Followers

Friday 7 June 2013

PEMBANGKANG Mahu BOIKOT PARLIMEN ?!!


Di sebalik protes seluruh negara terhadap dakwaan 'penyelewengan' keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), ahli Parlimen Pakatan Rakyat masih berbelah-bahagi mahu memboikot majlis angkat sumpah Parlimen pada 26 Jun ini.

"Kita tiada rancangan buat masa ini (untuk boikot Parlimen)," kata Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang lapor FMT.

Malah beliau turut enggan memberitahu sama ada usul tersebut akan dibincangkan di peringkat DAP mahu pun Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat.

Ini berikutan desakan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) semalam yang mahu wakil rakyat Pakatan meneruskan protes sehingga mengabaikan sidang Parlimen.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini berkata beliau mempertimbangkan untuk memboikot majlis angkat sumpah Parlimen sebagai tunjuk rasa kesal terhadap keputusan pilihan raya umum yang didakwa wujud unsur penipuan.

"Politik adalah perkara persepsi dan persepsi yang meluas bahawa PRU13 telah dicemari oleh penipuan dan beri peluang kepada kita memikirkan pilihan sama ada untuk memboikot sesi pembukaan," kata Anwar lapor Malaysiakini.

Sementara itu Naib Presiden PKR Tian Chua berkata pembangkang akan mempertimbangkan cadangan itu dengan serius memandangkan sebarang tindakan akan memberi kesan besar.

"Kita perlu berbincang dengan ahli pakatan lain. Ini adalah perkara yang kita perlu fikir sebaiknya, sebab ia ada implikasi serius," kata ahli Parlimen Batu itu sambil menyifatkan pembangkang mempunyai tempoh sehingga 24 Jun.

"Keputusan kita juga bergantung apa akan jadi di pertengahan. Tuntutan kami amat jelas - untuk mendesak SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) letak jawatan. Jadi mereka ada sehingga 24 Jun, dan isu kami boikot Parlimen tidak akan timbul," kata Tian lagi.

Sementara itu, Ahli Parlimen PAS Datuk Mahfuz Omar turut dilaporkan juga enggan mengulas mengenai perkara itu dan menggesa media merujuk kepada presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Saya tidak boleh cakap. Perlu tanya sekretarian pakatan," kata beliau ringkas.

Pengerusi gerakan Asalkan Bukan Umno (ABU) Haris Ibrahim semalam dilaporkan berkata perhimpunan pembangkang yang telah diadakan di seluruh negara lebih bermakna sekiranya ahli Parlimen Pakatan Rakyat memboikot angkat sumpah Parlimen.sumber 

MMI cuma nak tunggu tengok sejauh mana puak-puak ni nak boikot !! Lagi satu teringat kata-kata pemimpin PAS yang tidak mahu bersekongkol dengan mereka yang mahu merampas kerajaan dengan cara yang salah sebaliknya menyeru juak-juak mereka untuk menerima keputusan PRU13.

Kita tunggu tengoklah...

MMI.

1 comment:

  1. Suka sangatlah PR boikot.Mana tahu dpt PRK pulak.Kita main politik habis2an kali ni.Biar padan dgn perhimpunan yg berlaku selama ini.Biar rakyat mengadili sendiri,apakah sebenarnya yg dikehendaki oleh mereka.Mungkin sudah sahaja jawapannya,'Dapat jadi PM,selesai semua.Itulah nawaitu nafsu beliau.

    ReplyDelete

Labels