Followers

Thursday 28 March 2013

Video Mesti Tonton #LahadDatu


Apa yang boleh MMI katakan air mata mengalir dan perasaan sedih serta sebak tiba-tiba muncul dalam diri tatkala menonton video di bawah.Apa lagi yang MMI boleh katakan melainkan hanya mereka yang tidak berhati perut sahaja mampu mengeluarkan kata-kata hina dan cercaan terhadap setiap usaha kerajaan Malaysia mendepani serangan terancang pengganas Sulu di Lahad Datu.

Pada ketika kerajaan sedang bertungkus-lumus mempertahankan negara , ada pihak lebih suka mengambil kesempatan bagi meraih sokongan rakyat.

Pada ketika pasukan keselamatan negara dengan berani dan penuh tanggungjawab melaksanakan tugas mereka , ada pihak lebih suka memperkecilkan kemampuan serta menghina mereka.

Pada ketika perajurit-perajurit negara gugur di tangan penceroboh , ada pihak ketawa dan menyalahkan kerajaan dengan menyatakan ini merupakan konspirasi UMNO dan Barisan Nasional.

Pada ketika para isteri , anak dan saudara mara meratapi pemergian insan tersayang , ada pihak mencari peluang untuk memenuhi tuntutan nafsu sendiri.

Pada ketika seluruh rakyat mendoakan keselamatan perajurit dan negara , ada pihak sibuk memfitnah serta berkempen ke seluruh negara.

Sebagai sebuah negara merdeka seperti Malaysia , seharusnya seluruh rakyat tanpa mengira Agama,Bangsa dan politik bersatu padu memberikan sokongan kepada kerajaan menangani masalah keselamatan negara bukannya dengan asyik mengata.

Sesuatu yang perlu ampa semua renungkan , melihat dari kronologi tindakan pembangkang semenjak insiden di Lahad Datu bermula apakah ianya seperti sudah di rancang ?? Ampa tentukan !!



Terima Kasih para wira negara sesungguhnya pengorbananMu cukup besar ertinya dan MMI terharu kerana pengorbanan itu menjamin masa depan anak cucu kita.

Al-Fatihah buat wira negara yang gugur di Lahad Datu.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels