Followers

Wednesday, 2 May 2018

Pengundi Bangladesh Datang Lagi ?? #TsunamiPhitnah


Seperti yang dijangka sekali lagi puak-puak pembangkang menjadikan isu warga Bangladesh sebagai makanan fitnah mereka dengan menjaja ke seluruh negara kononnya Barisan Nasional sudah mula membawa masuk pengundi dari Bangladesh.

Isu kitar semula cumanya kali ini mereka menggunakan gambar sekumpulan warga Bangladesh yang tiba di Pulau Pinang bertopi biru.

Woooo bukan main seronok puak-puak kaki fitnah ni sampaikan ada juga dikalangan orang-orang parti sendiri yang turut sama seronok mengadu domba isu yang dimainkan tanpa sebarang siasatan dibuat.

Kiranya main telan ja apa yang orang suap tapi kalau tengok kepada zahir diri jauh berbeza, nampak macam profesional dan educated tapi hampeh otak udang !!!!

Kepada yang suka main telan ja tanpa tengok isi yang ditelan itu MMI nak jelaskan bahawa penyebaran gambar FITNAH itu sebenarnya adalah gambar kehadiran sekumpulan warga asing di Pulau Pinang untuk menghadiri satu konvensyen Qnet (direct selling company – subsidiary of QI Group of Companies).

Konvensyen berkenaan bermula pada 24 April dan berakhir pada 28 April 2018 dan kira-kira 15,000 ahlinya hadir di SPICE Arena, Relau, Pulau Pinang.

So what ?

Macam inikah pembangkang berkempen?

Dengan tsunami fitnah?

MMI nak ingatkan ingatkan kepada semua bahawa kita juga perlu menghormati warga Bangladesh, penduduk mereka juga bertauliah dan beradab, sama seperti penduduk negara India, Sri Lanka, Arab Saudi, Jepun, Korea dan semua negara lain. 

Sedar atau tidak tindakan sedemikian adalah satu tindakan yang bukan sahaja menghina warga negara yang lain tetapi menjatuhkan imej bangsa itu sendiri seolah-olah mereka terlalu hina sampai sanggup menjadi kuda tunggangan kepada orang lain.

Beginilah sikap puak-puak pembangkang main bedal dan langsung tak pernah memikirkan sensitiviti orang lain seolah-olah mereka adalah yang paling agung dalam dunia.

Hello !!!! Barisan Nasional jauh berbeza dengan pembangkang, kita tak perlu berlakon sampai menangis depan budak kecil kononnya diri tu dah tua, kita tak perlu sebar fitnah berbohong dengan rakyat hanya untuk mendapatkan kuasa sebab BN punya keupayaan dan kemampuan untuk meyakinkan rakyat dengan segala gerak kerja dan usaha kerajaan selama ini.

Betapa hinanya pembangkang dan bayangkanlah bagaimana hubungan diplomasi kita nanti, Nauzubillah sekiranya Pakatan Harapan menang dan apabila pemimpin Harapan memimpin negara ?

Apa yang akan berlaku agaknya ????

Tak cukup dengan itu difitnahnya lagi dengan sebaran gambar kononnya warga Bangladesh memakai baju Barisan Nasional, memegang poster Najib Razak dan bendera Barisan Nasional. 


Agak-agaklah bro, benda simple macam ni pun nak percaya ke ?

Siapa-siapa pun boleh mengajak orang pakai baju sebegini. Kalau esok pagi ada warga Singapura, Thailand, India, China, Jepun atau Amerika yang pakai dan pegang poster sebegitu, adakah mereka juga pengundi hantu ?

Dan lebih bodohnya pembangkang dan juga mereka-mereka yang percaya ni adalah kerana gagal memahami proses pilihanraya itu sendiri.

Setiap parti yang bertanding dalam pilihanraya pastinya tahu bahawa proses pengundian itu bukanlah dibuat secara sambil lewa ianya berdasarkan peruntukan undang-undang di bawah SPR.

Malah setiap parti ada wakil masing-masing dalam setiap saluran mengundi selain wakil sewaktu perkiraan undi dibuat.

Dan semua pengundi hanya boleh mengundi sekiranya nama mereka disahkan oleh SPR sebagai pengundi pada satu-satu pilihanraya merujuk kepada peraturan dan undang-undang yang tersedia.

Perlu juga MMI jelaskan bahawa setiap nama-nama pengundi telah dipamerkan oleh SPR dalam tempoh tertentu untuk parti-parti politik melihat dan membuat sebarang bantahan sekiranya wujud sebarang pertikaian.

Malah kakitangan SPR bukanlah terdiri daripada penyokong-penyokong Barisan Nasional sahaja, semua pihak terlibat tanpa mengambil kira fahaman politik.

So apa lagi yang nak dibebelkan ?

Pada PRU13 yang lalu Anwar Ibrahim dan pembangkang membuat tuduhan kononnya kerajaan BN membawa masuk 40,000 Bangladesh untuk mengundi. 

Kemudian apa yang berlaku? 

Di Parlimen, Anwar Ibrahim tanya balik “mana ada dia kata begitu”.  If I may say this, the Opposition won votes based on lies !

Tak cukup dengan itu dalam pilihan raya yang lepas, pembangkang tuduh kerajaan bawa masuk Bangladesh sebagai pengundi hantu. Lepas PRU13, apa mereka kata? 

A.PEMANTAU kata tidak ada pengundi asing. 

B.Pemimpin DAP Ong Kian Ming kata tidak ada pengundi asing.

C.Calon pembangkang Petaling Maria Chin Abdullah, bekas Pengerusi BERSIH, juga akan tidak ada pengundi asing.

