Followers

Monday, 2 October 2017

Relevankah Syed Saddiq Bernilai RM5 Juta ?


Siapa pun kalau bercakap mudah , sebab itulah ada yang kata bila bab bercakap ni kambing pun boleh terbang ! Jadi dalam semua keadaan yang seangkatan dengannya kita dapat lihat bagaimana mulut-mulut celupar itu apabila diberikan ruang dan peluang untuk membuktikan dakwaan mereka akan menghilangkan diri dan membisu.

Tak ada sumber yang sahih dan tak ada fakta yang kukuh untuk dibuktikan.

Lihat dalam isu Sarawak Report , tuduhan yang dibuat akhirnya GAGAL dibuktikan !

Lihat dalam isu 1MDB , sehingga ke hari ini tidak ada satu pun dakwaan itu dibuktikan !

Lihat dalam isu NFC , diakhirnya Rafizi sendiri mendapat habuan dan bakal menjalani hukuman penjara selama 18 bulan !

Banyak lagi kalau MMI nak catatkan disini tapi kita nak fokus kepada dakwaan terbaru , Ketua Armada , Syed Saddiq yang dilihat cuba untuk bermain politik.

Seperkara penting yang menjadi persoalan disini adalah apakah dakwaan Syed bahawa ada pihak yang menawarkan kepada beliau sejumlah RM5 juta hanya untuk meninggalkan PPBM dan menyambung pelajarannya di luar negara itu benar-benar berdasarkan BUKTI atau sekadar "hear say" dari pihak yang lain ?

Malahan dakwaan budak Syed ni kononnya beberapa pimpinan parti itu yang meninggalkan PPBM sebelum ini adalah hasil dari tawaran yang sama dilihat seolah-olah sengaja direka dan diada-adakan.

Sebelum kita melangkah lebih jauh , MMI nak bawa semua supaya kembali kepada situasi yang sering berlaku dalam kem Pakatan Haprak sebelum ini.

Ada nama-nama besar dalam kem pembangkang sendiri yang sering kali suka mendedahkan dakwaan sebegini dan kali ini ianya agak berlainan.

Kemana perginya taktik itu kerana dari pemerhatian MMI , dakwaan Syed Saddiq bukan biasa-biasa kerana ia melibatkan sejumlah wang yang besar dan nama-nama pihak yang rapat dengan Perdana Menteri.

Ini lauk beb kenapa tidak bersama dan mendedahkannya secara eksklusif ? Kenapa berseorangan ?

Ironinya Syed Saddiq bukan budak biasa , dia mengaku bahawa dia hadir dari kalangan mereka yang punya ilmu dan pengetahuan yang tinggi sampai dapat tawaran untuk melanjutkan pengajian ke luar negara.

Berdasarkan kepada itu maka sudah tentulah tindakan Syed sewajarnya lebih profesional dan bukan merendahkan martabat dirinya sendiri.

Yang lebih menariknya tindakan Syed itu kemudianya dicabar oleh mereka yang sebelum ini bersama beliau dalam PPBM.
Sogokan RM5j: Hamidah cabar Syed Saddiq dedahkan bukti
2 OKT: Selepas satu jam pendedahan dibuat Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhubung pihak-pihak tertentu yang cuba memberikan sogokan terhadapnya, Ketua Pemuda Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu mungkin berdepan tindakan saman di atas keberaniannya itu.
Menerusi status terbaru di Facebook, bekas Naib Presiden PPBM, Datuk Hamidah Osman berkata, beliau akan mendapatkan khidmat nasihat daripada peguamnya sebelum mengambil tindakan terhadap Syed Saddiq yang telah mengaitkan dirinya dalam pendedahan yang buat.
dedah-dedahlah, tapi tak perlulah nak buat tuduhan sewenang wenangnya dan menipu dengan meletakkan status kat FB macam ni.
“Lepas tu kaitkan nama saya untuk menampakkan saya juga telah dibeli.
“Saya akan berhubung dengan peguam saya untuk meminta nasihat dan pandangan untuk saya bertindak selanjutnya,” tulisnya. sumber
TERIMA HABUAN, KAMARULAZMAN CABAR SYED SADDIQ DEDAH BUKTI
Bekas pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Kamarulazman Habibur Rahman mencabar Ketua Armada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk mengemukakan bukti atas dakwaannya bahawa beliau menerima habuan daripada ‘rangkaian dedak’ agar keluar meninggalkan parti itu.
Sambil menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut, Kamarulazman berkata beliau tidak akan teragak-agak mengambil tindakan susulan selepas meneliti kenyataan pemimpin muda itu. sumber
Oleh kerana itu maka sekali lagi tindakan yang dibuat oleh ketua armada PPBM ini tidak disulam dengan BUKTI kepada dakwaannya.

