Followers

Sunday 9 June 2013

Trafik Perlahan Di Lebuh Raya Utama


Keadaan trafik di beberapa lebuh raya utama di Semenanjung perlahan berikutan peningkatan kenderaan memandangkan sesi persekolahan bermula esok setelah bercuti dua minggu.

Jurucakap Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) berkata di Lebuh Raya Utara-Selatan, trafik bergerak perlahan dari Nilai ke Seremban dan dari Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Perak ke arah Terowong Menora.

Kenderaan dilaporkan sesak dari Persimpangan Port Dickson ke R&R Seremban, katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS) menerusi laman Twitternya melaporkan trafik perlahan di Plaza Tol Skudai dan berlaku kemalangan di Km 351.7 dari Bidor menuju ke Sungkai pada 4.48 petang.

Maklumat trafik terkini boleh didapati dengan menghubungi talian bebas tol PLUSline 1800-88-0000 atau mengikuti laman Twitter PLUSTrafik. - BERNAMA

Kepada semua hati-hati dalam perjalanan..

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels