Followers

Friday, 29 September 2017

Mat Sabu Bertanding DUN , Terdesak Sangat Ker ?


Sejak kalah dalam pemilihan parti PAS kemudiannya menubuhkan parti PAN yang sampai ke hari ini masih belum mampu membuktikan kewibawaannya , Mat Sabu terus rela menjadikan dirinya sebagai MANEQUIN aka patung kepada DAP.

Tak akan ada siapa pun yang boleh menafikan keterlibatan itu kerana kelibat Mat Sabu yang begitu menagih lendir DAP jelas dan cukup ketara sekali malah ianya sudah berlaku sejak beliau masih bersama PAS.

Mat Sabu diwaktu bersama PAS bukan sahaja menjadi penyokong kuat kepada parti DAP melalui Pakatan Rakyat tetapi juga berusaha untuk membawa masuk ideologi politik DAP apabila mengajak seluruh ahli PAS supaya meletakkan sebelah agenda dan perjuangan Islam mereka dan menerima agenda politik DAP kerana yang lebih penting adalah KUASA POLITIK.

MMI yakin dan percaya Mat Sabu bukan berbicara soal perjuangan mahu pun KUASA yang dimaksudkannya tetapi lebih kepada menyelamatkan periuk nasinya sendiri.

Biar KUASA itu milik orang lain selagi mana KEHENDAK dan KEPERLUAN aku dipenuhi !!!!!!

Hati-hati beb , dulunya sewaktu bersama PAS , Mat Sabu adalah pemimpin biasa yang tidak punya apa-apa kebendaan sekalipun tetapi kini tanpa sebarang jawatan dalam mana-mana pentadbiran kerajaan Mat Sabu sudah mampu memiliki dan bermewah dengan kereta hebat termasuklah mampu menyediakan pejabat parti di setiap negeri.

Pernah ke Mat Sabu dedahkan suber dana-dana tersebut ? Duit kutipan ceramah dan sumbangan ! Agak-agaklah .....

Terkini Mat Sabu yang sedang terkial-kial mencari tempat itu ditempelak Pesuruhjaya PAS Selangor , Sallehen Mukhyi sebagai terdesak apabila ingin bertanding sekadar di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menurut Pesuruhjaya PAS Selangor itu Mohamad Sabu yang merupakan anggota Majlis Presiden PH seharusnya bertanding di peringkat yang lebih tinggi seperti di Parlimen.

Bagaimanapun jelasnya lagi PAS sedikit pun tidak terkesan dengan perkara itu, malah turut yakin yang kerusi tersebut sekali lagi bakal menjadi milik parti Islam itu dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.

“Memang nampak begitu terdesak, dia sepatutnya bertanding di parlimen, bukan DUN. Tapi kalau itu lah selayaknya untuk dia, PAS mengalu-alukan kehadiran Mat Sabu untuk bertanding di Taman Templer.

“Memang ini jelas bukan lagi pertembungan 2 penjuru, tetapi mungkin 3 penjuru,” katanya.

Well MMI bukan nak ulas tentang pertandingan 3 penjuru bagai , tapi memikirkan kedudukan Mat Sabu sebagai Presiden parti sewajarnyalah Mat Sabu perlu kembali ke kawasan sendiri !

Balik dan bertanding di Tasek Gelugor , Pulau Pinang sebab Mat Sabu orang sana , kenapa nak takut bertanding jalah di kawasan Parlimen Tasek Gelugor barulah nampak sikit kewibawaan tuh !

Takkanlah Guan Eng nak HALANG kot !!!!

Dan kalau benarlah Mat Sabu ni bertanding dikawasan DUN lepas ni maka nampak sangatlah dia cukup TERDESAK sehingga perlu menagih simpati negeri lain.

Mat Sabu - Presiden PAN - bertanding DUN ? Hahaha apa barang Mat !

MMI

Thursday, 28 September 2017

Perlantikan Wan Ji Ada Kena Mengena Dengan LGE Nak Masuk ISLAM ??


Sebelum ni tak lantik pun , yang kita tau Guan Eng lantik si Zaidi bekas tentera tulah tapi mamat tu pun bukannya bantu apa sangat pun lebih kepada buat haru untuk pastikan laporan dia buat kerjalah.Selebihnya apa yang si Zaidi tu sumbang kepada kerajaan DAP Pulau Pinang ?

Ada ka berduyun-duyun orang Melayu masuk DAP ????

Tak ada beb ,,, sebab yang Guan Eng lantik pun serabut !

Nah sekarang dalam tempoh waktu PRU14 yang semakin hampir ni , tiba-tiba Guan Eng lantik lagi sorang mamat sebagai pegawai penerangan dia.Wow apa cerita ????

GEORGE TOWN: Pejabat ketua menteri Pulau Pinang hari ini mengumumkan pelantikan penceramah Wan Ji Wan Hussin sebagai pegawai penerangan bagi membantu usaha menjawab naratif tidak benar terhadap kerajaan negeri dalam perkara berhubung agama Islam.

Ahli PKR berusia 35 tahun dari Kelantan itu mengangkat sumpah jawatan di hadapan Ketua Menteri Lim Guan Eng di Komtar hari ini.

Lim berkata Wan Ji akan berganding bahu dengan penasihat strategik beliau, Saifuddin Nasution Ismail, yang juga setiausaha agung PKR.

“Kami sukacita dengan kehadiran Wan Ji untuk membantu menyempurnakan dasar kerajaan,” kata Lim pada sidang media baru-baru ini.

Ohhh sebab nak bagi penerangan tentang hal membabitkan kerja buat kerajaan DAP Pulau Pinang khususnya dalam urusan berkaitan dengan agama Islam.

Mudah cerita MMI rumuskan lantikan itu amat diperlukan oleh Guan Eng sebab yang dok ada selama ni GAGAL dan langsung tak boleh nak bantu macam Timbalan Ketua Menteri - Rashid , Malik Itik , Zaidi , Dr Afif dan banyak lagi Melayu yang mengaku Islam tu.

Oklah dah nak lantik juga , lantiklah Guan Eng ooii ,,, cumanya MMI nak berbalik kepada tajuk kat atas tu !

Rasanya semua orang dah kenal kot siapa dia Wan Ji ni , dan Guan Eng akan guna orang nilah untuk dia masuk Islam !

Tapi ampa semua jangan silap faham , Guan Eng bukan nak peluk agama ISLAM dia hanya nak masuk Islam supaya orang-orang Melayu boleh sokong DAP !!!!

Ada beza beb peluk agama Islam dengan masuk Islam sebab masuk Islam belum tentu dia jadi orang Islam.

Jadinya semua percaturan tu adalah satu lagi kerja buat politik DAP untuk memperlihatkan kepada umum kononnya mereka begitu menjiwai Islam sedang hakikat dan realitinya DAP adalah PENENTANG UTAMA cadangan RUU355 yang langsung tak ada kena mengena dengan orang bukan Islam !!!!

Sebab apa DAP tolak ???? 

JANGAN LUPA tu !!!!

MMI

Labels