Apabila itu berlaku maka Syed Saddiq perlu dengan kadar segera mengemukakan BUKTI supaya setidak-tidaknya beliau tidak dilihat sebagai budak suruhan atau sedang bermain politik !

MMI tak nak menyentuh tentang surat tawaran yang diterima oleh Syed Saddiq sebab sudah ada pihak yang tampil mempertikaikan kesahihan surat tersebut.

Itu hang punya pasal Syed , benar atau palsu masa akan menentukannya ....

Cuma sebagai pemain politik yang baharu , kehadiran Syed Saddiq bukanlah bermula dari mana-mana parti dan jika kita amati pengalaman politik akar umbi sekalipun Syed tidak memiliki pengalaman tersebut.

Malah kalau kita perhatikan pula sumbangan budak ni dalam politik PPBM dan juga Pakatan Haprak , apakah beliau memiliki aura yang begitu ditakuti pihak lawan ?

Rasanya tak kot sebab dalam debat dengan Sharil Hamdan , Exco Pemuda UMNO Malaysia sebelum ini pun Syed Saddiq terlalu jauh dibelakang sebab beliau kurang ilmu politik akar umbi !

Kalau berbekalkan aksi dan pengalaman berdebat sahaja ianya terlalu "general" sebab banyak lagi perkara lain yang perlu diperhalusi khususnya dalam hal melibatkan rakyat dan negara.

So MMI nak tanya kalau benar sekalipun seperti mana dakwaan tu , apakah relevannya nilai RM5 juta ditawarkan kepada beliau hanya untuk melihat Syed Saddiq keluar dari parti PPBM ??????

Fikir sama jangan main layan ja ...

MMI

Sunday, 1 October 2017

Bukan Parti Cauvinis , Kenapa Tun M Tak Sertai DAP ?


Tun Mahathir adalah diantara pemimpin yang kini bersama dengan rangkaian pembangkang yang begitu obses memuja parti DAP sebagai parti politik yang cukup segala sifatnya.Bermula daripada keahlian DAP yang dimomokkan sebagai mencakupi pelbagai kaum sehinggalah kepada penghormatan parti cauvinis itu yang Tun Mahathir kata cukup tinggi terhadap kedudukan Islam serta orang Melayu seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Mudahnya Tun Mahathir mengangkat parti DAP yang sebelum ini begitu dimusuhinya.Apa pun inilah politik cuma yang membezakan politik itu berada di landasan yang betul , ianya ditentukan dengan gerak cara tadbir serta perancangan pimpinannya terhadap rakyat dan negara.

Bukan dengan permainan politik yang saban hari asyik berpolitik sampai hak dan nasib rakyat tidak dipedulikan.

MMI yakin banyak pihak dah melihat bagaimana perlakuan seumpama itu berlaku didepan mata kita , sebagai contoh lihat sahaja isu banjir kilat di Pulau Pinang , kerajaan DAP yang begitu angkuh kononnya mampu menyelesaikan masalah banjir hanya dalam tempoh 9 bulan LANGSUNG GAGAL untuk menangani masalah berbangkit malah pada ketika ramai warga Pulau Pinang sedang berdepan keadaan banjir tidak ada mana-mana pihak dari kerajaan negeri yang turun membantu.

Tidak cukup dengan itu DAP adalah pihak yang paling lantang dalam hal ehwal membabitkan kedudukan agama Islam , mereka tanpa berselindung bukan sahaja menolak dasar-dasar tertentu tetapi turut menghina Islam di Malaysia apabila menyokong tuntutan pihak gereja untuk menggunakan kalimah Allah.

Sikap "double standard" pihak berkuasa tempatan di bawah kerajaan negeri terhadap para peniaga kecil kaum Melayu cukup ketara dan sehingga saat ini kerajaan DAP Pulau Pinang langsung tidak pernah menunjukkan perubahan malah terkini mereka sedang berusaha pula untuk menutup jalan semata-mata untuk memberikan ruang kepada para peniaga yang bukan dari kalangan Melayu untuk lebih selesa beroperasi. Baca artikel berkaitan di SINI

Apakah 3 keadaan di atas boleh disifatkan sebagai DAP benar-benar menghormati hak orang Melayu serta Islam ? Dan apakah benar DAP begitu menghormati Perlembagaan Persekutuan yang jelas telah meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara dan berada di kedudukannya yang tersendiri ?

Disinilah kita dapat melihat bagaimana Tun Mahathir sebenarnya sedang mensucikan DAP di mata masyarakat apabila dan beliau dengan sengaja cuba melupakan tindak-tanduk DAP yang beliau sendiri sebenarnya telah faham sangat-sangat.

Yang terbaru kenyataaan Tun Mahathir  yang menyedari bahawa persepsinya terhadap DAP  adalah salah, dilihat menimbulkan pelbagai persoalan ke atas pendirian sebenar beliau semasa bergelar Perdana Menteri selama 22 tahun.

Menurut Bendahari UMNO, Datuk Seri Salleh Said Keruak, kesedaran oleh Dr Mahathir sepatutnya ditunjukkan dengan meminta maaf kepada Lim Kit Siang dan parti itu semasa pelancaran gabungan pembangkang, Pakatan Harapan Johor di Tampoi pada Jumaat.

“Yang jelasnya, beliau sama sekali tidak menunjukkan kekesalannya tentang kesilapan persepsinya terhadap DAP sebelum ini.

“Melihat kepada hal ini, bolehkah kita terima pandangan politik beliau hari ini? Bagi saya, tentunya tidak,” kata Menteri Komunikasi dan Multimedia dalam blognya hari ini.

Dalam ucapan pada hari berkenaan, Pengerusi Pakatan Harapan itu membuat kenyataan bahawa DAP bukan parti cauvinis, sebaliknya adalah parti berbilang kaum selepas mendekati mereka

Mengulas lanjut, Salleh berkata ucapan Dr Mahathir dalam majlis berkenaan menimbulkan beberapa pertanyaan.

“Antaranya ialah jika sudah menyedari persepsinya tentang DAP adalah salah, kenapa tidak bubarkan sahaja PPBM dan sertai DAP?

“Dan jika Dr Mahathir mengakui tanggapannya terhadap DAP sebelum ini silap, maka apakah jaminannya yang tanggapannya tidak silap lagi pada kali ini,” soal bekas Speaker DUN Sabah itu.

Sebagai pemerhati politik dan generasi yang hadir diwaktu era pimpinan Tun Mahathir , MMI percaya bahawa Tun Mahathir sebenarnya sudah hilang pendirian dan beliau sedang tercari-cari ramuan baharu untuk sekurang-kurangnya terus mendapat sokongan akar umbi.

Dalam keadaan pergolakan besar sedang berlaku dalam PPBM , rasanya kehadiran Tun Mahathir hanyalah pelengkap boneka DAP dalam kem pembangkang.

Sebab ! Kalau benar Tun Mahathir begitu yakin DAP bukanlah seperti mana yang beliau anggap sebelum ini dan begitu MAKSUM dari kalangan parti-parti yang lain , kenapa tidak Tun Mahathir MASUK SAHAJA DAP ?

Kenapa perlu tubuh PPBM ?

Sebab Tun Mahathir tahu DAP bukanlah seperti mana yang beliau ungkapkan !

Realitinya Tun Mahathir masih berdarah UMNO dan beliau masih lagi SAYANGKAN UMNO cumanya kerana EGO dan tidak mahu mengaku KESILAPAN DIRI akhirnya Tun Mahathir sanggup menongkah arus dan berperang dengan prinsip diri sendiri.

Your choice bro ....

MMI

Labels