Hello Khalid Ismath bekas aktivis BERSIH pun mengaku bahawa semua tuduhan itu adalah propaganda semata-mata.


Hakikatnya pembangkang sengaja mereka-reka cerita dan membuat fitnah untuk menang undi dan kerusi di PRU sahaja dan mereka kemudian dengan bersahaja tanpa bertanggungjawab membuat penafian seolah-olah semua kejadian yang berlaku itu tidak memberikan impak kepada mana-mana pihak khususnya dalam soal keselamatan negara. 

Sikap macam ni ke kita nak pilih untuk tadbir negara ?

PRU14 Pakatan Haprak tak relevan langsung !

MMI

Tuesday, 1 May 2018

Apakah Permatang Pauh Masih Milik Keluarga Anwar Selepas PRU14 ??


Ramai yang melihat PRU14 sebagai medan buku bertemu ruas di Permatang Pauh apabila penyandang Wan Azizah dari PKR tidak bertanding sebaliknya menyerahkan kerusi tersebut kepada Nurul Izzah anaknya yang didatangkan dari Lembah Pantai.

Wan Azizah pula berpindah keluar dan bertanding di Pandan !

Dari pengamatan MMI apa yang berlaku ini adalah strategi Wan Azizah sendiri kerana melihat pencabarnya di Permatang Pauh bukanlah calang-calang lawan sebaliknya adalah Datuk Zaidi, Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh yang selama ini telah menunaikan tanggungjawabnya terhadap seluruh rakyat Permatang Pauh melebihi Ahli Parlimen sendiri.

Tak perlu MMI perjelaskan satu persatu kerana hampir pasti seluruh pengundi di Permatang Pauh tahu siapa sebenarnya yang bekerja untuk rakyat.

Selain dari itu Wan Azizah juga dikhabarkan punya agenda peribadi apabila membuat keputusan bertanding di Pandan. Semuanya ada kena mengena dengan si peliwat di penjara Sungai Buluh, rasanya ramai yang boleh agak.

Apa pun semua gerak kerja Team Zaidi di Permatang Pauh sejak awal 2013 yang lalu benar-benar memberikan saingat sengit kepada calon PKR Nurul Izzah.

Dilaporkan PKR kini berada dalam keadaan terdesak untuk mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh yang dimenangi mereka sejak Pilihan Raya Umum 1999.

Nada kebimba­ngan terserlah apabila ca­lonnya, Nurul Izzah Anwar mengakui pertarungan di kerusi berkenaan kali ini tidak semudah yang disangka selepas meng­ambil kira beberapa faktor.

Katanya, selain bim­­­bang peratusan keluar mengundi yang rendah pada 9 Mei nanti boleh menyebabkan mereka tumbang, faktor kekuatan lawan iaitu Barisan Nasio­nal (BN) dan Pas juga merupakan perkara yang perlu diberi perhatian.

“Sebab itu saya kata PKR tidak boleh ambil mudah. Mereka (BN dan Pas) mempunyai sejarah yang panjang di sini, jadi mereka ada kekuatan jentera. Oleh itu, sejak dua tahun lepas, kita (PKR) mula bekerja kuat di sini,” katanya dalam satu sidang akhbar baru-baru ini.

PKR sebelum ini dianggap kebal di Permatang Pauh apabila BN gagal sebanyak enam kali untuk merampas kerusi berkenaan termasuk dua percubaan pada pilihan raya kecil (PRK) 2008 dan 2015.

Bagaimanapun, pemerhati politik menyifatkan faktor kemenangan PKR di situ adalah kerana sokongan penyokong Pas terutamanya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir.

Kerjasama politik mem­ba­bitkan kedua-dua parti terputus pada 2015 selepas Pas mendakwa PKR mengkhianati mereka dalam pelbagai isu. sumber utusan

Hakikatnya ada 2 perkara yang perlu kita fahami ...

1.Kenyataan Nurul adalah strategi low profile PKR untuk mendapat simpati pengundi seperti mana yang pernah dilakukan oleh Wan Azizah yang sering menjaja kisah Anwar walaupun hari ini beliau bersama Mahathir.

2.Kerisauan ini punya logiknya kerana perpisahan PAS dari Pakatan Haprak adalah satu kerugian besar kepada parti-parti yang bersama dalam Pakatan Haprak memandangkan PAS adalah penyumbang undi terbesar kepada Pakatan Haprak dulunya.

Selain daripada itu momentum dan gerak kerja UMNO Permatang Pauh yang sudah menempah nama sebagai bahagian UMNO paling aktif ( dalam perkiraan MMI sendiri) turut menjadikan rentak PKR yang hanya mengejar kedudukan dan kuasa politik semata-mata terencat.

Melihat kepada semua senario diatas adalah sesuatu yang mustahil untuk Nurul Izzah dan PKR sekali lagi mencatat nama di Permatang Pauh !

Jika para pengundi benar-benar memilih berdasarkan kepada gerak kerja dan tanggungjawab maka calon Barisan Nasional P044 Datuk Zaidi Bin Mohd Said adalah calon yang paling layak dipilih mewakili rakyat Permatang Pauh.


Soalnya apa yang pengundi Permatang Pauh mahukan ?

Pembelaan dan kemajuan oleh Datuk Zaidi mewakili Barisan Nasional atau terus menjadi pak turut PKR yang akhirnya mungkin terlupa siapa sebenarnya Ahli Parlimen seperti mana yang berlaku dalam penggal yang lalu.

Pilihan di tangan ANDA !!!!

MMI

Labels