Followers

Wednesday 23 May 2012

Debat PTPTN - Rafizi Hilang Punca , KJ Terbaik !!


Menyaksikan debat diantara dua tokoh pemimpin muda negara malam ini sudah cukup membuktikan bahawa barisan anak muda sebenarnya sudah semakin matang dalam mempraktikkan suasana politik terbuka yang memerlukan sikap profesional dan berilmu yang sememangnya di tagih oleh kebanyakkan rakyat Malaysia.

Bahkan tidak salah jika MMI menyatakan suasana politik negara hari ini sudah berubah apabila debat diantara KJ dan Rafizi di siarkan secara langsung oleh saluran Awani Astro dan ianya membuktikan satu lagi ruang dan peluang untuk kebebasan media dalam membincangkan isu-isu negara.

Mengapa agaknya debat malam ini menjadi antara yang begitu menarik perhatian rakyat Malaysia khususnya kepada mereka-mereka yang teribat dalam dunia politik ? Jawapannya cukup mudah kerana sikap bertanggungjawab yang ditunjukkan oleh kedua-dua pendebat serta para penyokong yang akur kepada peraturan.

Ituah kuncinya yang menyebabkan persaingan sihat ini mampu memberikan input yang cukup berguna kepada rakyat dibawah untuk memikir serta memilih siapa saja yang menepati kemahuan mereka sebagai rakyat seterusnya menzahirkan pemahaman itu dalam bentuk undi menentukan siapa kerajaan yang harus di pilih.

Debat malam ini menyaksikan bagaimana kedua-dua belah pihak menyajikan pandangan dan dasar masing-masing.Namun dari pemerhatian MMI melihat sikap Rafizi selaku Pengarah Strategik PKR dalam melontarkan hujahnya membuktikan beliau dalam 40 minit terakhir telah melakukan satu tindakan yang cukup tidak profesional apabila mula menyerang KJ dengan hujah-hujah yang berbaur peribadi.

Rafizi dilihat semakin tidak konsisten apabila menyebut sesuatu tindakan harus dilakukan sekarang demi menyelamatkan negara daripada menanggung hutang (kerana PTPTN) apabila tiba tahun 2020.Sedangkan dalam masa yang sama beliau turut berhujah untuk memberikan pendidikan percuma kepada rakyat.

Apakah dengan memberikan pendidikan percuma kita mampu mengurangkan beban hutang ? Melihat kepada hujah KJ yang MMI tahu berdasar Rundingan Meja Bulat Klik Sini adalah lebih baik dan menepati cara penyelesaian masalah PTPTN ini.Setiap pelajar yang menerima pinjaman PTPTN hanya akan diminta untuk membayar pinjaman principal sahaja dengan charge 1% dimansuhkan.Ini dirasakan lebih efisien kerana setiap pelajar hanya akan membayar apa yang dipinjamkan sahaja.


Melihat YB KJ mematahkan hujah Rafizi berkenaan kewujudan IPTS-IPTS di rumah-rumah kedai yang dikatakan tidak berkualiti cukup mengujakan.YB KJ dilihat cukup bijak apabila berbicara dan menyatakan bahawa IPTS-IPTS di rumah-rumah kedai seolah-olah dipandang sebagai IPTS yang tidak berkualiti oleh Rafizi yang hanya melihat kepada golongan pelajar atau mereka yang berstatus elit dan seangkatan dengannya.

Namun KJ berjaya membuktikan komitmen kerajaan dalam menangani semua peringkat rakyatnya dengan menyediakan ruang kepada mereka-mereka atau pelajar-pelajar yang tercicir di peringkat SPM dengan peluang kemasukan ke Kolej Komuniti yang sememangnya menggunakan rumah-rumah kedai sebagai kolej mereka.

Bahkan YB KJ juga turut menyatakan komitmen kerajaan dalam melihat semula kewujudan IPTS-IPTS lain dan hanya membenarkan IPTS-IPTS yang layak sahaja untuk terus beroperasi.Hujah ini menyebabkan Rafizi terdiam dan terkedu.


