Followers

Monday 31 December 2012

Haa Lari Lari Kuat Lagi !!


Ada sesuatu yang menarik perhatian MMI dalam kes Guan Eng bertindak melarikan diri daripada bertemu dengan peserta demo di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas semalam.Tindakan Guan Eng mengelak daripada bertemu peserta demo yang menantikan kepulangannya dengan penuh sabar adalah BUKTI terpenting bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang ini bukanlah daripada kategori pemimpin berjiwa rakyat.

Malah Guan Eng sebenarnya tidak perlu risau dan takut kerana yang menantinya di Lapangan Terbang adalah mereka-mereka yang dulunya turut TERBANGSAT dengan menjadi pengundi kepada Pakatan Haprak dalam PRU12 yang lalu.

Persoalannya mengapa perlu mengelak ?


GEORGETOWN: Hasrat beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan Islam (NGO) yang mahu 'menyambut' kepulangan Lim Guan Eng dari luar negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas petang semalam, tidak kesampaian apabila kelibat Ketua Menteri Pulau Pinang itu langsung tidak kelihatan.
 
Ahli Jawatankuasa Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP), Azmi Jaafar berkata, kesemua mereka berhimpun secara aman untuk mendesak Setiausaha Agung DAP itu meminta maaf dan mahukan beliau menarik balik agar kerajaan persekutuan agar penggunaan kalimah 'Allah' dalam kitab Bible dibenarkan sepertimana di Sabah dan Sarawak.
 
Azmi berkata Guan Eng dijadualkan  tiba di lapangan terbang itu jam 7 petang namun sehingga jam 7.45 malam beliau masih tidak kelihatan di kawasan menunggu ketibaan dan juga laluan kenamaan (VIP).
 
Beliau percaya Guan Eng telah mengetahui kehadiran mereka dan bertindak melarikan diri menggunakan laluan keluar lain semata-mata tidak mahu bertembung dengan mereka. 
 
“Semasa pilihan raya umum sebelum ini, kami  yang mengundi pembangkang sehingga DAP berjaya memerintah negeri ini.
 
"Kenapa sekarang dia (Guan Eng) tidak mahu berjumpa kami sebagai rakyat Pulau Pinang ? Kami yang membuatkan dia menang dan ini balasanya kepada kami,” katanya ketika ditemui media.
 
Guan Eng pada 24 Disember lalu, melalui perutusan sambutan Hari Krismas menggesa kerajaan persekutuan agar penggunaan kalimah 'Allah' dalam kitab Bible dibenarkan sepertimana di Sabah dan Sarawak.
Guan Eng nak lari sangat kan ? Haa Lari lah lari puas-puas sebab lepas ni ramai lagi yang akan lari , tunggu PRU13 ja..

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels