Followers

Thursday 28 February 2013

Pakatan Haprak Sememangnya CELARU


Ada sesuatu yang menarik perhatian MMI apabila melihat gambar diatas.Apa yang pasti sudah tentu ianya melibatkan seorang kanak-kanak berbaju kuning dan sama-sama menyertai himpunan BERSIH.Namun sudah pasti kehadiran kanak-kanak tersebut bukan di lakukan atas kemahuan diri sendiri kerana masih kanak-kanak malah jauh sekali layak mengundi.

Jadi persoalannya disini apa guna bikin ribut dengan gambar kanak-kanak tersebut ? Sebenarnya inilah bukti bahawa dalam himpunan politik juak-juak pembangkang , mereka dengan bersahaja turut mengheret anak-anak kecil ini walaupun terdapat arahan oleh pihak berkuasa supaya jangan melibatkan mereka yang di bawah umur.

Gambar dibawah ni adalah si bapa dan si ibu yang membawa kanak-kanak di atas.


Apa aku peduli dengan arahan tersebut ? Ini hak kami dan ini caranya kami mahu membuktikan kepada dunia bahawa rakyat kini menolak kerajaan Barisan Nasional !! Barangkali itulah jawapan yang mungkin MMI dapat sekiranya bertanyakan soalan kepada ibu dan bapa anak kecil ini.

MMI pun sebenarnya malas nak pedulikan tentang isu ni sebab pihak berwajib sudah pun mengambil tindakan yang sewajarnya tapi kadang-kadang terfikir , apakah juak-juak dan macai pembangkang ini sedar dengan apa yang mereka lakukan ?

Mungkin tak ramai yang sedar bahawa juak-juak macai pembangkang khususnya mereka yang seangkatan dengan si ibu dan si bapa dalam gambar diatas sudah pun dipermainkan malah sejak lama dulu.Ketidaksedaran mereka mungkin kerana terlalu taksub dengan perjuangan songsang pembangkang hingga menyebabkan faktor lainnya langsung tidak dihiraukan.

Sebagai penyokong dan pencinta Pakatan Haprak sudah tentu perjuangan parti mahupun pihak-pihak yang pro pembangkang akan disokong oleh juak dan macai-macai ini.Maka oleh kerana itu sudah pasti perjuangan juak pembangkang selama ini iaitu IFC yang mahukan supaya setiap bayi dan kanak-kanak yang lahir tidak di catat tentang agamanya sehingga mereka berusia 18 tahun turut di sokong.Baca Sini 

Jadi berbalik kepada gambar di atas , apakah si ibu dan si bapa itu tahu anak-anak kecilnya itu akan memilih untuk menyokong pembangkang dan perjuangannya kelak ?

Jika jawapannya YA menjurus kepada hak mereka sebagai ibu dan bapa kepada anak-anak kecil tersebut , maka ianya memberikan kita satu jawapan bahawa mereka juga menolak perjuangan hak asasi pihak-pihak tertentu dalam pembangkang khususnya yang mahukan supaya setiap anak-anak kecil tidak dimasukkan agama mereka ke dalam MYkid selagi mana mereka tidak berusia 18 tahun.

Konfliknya disini adalah bagaimana manusia seperti ini boleh terus menyokong perjuangan pembangkang sedangkan mereka sendiri tidak bersetuju ?

Senang jawab inilah bukti betapa pembangkang dan juak-juaknya KELIRU dan jauh TERSESAT dengan perjuangan mereka sendiri.

KELIRUnya juak-juak pembangkang hari ini sampaikan mereka sendiri mengaku bahawa hanya jalan reformasi sahaja yang mampu menghasilkan sebuah kerajaan yang baik.Reformasi yang macam mana tu agaknya ? 

Jika pilihanraya sendiri pun tidak mahu dianggap sebagai BERSIH maka BERSIH yang semacam mana lagi yang mereka mahukan ?

Jangan lupa gang , jika pilihanraya tidak BERSIH maka sudah tentu kemenangan PR di Pulau Pinang,Kedah,Selangor dan Kelantan juga tidak sah dan BERSIH !! 

Bersih ker ???

Dan paling kemaruk juak-juak pembangkang juga kini berebut-rebut menjadikan artis sebagai ikon perjuangan mereka.Lihat saja artis Yassin yang kini menjadi duta PKR sudah pun menghasilkan lagu berjudul  REFORMASI , tak ada pula gambar macam kat atas tu noo ?? senang cakap cari makan lah..

Layan ja klip video tu kalau ampa rasa bagus klik lah suka , kalau tak klik ja tak suka abis cerita..

Hebat puak-puak nikan ? anak pulun sebelah pembangkang mak pula pulun sebelah UMNO...Terbaiklah !!

Aa lagi satu dengar cita lagu Yassin tu Faizal Tahir pun terlibat sama..emm betol ker ??

MMI.

1 comment:

  1. Sebenarnya ramai ibubapa yang berfikiran.. anak aku, aku punya suka laa nak buat apa pun. Kerana itulah ada ibubapa yang memukul anak setengah mati, menghukum anak atas kesalahan yang tak setimpal dengan hukuman tersebut dsb.

    Bagi yang beragana Islam, mereka lupa bahawa anak BUKAN hak milik mereka tetapi hanyalah AMANAH daripada Allah.

    Allah amanahkan hambanya untuk kita (yang juga Hamba Allah) jaga sebaik mungkin mengikut lunas-lunas ajaran Islam.

    Maka mendedahkan anak-anak kepada keadaan yang diketahui berpotensi bertukar ganas dan membahayakan adalah BERTENTANGAN dengan ajaran Islam!

    Ini sama juga dengan membiarkan anak-anak berdiri dalam kenderaan yang sedang bergerak, tidak memakaikan topi keledar kepada anak sedangkan si bapa atau si ibunya pakai (jenis pentingkan diri sendiri!) ketika menunggang motosikal dan dalam musim banjir ni.. membiarkan anak-anak bermain air tanpa pengawasan orang dewasa.

    Bersedialah untuk menjawab soalan2 Allah di hari akhirat nanti!

    ReplyDelete

Labels