MMI turut mahu mengajak semua yang membaca artikel ini untuk melihat satu lagi sikap profesional yang ditunjukkan oleh YB KJ apabila tidak menjawab soalan yang dikemukakan oleh Rafizi apabila menuduh dan meminta YB KJ untuk menjawab perihal sejumlah wang Petronas yang kononnya diambil oleh YB KJ dan Tun Abdullah sewaktu Tun memegang jawatan Perdana Menteri.

Banyak pihak Pakatan Haprak diluar sana menjadikan isu ini sebagai modal untuk memberikan kemenangan debat malam ini kepada Rafizi.Tetapi sebenarnya YB KJ tidak mahu menjawab malah tidak melayan soalan ini kerana ianya tidak ada kena mengena dengan tajuk debat yang merupakan fokus utama.

Kenapa YB KJ tidak menjawab soalan Rafizi berkenaan ke mana di belanjakan duit petronas sebanyak RM237Bilion adalah wajar sekali,ianya adalah soalan perangkap malah umum telah mengetahui dan ramai mengatakan KJ berperanan besar semasa era pemerintahan Tun Abdullah Badawi.Jadi sekiranya KJ menjawab persoalan yang dilemparkan pastinya ia akan mengiakan segala tohmahan serta fitnah yang dilemparkan kepada KJ dan Tun Abdullah Badawi semasa era pemerintahan beliau.Malah soalan yang diajukan oleh Rafizi itu boleh dirujuk di dalam laporan audit atau laporan pembentangan belanjawan negara.Kesimpulannya YB KJ lebih cerdik dan pintar kerana tidak termakan oleh soalan perangkap tersebut.

Inilah kehebatan YB KJ bilamana beliau fokus kepada tajuk perbincangan dan tidak membawa penghujahan kepada perkara yang tidak ada kena mengena dengan topik yang diperbincangkan.

Ternyata Rafizi yang dilihat semakin emosional dalam hujahnya terjerat dengan sikap profesional YB KJ dan ini membuktikan bahawa hujah Rafizi berkenaan isu PTPTN ini hanyalah sekadar untuk menarik sokongan kumpulan mahasiswa dan mahasiswi untuk bersama-sama dengan Pakatan Haprak.


Rafizi juga sebenarnya telah menjerat diri sendiri apabila menyatakan masalah yang berlaku terhadap KUIN di Kedah sebenarnya adalah kesalahan kerajaan persekutuan yang tidak mahu bekerjasama dengan kerajaan negeri.Sedangkan dalam masa yang sama Rafizi mendabik dada kononnya sekiranya Pakatan Haprak memerintah negara maka dasar memberikan pendidikan percuma kepada rakyat adalah dasar utama mereka.

Persoalannya mengapa KUIN di Kedah tidak dibantu oleh Pakatan Haprak ? Mengapa malam ini Rafizi berkata kerajaan Persekutuan seharusnya membantu KUIN di Kedah yang sebelum ini tidak pernah didendangkan malah mendabik dada untuk memberikan pendidikan percuma kepada rakyat? Semuanya kerana KUIN di kedah terpaksa menaikkan yuran pengajian pelajarnya ketika Pakatan Haprak sibuk melaung-laungkan kepada rakyat untuk memberikan pendidikan percuma.

Inilah sikap pimpinan Pakatan Haprak yang sememangnya terkenal dengan tipu helah yang menjadi mainan mereka selama ini.

MMI paling bangga dan tersenyum puas apabila di waktu penggulungan YB KJ dengan penuh bersahaja telah membangkitkan apa yang digelar sebagai janji Pakatan Haprak di bumi Selangor yang di terajui oleh Parti Keadilan Rakyat tidak dapat ditunaikan dan antaranya adalah memberikan pendidikan percuma kepada pelajar-pelajar di peringkat tadika yang berumur dari 5 ke 6 tahun.

Persoalannya sekiranya janji untuk memberikan pendidikan percuma kepada pelajar tadika pun tidak dapat ditunaikan oleh mereka apakah mereka (Pakatan Haprak) mampu menunaikan janji untuk memberikan pendidikan percuma kepada seluruh rakyat ?

Hahaha anda semua fikir-fikirkanlah.

Untuk analisis berkenaan fakta yang disampaikan oleh Rafizi,Sungai Rapat Online ada jawapannya Klik Sini .

KJ Terbaik !!

MMI.   

No comments:

Post a Comment

Labels