Followers

Friday 1 June 2012

Amy Tidak Di Beli !!


Umur saya sudah lebih 50 tahun, dalam usia ini saya tidak mudah untuk dijual beli." Demikian jawapan paling jujur rockers Amy Search apabila ditanya tentang kewajarannya memilih untuk menjadi ahli UMNO .

Amy bersama beberapa lagi teman artis, Mus May, Ibnor Rizal, Radhi OAG dan Jamal Abdillah menyerahkan borang keahlian kepada Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Raof Jusof di ibu pejabat parti berkenaan di Kuala Lumpur.

Selama ini ramai yang menganggap Amy memilih Pas sebagai pegangan dalam ideologi politiknya ekoran dia kerap dilihat bersama-sama dengan pemimpin parti itu.


Nyata, sangkaan itu meleset dan mungkin ia hanya propaganda pihak tertentu bagi menumpang populariti Amy sebagai artis besar yang menjadi ikon kepada jutaan remaja dan belia dalam negara.

Sesungguhnya bagi Amy, masa depan yang terbaik bagi Malaysia ialah bersama-sama dengan UMNO.


Malah, rocker kesayangan ramai yang sangat dihormati itu juga tidak bermasalah untuk sama-sama turun padang bagi membantu kerajaan menjalankan kempen-kempen di kalangan masyarakat.

Bagi MMI , Amy sebenarnya sudah cuba untuk mendekatkan dirinya dengan perjuangan Pas yang kononnya lebih Islamik daripada semua pihak di Malaysia sebelum ini.Namun kerana kerakusan Pas untuk terus berjuangan bersama Pakatan Haprak yang jelas tidak mempunyai pendirian yang kukuh apatah lagi sentiasa berbalah dengan kenyataan-kenyataan yang mencerminkan Pakatan Haprak tidak konsisten dalam perjuangan mereka menyebabkan Amy membuat keputusan untuk bersama UMNO.

Semuanya kerana beliau yakin bahawa hanya UMNO yang mampu memperjuangkan nasib Bangsa,Agama dan Negara. 

Terbaru kerana keyakinan inilah maka Pas diihat semakin mengelabah malah dilihat sudahpun menubuhkan unit khas yang di namakan Majlis Usrah Karyawan dan Artis ( MUSTIKA) bertujuan mendekati golongan karyawan dan artis.

Perkara tersebut di umumkan oleh Ketua Pemuda Pas , Nasrudin Hassan dalam ucapan di majlis taklimat khas sempena Himpunan Hijau ke Putrajaya di Kompleks Pas Kedah pagi tadi.

Sekarang ni nampak sangat Pas juga mahukan para artis untuk bersama mereka sebabnya untuk dapatkan sokongan rakyat..Pakat-pakat buat kerjalah noo..

Apa pun Amy, gua caya sama lu lah... Phewittttt!

MMI.


No comments:

Post a Comment

Labels