Followers

Saturday 21 January 2012

Jom Pi Beach Night Market - Segalanya Di Sana !


Ramai yang mungkin masih belum mengetahui akan kewujudan "Beach Night Market" bertempat di R&R Bagan Ajam Butterworth Pulau Pinang.Sebuah kawasan hentian rehat dan rawat yang mempunyai keunikannya yang tersendiri kerana mempunyai sebuah kawasan pantai yang menghadap Pulau Mutiara.Kawasan ini mempunyai daya tarikannya yang tersendiri dan merupakan tempat pilihan kepada orang ramai beristirehat bersama keluarga dan turut menjadi pilihan anak muda untuk berkumpul sesama mereka.

R&R Bagan Ajam akan menjadi tumpuan masyarakat setiap kali tiba hujung minggu dan juga hari-hari kelepasan am contohnya Sambutan Tahun Baru,Sambutan Merdeka dan lain-lain.Ini menyebabkan kawasan ini menjadi tumpuan dan seterusnya menjadi pilihan kepada masyarakat bukan saja di sekitar Seberang Perai malah sehingga ke Kulim dan Sungai Petani.

Kawasan R&R ini akan berubah wajah menjelang waktu malam apabila suasananya dilimpahi dengan sinaran lampu-lampu yang menerangi seluruh kawasan.Paling menarik apabila disebelah kawasan pantai terdapatnya gerai-gerai jualan yang dipanggil "Beach Night Market" dan menyediakan lebih dari 20 buah gerai yang menjual pelbagai jenis barangan.



"Beach Night Market" yang baru sahaja dirasmikan oleh YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop Ahli Parlimen Tasek Gelugor merangkap Menteri di Jabatan Perdana Menteri turut menyediakan berbagai pilihan kepada pengunjungnya khususnya kepada kanak-kanak dengan menyediakan permainan istana belon dan motorsikal kecil.



MMI yang turut hadir ke lokasi turut merasai suasana yang begitu meriah dengan pelbagai gerai dan pengunjung yang sudah mula mengenali "Beach Night Market" ini dan pengunjung menjadikan tempat ini sebagai tempat untuk mereka bersantai setiap hujung minggu setelah penat bekerja.

Kepada mereka-mereka diluar sana yang masih belum merasai pengalaman itu bolehlah hadir ke "Beach Night Market" R&R Bagan Ajam sendiri untuk menikmati satu pengalaman baru yang sudah semestinya tidak terdapat ditempat-tempat lain.




" Beach Night Market " dibuka setiap hari bermula jam 3.00 petang hingga jam 3.00 pagi dan penumpuan selalunya diberikan pada setiap hari Khamis hingga Ahad kerana 4 hari ini merupakan hari dimana orang ramai bercuti. 




Rata-rata pengunjung yang ditemui melahirkan rasa gembira mereka dengan beroperasinya " Beach Night Market ' ini kerana ianya membantu menceriakan suasana di pesisir pantai yang turut membuatkan keluarga dapat menikmati cuti hujung minggu bersama anak masing-masing.

Bagi kebanyakkan pengunjung " Beach Night Market " merupakan destinasi pilihan untuk beriadah selain daripada tempat yang amat sesuai untuk bersantai sambil bertemu rakan dan kenalan. 

Ayuh semua sama-sama kita hadir ke sana bila kelapangan kerana selain daripada kita beriadah dan bersantai kita sebenarnya sedang dan pasti menyumbang kepada peningkatan ekonomi orang-orang Melayu kerana semua peniaga di " Beach Night Market " adalah peniaga Melayu.

So apa tunggu lagi JOM KITA !!

MMI.
  

No comments:

Post a Comment

Labels