Followers

Monday 13 May 2013

Anak Ikan TerGodek-Godek , AZMIN Makin GALAK !!


Belum pun reda kontroversi kritikan secara terbuka terhadap kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Timbalan Presidennya, Azmin Ali terus 'membuka pekung' parti itu di laman sosial Twitter.

Terbaharu, Azmin menerusi akaun Twitter miliknya mengecam ahli veteran PKR, Senator Dr. Syed Husin Ali yang terdahulu memuat naik kenyataan dipercayai menyalahkan tindakan beliau mempersoal serta mengkritik kepimpinan parti.

Syed Husin sebelum itu menyifatkan Azmin telah tersilap langkah sehingga menjejaskan kewibawaan dan kredibiliti Ahli Parlimen Gombak itu sebagai individu nombor dua parti.

"Sayang, mungkin Azmin tersilap langkah. Tindakan serta kenyataannya menjejas wibawa dan kredibiliti. Kenapa ke media? Tentulah UMNO menari gembira."Azmin membalas tweet itu dengan menempelak Syed Husin dan 'mendedahkan' bahawa Ahli Dewan Negara itu tahu apa yang berlaku.

"Saudara tahu apa yang berlaku. Saudara juga hantar tweet serang Anwar kerana kerabat saudara tidak terpilih," tulis beliau.Tidak terhenti di situ, Azmin terus 'menghentam' Syed Husin apabila meminta beliau berhenti daripada terus berpura-pura."Hentikan amalan kepura-puraan. Bila kena batang hidung sendiri, semua boleh. Kalau kena orang lain, soal kredibiliti. Tuntas!"


Beberapa hari lalu, Azmin mencuri tumpuan ramai apabila membuat kenyataan dalam Twitter yang dipercayai mengkritik pimpinan PKR termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.sumber 

MMI macam biasa , Azmin Ali !! Ampa boleh percaya ka ?? Huhuhu anak ikan ni kalau dok diam sapa nak pandang ye tak ? Jadi lebih baik godek-godek sikit kurang-kurang nampaklah dan yang menariknya kenyataan mamat ni bercampur-campur..Alah orang tua kata cari makan ! mmm TUNTAS bunyi pun !!

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels