Followers

Thursday 3 November 2011

Seksualiti Merdeka - Gelombang Baru Hak Asasi Manusia Atau Kebiadapan Terhadap Perlembagaan Negara ?


Penganjuran Program Seksualiti Merdeka 2011 yang bertemakan Queer Without Fear bertempat di The Annaxe Gallery yang bermula dari 1 hingga 13 November ini jelas memperlihatkan sikap biadap sesetengah pihak di Malaysia yang telah mengguris hati dan budaya masyarakat terutamanya masyarakat Islam di Malaysia.Ini merupakan tindakan yang seharusnya ditentang kerana Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan Agama Islam merupakan Agama Rasmi Persekutuan yang termaktub dalam perlembagaan Negara seharusnya tidak dicemari dengan penganjuran program - program sebegini.

Ini jelas jika dilihat daripada tuntutan program yang mengiktiraf golongan Lesbian , Gay , Biseksual dan Transgender atas dasar hak asasi manusia.Dengan membenarkan program ini dijalankan secara tidak langsung Malaysia dilihat sebagai sebuah negara yang telah bersedia untuk menerima golongan rakyat yang menganggap bahawa hubungan sejenis adalah hak asasi mereka , sedangkan perbuatan seks luar tabii adalah di larang bukan saja oleh agama Islam malahan agama - agama lain di negara ini.



Tokoh Kristian Sabah , Webley Disim berkata ia satu kerja gila dan jelas bertentangan dengan kepercayaan semua agama di seluruh dunia yang tidak menghalalkan hubungan sejenis.

Katanya pendekatan yang cuba dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab itu perlu ditentang sekeras-kerasnya supaya ia tidak merosakkan akhlak semua lapisan masyarakat terutamanya golongan belia yang mudah terpengaruh.Menurut beliau setiap agama mempunyai kitab suci masing-masing yang memerintahkan untuk berlaku baik dan tidak membenarkan mereka melakukan perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri dan masyarakat. 

Amat jelas menghalalkan perkara yang tidak dibenarkan oleh agama seperti hubungan sejenis adalah satu perkara biadap dan ia jelas sekali bertentangan dengan norma kehidupan.

"Saya menentang keras tindakan terkutuk itu dengan menganjurkan program yang jelas terpesong dan merosakkan akhlak setiap penganut yang mempercayai kitab ajaran agama masing-masing.Ini sangat melampau."

Beliau turut berkata sekiranya sesuatu program yang dianjurkan bertentangan dengan ajaran di dalam kitab suci.Maka ia perlu ditolak dan diketepikan demi memastikan ia tidak mengkucar-kacirkan kehidupan.

Selain itu , katanya penganjuran program Seksualiti Merdeka 2011 jelas mengaibkan bangsa Malaysia yang terkenal dengan tatasusila dan kesopanan dalam kehidupan seharian.

"Ia benar-benar memalukan saya sendiri sebagai bangsa Malaysia yang menitik beratkan nilai dan etika kehidupan normal.Sekali lagi saya tegaskan saya menentang keras program seumpama itu.Malah saya berharap kerajaan membendung gejala tidak sihat ini dengan kadar segera dan dapat mengambil tindakan tegas kepada pihak yang cuba menganjurkan program seumpama itu."

Program yang bakal dirasmikan oleh Datuk S.Ambiga Pengerusi BERSIH ini jelas merupakan satu tindakan yang turut mempunyai agenda politik kerana beliau juga merupakan penggerak utama dalam perhimpunan BERSIH yang lalu.Tindakan Datuk S.Ambiga ini kononnya atas dasar hak asasi manusia sebenarnya merupakan platform untuk membawa budaya barat masuk dan jelas ianya bertentangan dengan nilai - nilai dan budaya rakyat Malaysia.Beliau sebenarnya dilihat lebih kearah mahu membangkitkan kemarahan orang ramai khususnya orang-orang Melayu.

Program yang di taja dan di sokong oleh  Majlis Peguam dan Suara Rakyat Malaysia (SUARAM ) ini seharusnya dihalang dan Ambiga perlu ditahan kerana telah melakukan banyak perkara yang jelas boleh memecah belahkan perpaduan dan menggugat ketenteraman awam.Malahan tindakan kira - kira 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu yang cuba mempromosikan program ini juga sebenarnya perlu dikenakan tindakan.

MMI cukup bimbang dengan keadaan dan gerak kerja sebegini kerana budaya yang cuba dibawa masuk ini sudah tentu bakal memberikan satu fenomena yang tidak sihat bukan saja kepada negara bahkan ianya dibimbangi mampu merosakkan generasi belia dan anak muda dari segenap lapisan masyarakat.

MMI percaya bahawa tiada mana-mana agama dalam dunia ini yang menyokong kepada perkara-perkara yang bertentangan dengan norma - norma kehidupan manusia apatah lagi setiap agama di dunia ini sentiasa mengajak umatnya melakukan perkara - perkara kebaikan.Apatah lagi agama Islam yang jelas mengajak umatnya untuk sentiasa beramal kepada Allah SWT dan melarang hambanya daripada melakukan perkara -perkara yang boleh mendatangkan dosa.

"Kita ada undang - undang kita sendiri , berdasarkan kepada sejarah hidup kita.Kita berpijak di bumi Malaysia , jadi langit Malaysia perlu kita junjung.
"Kalau di Malaysia menetapkan beberapa perkara yang tidak boleh , maka janganlah kita ikut atau laksanakan."

Tan Sri Abdul Rahim Noor Bekas Ketua Polis Negara

MMI.      

No comments:

Post a Comment

Labels