Followers

Monday 30 July 2012

Khas Kepada Mereka Yang Tak Mahu Berpuasa !!

Gambar Sekadar Hiasan

Dalam suasana masyarakat Islam menunaikan ibadah puasa masih ada segelintir yang mengambil kesempatan untuk tidak berpuasa.Saban tahun kita dapat melihat berita-berita mengenai tangkapan yang dibuat oleh Majlis Agama Islam terhadap mereka-mereka yang tidak berpuasa.

Benarlah kata orang manusia itu tidak sempurna dan MMI mengakui bahawa terdapat mereka-mereka yang benar-benar tidak mampu berpuasa atas dasar kesihatan dan sewaktu dengannya.

Namun melihat mereka-mereka yang sengaja tidak berpuasa ini kebanyakkannya daripada golongan dewasa dan tua maka ianya amat memalukan apatah lagi kesemuanya mempunyai kesihatan yang baik.

Oleh kerana itu MMI mengambil kesempatan ini untuk sama-sama berkongsi dengan semua satu rakaman video yang menceritakan bagaimana orang bukan Islam boleh turut berpuasa dan mampu merasa nikmat berpuasa itu sendiri.


Rakaman di atas menunjukkan bagaimana J SZE seorang gadis cina berusia 21 tahun dan bukan Islam menceritakan pengalamannya berpuasa di bulan ramadhan dan menerangkan hikmah2nya dari sudut pandangan dan pemahaman beliau sebagai orang yang bukan beragama Islam.

Malah beliau juga diberitakan bersolat terawih bersama umat Islam selain daripada salah seorang anggota team Najasyi / Abu Talib yang terdiri dari mereka yang bukan Islam tetapi berusaha menghayati Islam secara positif.

J Sze adalah protege Ikon Remaja Islam Loo Jo Yee. Beliau sedang belajar berhujah pro-Islam dengan Xifu Naser (pensyarah pemikiran kritis cfs, iium).

Beliau juga turut muncul di pentas KONVENSYEN FIQH UMMAH di Johor baru-baru ini bersama barisan para ustaz terkenal spt Dr.Zaharudin, Dr Maszlee, Ustaz Zahzan, Ustaz Zamri , Imam Muda Asyraf malah turut berhujah mengapa Islam itu agama yang rasional. Kini beliau sedang belajar bahasa Arab dengan Xifu Naser dan giat menghafal hadis, ayat al-qur'an.

Kepada semua MMI bukan mahu kita berasa teruja dengan anak gadis berbangsa Cina ini apatah lagi menjadikan beliau sebagai idola dan sebagainya namun mahu mengajak semua untuk melihat dari segi logiknya bagaimana seseorang yang bukan beragama Islam seperti J Sze boleh menjalani puasa seperti orang Islam lain dan boleh pula membicarakan tentang nikmat yang beliau perolehi hasil daripada beliau berpuasa.

Malah berita yang mengatakan beliau mahu mendalami tentang Islam seharusnya di sokong mudah-mudahan pintu hatinya terbuka untuk menerima Islam sebagai agamanya satu hari nanti.

Kepada orang-orang Melayu dan bergama Islam diluar sana yang masih tidak mahu berpuasa seharusnya berasa malu dengan anak gadis berusia 21 tahun ini.

Jadikanlah cerita mengenai J Sze ini sebagai pedoman dalam kita menjalani ibadah puasa selain daripada mengakui bahawa berpuasa itu terkandung dalam 5 perkara rukun Islam .

Pssst Malulah wei tak puasa sedangkan bangsa lain yang bukan beragama Islam boleh berpuasa !!

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels