Followers

Tuesday 22 May 2012

GPMS Pulau Pinang Kini Berwajah Baru


GPMS Negeri Pulau Pinang baru sahaja menyelesaikan Mesyuarat Agung Tahunan bagi tahun 2012 bertempat di Institut GPMS Batu Gajah Perak pada 20 Mei 2012 yang lalu.Seramai 140 orang perwakilan mengambil bahagian pada mesyuarat tahunan ini yang julung-julung kali diadakan di luar negeri Pulau Pinang.

Mesyuarat tahunan yang dijalankan serentak dengan Program Pemerkasaan GPMS Negeri Pulau Pinang ini dilihat dapat meningkatkan semangat para aktivis GPMS di seluruh negeri Pulau Pinang kerana semua barisan kepimpinan di setiap peringkat dihimpunkan bersama-sama ahli-ahli di peringkat cawangan seterusnya mewujudkan satu ikatan setia kawan yang cukup baik.


Ini dapat dilihat melalui aktiviti dan program yang dijalankan selama 2 hari bermula dari 18 hingga 20 Mei 2012 mendapat kerjasama yang baik daripada semua yang mengambil bahagian termasuk mendapat sokongan daripada Sdr Jais Abdul Karim Presiden GPMS Kebangsaan sendiri.






Namun perasaan hiba dan sedih dapat dilihat diwajah semua ahli-ahli GPMS Negeri Pulau Pinang apabila mesyuarat kali ini merupakan mesyuarat terakhir kepada Puan Nurrul Huda Ghazali yang telah melepaskan jawatan sebagai Pengerusi GPMS Negeri Pulau Pinang kerana akta belia hanya menghadkan kepada mereka yang berumur 40 tahun kebawah.


Jasa Puan Nurrul Huda selaku Pengerusi GPMS Negeri Pulau Pinang amat disanjungi oleh semua ahli-ahli GPMS.Malah khidmat dan jasa beliaulah yang telah menjadikan GPMS Negeri Pulau Pinang hari ini di lihat sebagai sebuah badan NGO yang terbaik dari segi organisasinya malah disanjungi oleh semua ahli-ahli di peringkat cawangan.

Jawatan Pengerusi GPMS Negeri Pulau Pinang hari ini disandang dan diteruskan oleh Sdr Muzaidi Mohd Ali yang dulunya menjawat jawatan Timbalan Pengerusi.Melalui pemerhatian MMI beliau akan dibantu oleh para exco dan jawatankuasa yang cukup baik di kalangan para pimpinan di peringkat cawangan dan daerah.


Dalam ucapannya sebagai Pengerusi GPMS Negeri Pulau Pinang yang baru beliau melahirkan rasa syukur dan ucapan terima kasih kepada Puan Nurrul Huda Ghazali yang selama ini meletakkan kepercayaan kepada beliau selaku Timbalan Pengerusi dan seterusnya mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh perwakilan yang turut memberikan kepercayaan kepada beliau dalam menerajui GPMS Negeri.

Sdr Muzaidi Mohd Ali turut memberikan jaminan bahawa dengan sokongan para exco dan jawatankuasa yang bakal di lantik GPMS Negeri Pulau Pinang pastinya berwajah baru dan akan terus berusaha menjadi antara NGO yang terbaik dalam perjuangan mengangkat martabat anak bangsa melalui ilmu dan pendidikan.

MMI mengucapkan tahniah kepada semua aktivis GPMS dan menaruh keyakinan bahawa GPMS Negeri Pulau Pinang akan terus mara selepas ini.

Terima kasih juga kepada Puan Nurrul Huda Ghazali yang cukup mudah didekati malah sentiasa ramah untuk berbual dengan sesiapa saja.Khidmat Puan Nurrul amat-amat di sanjung oleh semua perwakilan dan ahli-ahli GPMS di seluruh negeri Pulau Pinang.


Syabas juga kepada Sdr Jais Abdul Karim selaku Presiden GPMS Kebangsaan yang turut hadir merasmikan Mesyuarat Tahunan GPMS Negeri Pulau Pinang bagi tahun 2012.Sokongan dan bantuan daripada Sdr Jais amat-amatlah dihargai dan sumbangan beliau terhadap gerakan GPMS Pulau Pinang sememangnya diakui oleh semua ahli GPMS di Pulau Pinang sebagai yang terbaik.

MMI hanya mahu melihat suara GPMS khususnya di Negeri Pulau Pinang terus berkumandang kerana perjuangan GPMS amat penting dalam memastikan anak bangsa kita terus diberikan ruang dan peluang melalui bidang pendidikan kerana kita yakin bahawa "Maju Mundur Hina Mulianya Bangsa Itu Terletak Di Tangan Kita" .

Yakinlah hanya melalui ilmu sahaja bangsa kita dapat mempertahankan apa yang kita nikmati hari ini.

Syabas semua..Ampa semua memang terbaik..

Psssttt Bila nak pi Batu Gajah lagi ??? Hehe

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels