Followers

Saturday 29 October 2011

Berita Dari Tasek Gelugor - Majlis Pelancaran Program Khas Untuk Rakyat 2011


29 Oktober 2011 Bertempat di Klinik Kesihatan Tasek Gelugor telah berlangsungnya satu Program Khas Untuk rakyat anjuran bersama Panel Penasihat Klinik Kesihatan Parlimen Tasek Gelugor dan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Tasek Gelugor.

Program yang diserikan dengan pelbagai aktiviti ini telah menarik hampir 1200 orang ramai sekitar Tasek Gelugor.Pelbagai aktiviti turut di jalankan antaranya Senaman 1 Malaysia,Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak,Cusina Sana Makanan Sihat 2011,Treasure Hunt termasuk Persembahan Puppet Show Pergigian dan Persembahan Kanak-Kanak TABIKA KEMAS Tasek Gelugor.

Selain daripada acara yang dijalankan turut mengambil bahagian adalah Pameran Berinformasi terkini yang turut disertai oleh Klinik Kesihatan  Sungai Dua,JPAM,AADK,IPPT,AUCMS,JKM,PUZ,MAYBANK dan Flora Bee Hive.







Program ini dirasmikan oleh YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop selaku Ahli Parlimen Tasek Gelugor disertai oleh dif-dif jemputan terdiri daripada YB Tuan Hj Shabudin Yahya ADUN Permatang Berangan merangkap Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor,Dr Hj Lailanor Hj Ibrahim Pengarah Kesihatan Negeri dan Cik Norhafizah Othman selaku Pengerusi Panel Penasihat Klinik kesihatan Tasek Gelugor merangkap Ketua Puteri UMNO Bahagian Tasek Gelugor.Turut hadir bersama YB Dato' Jasmin Mohamed ADUN Sungai Dua,Datuk Hjh Jahara Hamid ADUN Teluk Air Tawar,Sdr Hasbul Hazani Daud Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tasek Gelugor dan kepimpinan parti-parti komponen termasuk pemimpin masyarakat.  




Orang ramai yang membanjiri tapak program melahirkan rasa gembira mereka kerana selain daripada Klinik Kesihatan Tasek Gelugor yang telah berubah wajah dengan pembinaan dan penambaikkan semula mereka juga turut berpeluang bertemu dengan kepimpinan dan beramah mesra.Ini merupakan peluang yang selalu di tunggu-tunggu oleh masyarakat Tasek Gelugor.


Penyampaian sumbangan juga turut dilakukan oleh YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan YB Tuan Hj Shabudin Yahya kepada mereka - mereka yang telah di kenal pasti oleh pihak Klinik Kesihatan dalam usaha memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada seluruh penduduk dan masyarakat Tasek Gelugor. 





MMI merasakan inilah sumbangan dan perkhidmatan terbaik yang sentiasa diberikan oleh kepimpinan Barisan Nasional dalam Parlimen Tasek Gelugor.Tahniah kepada jawatankuasa pengelola program dan semua yang turut terlibat.Inilah bukti bahawa pimpinan termasuk jentera Barisan Nasional Tasek Gelugor sentiasa bekerja untuk rakyat.

Tahniah buat semua.

Rakyat DiDahulukan Pencapaian DiUtamakan.

MMI. 
       


No comments:

Post a Comment

Labels