Followers

Thursday 7 June 2012

Spin Lagi - ‘Bertam Nite’ tiada kaitan dengan KEADILAN ???


Isu berkenaan "Bertam Nite" 2012 benar-benar telah membuatkan Pakatan Haprak senak perut semuanya kerana bukti-bukti jelas telah pun di berikan malah diperjelaskan bahawa dalam majlis tersebut turut di hadiri oleh juak-juak daripada Pas cumanya tidak ada sebarang tindakan diambil seperti mana juak-juak Pakatan Haprak menyerang HBN2012.Klik Sini dan Sini.

Serangan bertubi-tubi kiri kanan atas bawah oleh para blogger UMNO telah menyebabkan satu sidang akhbar telah diadakan di Kepala Batas bagi mencari jalan untuk sekali lagi membuat "Spin" supaya ianya tidak menjadi barah yang boleh menyebabkan rakyat melihat sikap mereka yang sebenar.

Namun melihat kenyataan yang dikeluarkan oleh Keadilan Daily sendiri cukup untuk membuatkan MMI tersenyum malah ketawa kerana ia hanya sesuai dibuat kepada budak-budak tadika sahaja.

Jom kita sama-sama ikuti kenyataan hasil dari sidang akhbar yang diadakan. 

KEPALA BATAS 6 Jun: Ketua Cabang KEADILAN Kepala Batas, Abdul Latif Abdullah memberitahu, jawatankuasa program ‘Bertam Nite 2012′ terdiri daripada mereka yang dibawa dari luar Cabang Kepala Batas dan tiada kaitan langsung dengan cabang tersebut khasnya dan KEADILAN amnya.
“Saya tegaskan bahawa tidak wujud KEADILAN Bertam di dalam struktur parti, yang ada adalah pimpinan pusat, pimpinan negeri, pimpinan cabang dan pimpinan ranting,” katanya dalam kenyataan.
Beliau menjelaskan demikian berhubung program ‘Bertam Nite 2012′ yang berlangsung di Kompleks Sukan MPSP Bertam, dekat sini Ahad lalu yang menjadi kontroversi dengan adanya persembahan tarian menyerupai K-Pop.
Sehubungan itu, Abdul Latif berharap orang ramai tidak lagi terkeliru dan dikelirukan oleh mereka yang mempunyai agenda tersendiri di Parlimen Kepala Batas.
Beliau bagi pihak Cabang Kepala Batas memohon maaf kepada seluruh pendokong Pakatan Rakyat khususnya kepada warga Kepala Batas.
“KEADILAN Cabang dan seluruh penyokong PR di Kepala Batas masih tetap berada dalam semangat juang yang tinggi bagi meneruskan agenda Pakatan Rakyat menuju Putrajaya,” kata beliau.

Tak ke bodoh namanya apabila menyatakan jawatankuasa program tersebut di bawa dari luar cabang Kepala Batas lepas tu pula boleh nafikan ianya tiada kaitan dengan cabang Kepala Batas malah tiada kaitan langsung dengan parti Keadilan ?

Orang lain pun pernah anjur program juga dik oi ! takkan lah sampai tak tahu menahu apa yang bakal berlaku sebab dalam setiap satu-satu majlis sudah semestinya akan ada unit mahupun pegawai  yang ditugaskan untuk memastikan kelancaran majlis ?

Lagi lawak , macam mana pula boleh kata tak ada kaitan langsung dengan parti Keadilan sedangkan majlis tersebut terang-terangan majlis PKR malah "back drop" dan bendera yang dipasang sudah cukup jelas melambangkan Keadilan?

Kalau di kira daripada kenyataan di atas membawa maksud cabang Kepala Batas sememangnya mempunyai ahli dan kepimpinan yang cukup teruk kerana majlis yang diadakan di kawasan sendiri pun tak ambil tahu !!

Lepas tu boleh pula kata tidak wujud keadilan Bertam dalam struktur parti yang ada adalah pimpinan pusat,pimpinan negeri,pimpinan cabang dan pimpinan ranting.

Hahaha apa punya "spin" lah puak-puak ni,Maleh dah aku nak tulis memang bangang lah puak-puak ni.

Psssst nak tido jap lah hehe

MMI.

1 comment:

  1. nafi..spin...tunding jari pada orang lain, nafi lagi, spin lagi...tunding jari lagi... last-last kantoi jugak...!!

    ReplyDelete

Labels