Followers

Friday 4 November 2011

YAB PM Jawab Tuduhan Pembangkang Terhadap Isteri & Anaknya


MMI masih ingat akan kata-kata Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang berkenaan isu  moral yang melibatkan anak kepada LGE ini bilamana blogger-blogger pro BN mendedahkan perkara berkaitan baru-baru ini.Sedih dan cukup sayu sekali apabila bapa dan datuk ini meminta agar anak dan cucu mereka tidak dijadikan sebagai bahan politik oleh para blogger pro BN.

MMI bawakan sekali lagi kenyataan mereka :

 


Respon terhadap tuduhan UMNO lucah , lupakah LGE dan LKS bahawa dikalangan pemimpin pembangkang juga lebih dasyat terutamanya salah laku mereka melibatkan hal-hal berkaitan lucah dan porno ini ? MMI bawakan kembali sedikit kenangan dan peristiwa yang pernah berlaku terhadap pemimpin dari kalangan PR ini sebagai ingatan kita bersama.

Isu video seks Anwar Ibrahim

Isu gambar bogel Elizabeth Wong 

MMI juga membawakan kepada semua kenyataan YAB TPM dalam dewan rakyat berkenaan tohmahan yang menyatakan beliau juga turut menuduh dan memfitnah anak kepada LGE berkenaan salah laku.


Bandingkanlah apa yang telah MMI utarakan kerana sebagai seorang manusia yang waras kita semestinya dapat membezakan siapa sebenarnya yang cuba untuk menutup kelemahan sendiri dengan menuduh orang lain dan siapa sebenarnya yang ikhlas mencari kebenaran.

Namun yang menghairankan MMI kali ini berkenaan isu terbaru yang dimainkan oleh Anwar dan blog-blog pro pembangkang melibatkan tuduhan terhadap anak YAB PM menghabiskan duit rakyat dengan berbelanja sebanyak $60,000.00 untuk tujuan membeli belah di Perth semasa Persidangan CHOGM.

Bukankah itu satu tuduhan dan fitnah terhadap seorang anak kepada pemimpin seperti yang diperkatakan oleh 2 pemimpin DAP diatas? 

Semuanya bermula dengan penerbitan satu artikel dalam sebuah akhbar di Australia yang mendakwa anak perempuan YAB PM membelanjakan $60,000.00 di sebuah pusat membeli belah di Perth , tempat perhimpunan CHOGM.Laporan itu juga menyebut mengenai seorang wanita pertama diketahui telah membeli mutiara bernilai $150,000.00 di Barat Australia.


Ini bukti jelas bahawa hanya dengan melalui artikel tersebut maka pihak pembangkang telah membuat tuduhan dan fitnah secara membuta tuli tanpa usul periksa malahan kali ini tuduhan bukan saja terarah kepada si anak malahan kepada isteri YAB PM.

Adakah perbuatan ini dihalalkan oleh pihak pembangkang khususnya Lim Guan Eng yang begitu hebat menyalahkan UMNO dalam isu moral anaknya.Apakah perbuatan pihak pembangkang ini tidak perlu disusuli dengan permohonan maaf kerana yang difitnah kali ini melibatkan seorang pemimpin nombor satu negara ?

Inilah sikap pembangkang yang selalu menganggap merekalah yang terbaik selain daripada sentiasa menyalahkan UMNO dan Kerajaan Barisan Nsional.

MMI turut memuji tindakan YAB PM sebagai seorang suami dan bapa kepada seorang anak yang difitnah beliau telah menjawab tuduhan ini melalui laman twitternya dengan berkata "Jangan percaya atau sebarkan pembohongan.Malah anak perempuan saya tidak berada di Australia dan isteri saya ( Datin Seri Rosmah Mansor ) tidak membeli apa pun barang kemas".

Inilah sikap dan tanggungjawab seorang pemimpin , seorang suami dan seorang bapa yang cepat mengambil tindakan memperbetulkan apa yang diperkatakan dan paling penting beliau mempertahankan keluarganya walaupun pada ketika ini YAB PM bersama isteri berada di Mekah menunaikan ibadah haji. 

Secara rasminya fitnah ini telah dijawab oleh Kementerian Luar Negeri Malaysia kepada editor The West Australian yang menafikan fitnah yang disiarkan oleh tabloid murahan tersebut.


MMI sebagai rakyat negara Malaysia mendesak dan menuntut agar satu permohonan maaf dibuat oleh Tabloid The West Australian terhadap YAB PM dan kerajaan Malaysia diatas kebiadapan akhbar tabloid tersebut kerana ianya jelas menghina pemimpin dan negara Malaysia tercinta ini. 

Pembangkang semakin gentar dengan sokongan yang diberikan oleh rakyat terhadap Barisan Nasional dibawah kepimpinan YAB PM dan kerana itulah pelbagai cara dilakukan bagi mengkaburi mata rakyat.Kepada pembangkang sudah-sudahlah mempersalahkan orang lain , akuilah bahawa kamu sebenarnya yang perlu diperbetulkan.

Paku Dulang Paku Serpih , Mengata Orang Dia Yang Lebih.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels