Followers

Friday, 29 March 2013

Eksklusif PAS Ternyata SESATKAN Pengikutnya ?!!


Sebelum meneruskan entri ini , terlebih dahulu MMI ingin memohon maaf kepada setiap warga insiden Memali sekiranya apa yang bakal didedahkan nanti boleh mengguris hati dan perasaan sanak saudara atau mereka yang mungkin terasa hati.

Sebenarnya tidak ada langsung niat di hati mahu mengaibkan sesiapa apatah lagi mereka-mereka itu merupakan bangsa Melayu dan beragama Islam.

Namun kerana pihak pembangkang khususnya parti PAS yang sering menuduh kerajaan dan anggota Polis sebagai kejam dan tidak berhati perut maka MMI perlu mendedahkan kepada umum apa sebenarnya yang berlaku.

Soal siapa kejam dan siapa tidak kejam bakal di jawab sebentar lagi.Begitu juga dengan siapa sebenarnya yang mencetuskan insiden Memali sehingga mengorbankan nyawa di kalangan sesama Islam dan bangsa Melayu juga akan di jawab sebentar lagi.

Jangan kita sesekali menafikan apa yang bakal ampa semua saksikan sebentar lagi kerana ianya merupakan kejadian sebenar dan nasihat MMI gunakanlah akal dan fikiran anugerah Allah swt dengan sebaik-baiknya kerana kita berpegang kepada hak dan batil.

Sikap pembangkang yang saban hari meracuni pemikiran rakyat menyebabkan kita semakin longlai.Isu kalimah Allah yang sebelum ini mencetuskan rasa kurang senang di kalangan jutaan rakyat Malaysia adalah bukti jelas bagaimana PAS sehingga ke hari ini masih samar dalam perjuangannya sendiri.

Malah mereka sebenarnya sudah lama bergerak sedemikian , sejak dulu lagi menjadi pengikut semata-mata untuk mendapatkan kuasa,melacurkan agama sendiri demi memelihara hubungan bersama mereka yang jelas menolak Islam malah sanggup mengkafirkan sesama Islam demi sebuah perjuangan songsang.

Kepada ampa semua lapangkan hati dan berikan tumpuan kepada video di bawah dan buat keputusan apakah itu sebenarnya yang di ajar oleh ISLAM ??   



Sehingga ke hari ini AMANAT HAJI HADI masih kekal sebagai amanat malah Haji Hadi manusia yang menghamburkan amanat tersebut masih hidup dan langsung tidak merasa bersalah dengan apa yang berlaku.

Sama ada Haji Hadi mahupun PAS tumpuan mereka kini hanya terarah kepada Putrajaya yang bakal diisi oleh mereka dan sahabat-sahabat sesyurganya.

Pendirian dan ilmu agama dipermainkan , pemikiran penyokong serta rakyat disempitkan malah nyawa sudah pun mereka taruhkan.

Kepada semua sekali lagi MMI berpesan gunalah akal fikiran di tempat yang sebaik-baiknya.

PAS adalah mereka yang perlu bertanggungjawab terhadap setiap insiden di Memali !! Mudah-mudahan kesesatan yang di bawa oleh PAS tidak mendatangkan bencana kepada negara.

Baca juga di SINI 

MMI.

No comments:

Post a comment

Labels