Followers

Saturday 31 August 2013

Malaysia MERDEKA !!


Alhamdulillah syukur kepada Allah swt kerana sekali lagi dengan limpah kurnianya Malaysia menyambut hari kemerdekaannya buat kali ke 56.Seperti tahun-tahun sebelumnya tanggal 31 Ogos pastinya di nantikan oleh banyak pihak dan dalam kesibukan seharian bekerja ramai yang tidak akan melepaskan peluang untuk bersama rakan mahupun keluarga ke destinasi-destinasi pilihan untuk sama-sama menyambut hari penuh keramat ini.

MMI tabik kepada mereka yang sanggup berasak-asak dan menempuh "traffic jem" yang kadang kalanya memakan masa hingga 2 3 jam sebelum dapat sampai ke destinasi masing-masing.

Walau apa pun yang berlaku rakyat Malaysia majoritinya sudah mengangap malam 31 Ogos sebagai malam penting untuk bersama-sama dengan mereka yang kebanyakkannya tidak mengenali antara satu sama lain duduk berhimpun atas satu nama RAKYAT MALAYSIA.

Bagi MMI ianya amat unik sekali , seolah-olah negara sedang berpesta dan rasanya tidak salah untuk rakyat Malaysia duduk berhimpun atas nama Malaysia MERDEKA.

Sama ada kita sedar atau tidak sambutan kemerdekaan sebenarnya sudah menjadi sebahagian daripada budaya rakyat Malaysia dan ianya memberikan kita satu jawapan iaitu rakyat Malaysia CINTAKAN negaranya malah boleh bersatu atas nama KEMERDEKAAN.

Kadang-kadang MMI hairan kenapa budaya ini tidak kita teruskan di hari-hari lain ? Bukankah ianya lebih baik sekiranya semua rakyat Malaysia mempunyai semangat dan kesungguhan seperti mana yang mereka tunjukkan semasa sambutan hari kemerdekaan ?

Bayangkan jika ianya berterusan sudah pasti Malaysia akan lebih terbela dan sukses.Namun ketika sebahagian besar rakyat Malaysia sedang menyambut kemerdekaan terdapat juga anasir-anasir yang buta sejarah malah sanggup pula mengambil kesempatan untuk mencari publisiti politik murahan.


MMI simpati dengan anak kecil dalam gambar di atas , sedih kerana di usia semuda itu beliau sudah pun di butakan hatinya di pekakkan telinganya dan di sogok dengan dakyah yang jauh menyimpang dari perjuangan mereka-mereka yang terdahulu dari kita.

Siapa pun si anak kecil itu MMI yakin beliau sedang di noda oleh mereka yang berhati busuk yang sanggup menggadaikan negara demi sebuah perjuangan songsang.

Selain dari itu kita juga dikejutkan dengan insiden penahanan tayangan filem Tanda Putera di Pulau Pinang oleh kerajaan cauvinis DAP pimpinan Guan Eng.Barangkali ramai orang Melayu yang tak sedar bahawa mereka sudah menafikan hak kita sebagai bangsa paling dominan di bumi Malaysia ini.

Motifnya mudah mereka bukan sahaja biadap tetapi cuba menghalang sejarah daripada di ketahui serta di fahami oleh generasi muda hari ini.

Percayalah mereka-mereka itu akan sentiasa berusaha untuk memastikan anak muda khususnya mereka yang berbangsa Melayu menjauhkan diri malah akan sampai ke tahap memaki hamun bangsa dan agama sendiri.

BAHAYA cukup bahaya dan kerana itulah seperti mana yang MMI perkatakan sebelum ini alangkah baiknya kalau mereka-mereka yang berhimpun malam tadi bagi menyambut hari kemerdekaan negara terus bersatu sampai bila-bila demi kelangsungan legasi peninggalan nenek moyang kita.

Persoalannya adakah ia mampu di realisasikan ?

Ketahuilah tidak ada perkara lain yang mampu MMI sumbangkan selain dari jari-jemari ini terus menulis dan selagi ada nyawa serta kudrat empat kerat ini , selagi itulah MMI dan rakan-rakan akan terus menulis sebagai sumbangan kepada perjuangan mereka-mereka yang sebangsa dan seagama dengan MMI.

Selamat menyambut Hari Kemedekaan Kali Ke 56 buat semua !!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels