Followers

Saturday 10 August 2013

Pertukaran Venue MALUKAN NEGARA ~ KJ


Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyifatkan pertukaran venue perlawanan persahabatan antara Malaysia XI dan Barcelona FC dari Stadium Nasional Bukit Jalil ke Stadium Shah Alam pada saat-saat akhir malam ini adalah sesuatu yang memalkan negara.

Katanya, beliau juga bersimpati dengan ribuan penyokong bola sepak tempatan yang terpaksa mengubah jadual perjalanan mereka untuk menyaksikan perlawanan berkenaan.

"Ini sudah tentu sesuatu yang memalukan negara dan menyebabkan ketidak-selesaan kepada penyokong yang telah membeli tiket," katanya dalam laman Facebooknya hari ini.

Perlawan yang dijadualkan di Stadium Nasional Bukit Jalil terpaksa dipindahkan apabila pasukan gergasi Sepanyol itu tidak berpuas hati dengan kualiti padang selepas menjalani sesi latihan selama sejam di venue berkenaan malam tadi.

Mengulas lanjut, Khairy juga membidas pihak penganjur dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang kata beliau, sepatutnya sudah tentu tahu keadaan padang di Bukit Jalil itu.

Pada 6 Jun lalu, Khairy selepas tidak berpuas hati dengan kualiti padang ketika melakukan lawatan mengarahkan supaya stadium berkenaan ditutup selama enam bulan mulai Oktober ini bagi menggantikan padang yang sedia ada.

Stadium berkenaan dilaporkan tidak dapat ditutup awal selepas beberapa penganjur telah melakukan persiapan bagi beberapa program konsert dan juga permintaan FAM yang mahu mengadakan final Piala Malaysia di venue itu, Oktober ini.antarapos 

FAM ni pun satu apa hal yang buat keputusan last minit ni ? Kan dah susahkan banyak pihak .. Malas nak komen banyak-banyak main bagi elok dululah !!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels