam sikap SPR, serta kemuki bukti penipuan yang nyata.
“Kami menghargai kenyataan oleh Agong, namun ucapan itu disiapkan kerajaan,” katanya.
Dalam titahnya, Seri Paduka mahu agar prinsip-prinsip seperti demokrasi berparlimen yang sihat dan matang, Raja Berpelembagaan sebagai teras kestabilan nasional, menghormati falsafah Persekutuan, meraikan kepelbagaian, menjunjung keluhuran Perlembagaan dan memuliakan kedaulatan undang-undang dijadikan teras panduan kepada proses itu.
Bagi MMI inilah masa dan ketika paling baik untuk semua pihak termasuk YDP Agong untuk memastikan manusia bernama Anwar Ibrahim segera di kenakan tindakan dan rasanya lebih baik sekiranya di lucutkan kerakyatan sebagai warganegara Malaysia.
Anwar dengan jelas dan berniat telah menghina YDP Agong apabila mempertikaikan titah ucapan Tuanku dengan cuba mengaitkannya dengan politik.Anwar jelas cuba mewujudkan rasa benci rakyat bukan sahaja terhadap kerajaan Barisan Nasional tetapi juga telah mengheret institusi raja ke dalam kancah politik kononya YDP Agong menjadi alat politik kepada Barisan Nasional.
Ini merupakan satu penghinaan paling serius yang MMI rasakan amat tidak bertanggungjawab dan Anwar seharusnya di kenakan tindakan.
Jangan biarkan kerana ini satu penghinaan bukan sahaja kepada YDP Agong tetapi juga kepada kerajaan malah rakyat juga sebenarnya turut berasa terhina dengan apa yang telah Anwar Ibrahim lakukan.
Jangan Tunggu Lama-Lama !!!
MMI.
.jpg)