Followers

Monday 23 December 2013

Mengapa Mat Sabu Di Lantik Sebagai Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang ??


Sebelum ini MMI ada menulis tentang bagaimana nama Mat Sabu di pilih oleh pucuk pimpinan parti PAS sebagai Pesuruhjaya Negeri Pulau Pinang yang baru.Barangkali inilah hasil garapan terbaik kepimpinan PAS di peringkat pusat apabila melantik Timbalan Presiden ini menggantikan Salleh Man.Malah dari pemerhatian MMI sendiri segalanya berlaku bersebab dan ianya seolah-olah menantikan lampu hijau dari pihak tertentu.Baca Selanjutnya 

Dalam masa yang sama apakah benar perlantikan ini kerana Mat Sabu sememangnya yang paling layak untuk memimpin parti PAS di Pulau Pinang ? 

Jom kita "review" dua tiga perkara yang telah berlaku sebelum dan selepas itu supaya kita benar-benar faham mengapa Mat Sabu di pilih sabagai Pesuruhjaya Pas Negeri Pulau Pinang ??

Semua pihak sedia maklum dunia maya kini merupakan antara medan paling berperanan dalam menyampaikan maklumat dan membentuk persepsi terhadap rakyat khususnya mereka yang terdiri daripada golongan muda.

Ianya juga di gunakan dengan meluas oleh semua pihak termasuklah parti-parti politik di Malaysia.

Justeru itu para penyokong PAS turut menggunakan Internet dan media sosial dengan semaksimum mungkin untuk memburuk-burukkan UMNO dan Najib Abdul Razak. Bahkan sehingga ke suatu peringkat, pembohongan dilakukan secara terang-terangan seperti mendakwa tiada bantuan yang diberikan kepada mangsa-mangsa banjir sehinggalah munculnya Unit Amal PAS. 

Mereka secara terang-terang juga menafikan pembabitan agensi-agensi kerajaan serta petugas-petugas yang bertungkus lumus memerah tenaga dan keringat. Lebih menarik lagi ialah apabila mereka terlupa bahawa peringatan tentang kedatangan banjir telah dibuat oleh Kerajaan dari awal November lagi menerusi hebahan siaran media cetak dan elektronik.

Malangnya, sikap pembohong dan munafik sudah sebati dalam diri para penyokong PAS yang hanya percaya dengan apa yang mereka mahu percaya.

PAS dan para penyokongnya seringkali mendabik dada bahawa merekalah pejuang Islam sebenar. Mereka juga kononnya juara umat Islam di negara ini. Kelompok mereka sahaja kononnya yang mahu memartabatkan Islam dan umatnya sedangkan UMNO dan para pemimpinnya pula hanya memandang RINGGIT dan keuntungan.

Itu dakwaan merekalah!

Entah bagaimana, secara tiba-tiba Allah Taala memberikan satu keadaan di mana para pengikut dan pemimpin PAS perlu membuktikan apa yang mereka katakan dan ikrarkan.

Pulau Pinang….

Bocor sudah rahsia tentang cita-cita DAP dan Lim Guan Eng untuk menghapuskan kewujudan perkampungan Melayu dan umat Islam di negeri tersebut yang sudah wujud semenjak ribuan tahun lampau. Pulau Jerejak yang pernah digunakan sebagai pusat tahanan telah ditukar namanya menjadi Pulau Mazu dan pulau tersebut digunakan pula sebagai pusat tarikan pelancong yang baru menerusi projek membangunkan berhala-berhala dan tokong-tokong di situ.Baca SINI 

Kalau pada zaman Wong Kah Keat menjadi Ketua Menteri Sabah, projek Kuan Yin di Kudat akhirnya dibatalkan setelah Musa Aman menjadi Ketua Menteri, walaupun Sabah merupakan negeri yang penduduknya mengamalkan toleransi beragama, bagaimana pula dengan Pulau Pinang yang walaupun penduduk majoritinya adalah Cina, tetapi semenjak dari Pulau Pinang berada di bawah pentadbiran langsung Kerajaan Kedah, itu negeri orang Islam?

Mengapa tiada langsung suara orang dan penyokong PAS yang sibuk bikin cerita pemimpin-pemimpin UMNO bersukaria dan bergembira di PWTC sewaktu mangsa-mangsa banjir keluh kesah dengan perut lapar dan harta musnah? Apakah perbuatan yang dilakukan oleh Lim Guan Eng dan DAP Pulau Pinang, merupakan perbuatan yang lebih mulia berbanding tindakan Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu menahan dua buah van roti di Kuala Lipis untuk memberi makan kepada pengguna-pengguna laluan tersebut yang terperangkap kerana banjir?

Masakan bijak pandai PAS di kalangan penyokong dan pemimpin mereka tidak sedar natijah daripada perbuatan Lim Guan Eng itu?

Mengapa PAS dan Melayu PKR yang cukup kuat menyalak tentang RASUAH dan sebagainya, tiba-tiba mendiamkan diri walaupun kampung halaman orang Melayu di Pulau Pinang dimusnahkan secara terancang oleh DAP dan Lim Guan Eng? Mengapa pula mereka tidak menyalak dan melalak tentang Pulau Jerejak yang sekarang ini sudah pun ditukar nama menjadi Pulau Mazu dan dirancang sebagai Pulau Tokong dan Berhala?

Atau sebenarnya mereka terlalu takut dengan DAP dan Lim Guan Eng berbanding UMNO dan Najib Abdul Razak yang kekal melayan mereka dengan penuh mesra dan ramah biarpun pelbagai caci nista dikeluarkan?

Itu belum lagi melibatkan Selawat Tahrim (bacaan sebelum Azan Subuh) yang telah pun diharamkan oleh Lim Guan Eng di Pulau Pinang. Barangkali kalau pengharaman tersebut dibuat di negeri-negeri yang diperintah oleh UMNO atas alasan yang sama seperti diberikan oleh Lim Guan Eng, barangkali medan di Facebook dan Internet akan dipenuhi dengan caci maki dan sebagainya, sepertimana mereka sedang memaki hamun sesiapa sahaja yang memaparkan gambar Anwar Ibrahim berdakap dengan gadis jelita di Amerika Syarikat pada ketika Najib Abdul Razak mendakap bayi mangsa banjir di Pekan.

Para penyokong PAS menyatakan, Anwar tidak perlu disentuh dalam bab banjir kerana dia hanyalah Ketua Pembangkang, bukannya Perdana Menteri!

Begitulah kalau mereka sudah dihijab hati, dibutakan mata dan ditulikan telinga! mykmu 

Berdasarkan apa yang telah di tulis di atas dapat di simpulkan bahawa sememangnya PAS bukan sahaja menjadi pak angguk kepada DAP tetapi turut memberikan ruang yang secukupnya bagi mereka melakukan apa saja khususnya yang melibatkan negeri Pulau Pinang.

Persoalan MMI di manakah janji pemimpin PAS sebelum ini yang mahu berdakwah kepada sahabat sesyurga DAP mereka apabila sudah berada dalam satu pasukan ?

Rasanya sudah hampir 7 tahun sejak PAS bersama dengan DAP dalam Pakatan Haprak sehingga kini tidak pernah kita mendengar waima seorang pun ahli DAP yang memeluk Islam kerana PAS !!

Maka untuk itu tidak mustahillah jika MMI katakan perlantikan Mat Sabu sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang sememangnya TEPAT dan ianya hampir pasti di persetujui malah di berikan lampu hijau oleh Guan Eng kerana Mat Sabu tidak akan BERANI untuk menegur Guan Eng apatah lagi membantah sebarang cadangan Guan Eng dan DAP di Pulau Pinang.

DAP sudah tentu senang dengan kehadiran Mat Sabu kerana beliau sebenarnya faham dan amat mengenali Guan Eng malah keakraban itu di buktikan apabila Mat Sabu satu-satunya pemimpin PAS yang di berikan peranan besar dalam PBA Pulau Pinang oleh Guan Eng selama ini.

Dalam masa yang sama perlantikan itu juga membuktikan betapa PAS tidak punya kuasa di Pulau Pinang kerana usaha selama ini yang menggadaikan segala-galanya demi NAFSU POLITIK & TAMAK KUASA !!

Baca juga artikel berkaitan di SINI

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels