Followers

Thursday 24 January 2013

Majlis Syura PAS SEKADAR SARKAS Dalam Pakatan Haprak !!


Mana hebatnya Majlis Syura PAS sampaikan keputusan majlis pun tidak di hiraukan oleh Presiden parti sendiri ? Mana yang dikatakan Majlis Syura PAS ini di letakkan paling tinggi dalam struktur pentadbiran parti yang kononnya meletakkan Islam itu sebagai perjuangan utama mereka ?

Dalam konteks isu kalimah Allah ini jelas sekali Hadi selaku Presiden langsung tidak menghiraukan apa saja keputusan Majlis Syura sebaliknya menggunakan kuasa veto yang ada pada diri beliau selaku Presiden PAS bersama-sama sahabat sesyurganya dari Pakatan Haprak membenarkan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam.

Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib enggan mengulas keperluan untuk parti itu membincangkan mengenai pendirian Majlis Syura bersabit isu kalimah Allah di peringkat Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat.

Beliau sebaliknya menyerahkan segala maklumbalas berhubung isu berkenaan kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Saya tidak boleh komen, itu kena tanya Presiden PAS," jawab beliau ringkas kepada Antarapos.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media sebentar tadi berkata, setakat ini PAS belum mengusulkan sebarang cadangan untuk membincangkan semula keputusan Majlis Syura yang bertentangan dengan pendirian pakatan pembangkang. 

Oleh yang demikian menurut Anwar, Pakatan Rakyat tetap mendokong pendirian yang dipersetujui bersama ketika mesyuarat Majlis Tertinggi pada 8 Januari lalu yang diumumkan Hadi sendiri bahawa bukan Islam boleh menggunakan kalimah Allah asalkan ianya tidak disalahgunakan.

"Kalau ada isu selepas (keputusan) Majlis Syura itu, (ia) perlu dibawa dalam mesyuarat Pakatan...tapi Hadi tidak timbulkan perkara itu untuk bincang semula tentang keputusan kalimah Allah.

"Saya hormati keputusan Majlis Syura tetapi tetap dengan pendirian Pakatan," kata beliau rentetan permintaan Setiusaha Agung DAP Lim Guan Eng yang mahu kerajaan membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi Bahasa Melayu di Semenanjung, bulan lalu.

Pengerusi DAP Karpal Singh sebelum ini menggesa Hadi agar menasihati Majlis Syura untuk mengkaji semula keputusan melarang orang Kristian menterjemah perkataan 'God' kepada kalimah Allah dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu.

Menurut beliau padangan Majlis Syura PAS harus selari dengan pendirian Pakatan Rakyat supaya tidak timbul sebarang kekeliruan.sumber antarapos 

Tahniah Hadi !!

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels