Followers

Wednesday 31 July 2013

Apa Jadi Kalau MMI Kata Shabery Chik , B%@# ?!!


Tak pastilah sejauh mana kesannya blog MMI ini kepada mereka-mereka di luar sana , mungkin di abaikan saja atau mungkin tak sampai 10 minit entri ini keluar akan ada pihak-pihak tertentu yang akan menghubungi MMI untuk menarik balik kenyataan di atas atau keseluruhan artikel.

Bukan ada niat pun MMI nak mengata dekat Shabery Chik tu tapi saja nak tengok sejauh mana kalau di pihak yang pro kerajaan ni buat tindakan yang sedikir kasar , ada atau tidak tindakan tertentu yang akan di ambil dalam masa terdekat ?

Bukan nak mencabar mana-mana pihak tetapi melihatkan kepada betapa LEMAHNYA pemantauan dan tindakan yang di kenakan kepada mereka-mereka yang jelas sekali menghina Islam dan orang Melayu maka MMI rasa pemimpin seperti Shabery Chik ni berenti jalah dari bercakap.

Shabery sebagai Menteri Kemunikasi dan Multimedia malah SKMM yang di pertanggungjawabkan untuk menjadi mata dan telinga kepada kerajaan khususnya berkenaan isi dan bahan dalam saluran media sosial yang kita semua tahu cukup terbuka itu di lihat GAGAL menjalankan tanggungjawab mereka.

Sejak berlakunya isu penghinaan atau cacian ke atas mana-mana individu atau institusi khususnya institusi agama maka sudah pasti hinaan itu akan mengambil masa selama hampir 1 minggu atau lebih untuk mendapatkan respon daripada pihak-pihak yang bertanggungjawab.

Seminggu untuk mendapatkan respon dan ianya belum lagi melibatkan tindakan atau apa sahaja yang seharusnya dilakukan dengan serta merta bagi membendung gejala ini daripada terus merosakkan budaya dan negara kita.

Ya mereka yang menghina dan mencaci sudah semestinya di pihak yang salah kerana mempunyai niat menjurus kearah itu namun pihak yang di pertanggungjawabkan untuk memantau dan menangani jauh lebih bersalah kerana membiarkan isu-isu seperti tanpa tindakan pantas.


Terkini pula , lagi isu hina Islam apabila muncul video berdurasi 1 minit 44 saat menunjukkan seorang wanita yang MMI nampak macam pengkid ja dengan anjing sambut hari raya.

Betul ada pihak kata video tersebut dah lama sejak 2010 tapi bila sekarang meletup dan jadi isu nasional , pihak yang bertanggungjawab seharusnya SEGERA membuat siasatan !!

Tak ka bahaya jika video itu di tonton oleh semua orang dah sudah pasti akan wujud kekeliruan di mana-mana kerana ianya jelas langsung tidak menghormati agama Islam.

Tak taulah MMI mungkin Shabery Chik lebih suka layan majlis buka puasa agaknya daripada mengarahkan kementeriannya untuk memantau perkara-perkara seumpama ini.

Anak buah tak buat kerja ?? Alo kalau bos pun TIDOQ apa cita ???

Baca juga artikel ini SINI & SINI

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels