Followers

Thursday 5 December 2013

Pemuda Nakhoda Meredah Zaman #PAU2013 @KhairyKJ @azwanbro


Peningkatan kos bahan api tidak setara dengan kenaikan tarif elektrik kata Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin.

Dalam ucapan dasar pergerakan itu, Khairy berkata Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebagai Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) perlu prihatin dengan keluhan rakyat dan komuniti perniagaan.

"Kita difahamkan peningkatan tarif elektrik inu bukan sahaja sekadar untuk menamung peningkatan harga bahan api, tetapi juga menambah lama keuntungan TNB yang sudah berbilion ringit jumlahnya... Bagi Pemuda kenaikan tarif ini hanya menguntungkan TNB yang mementingkan kantung pemegang saham, bukan rakyat jelata.

"Kepada TNB dan GLC-GLC lain, Pemuda mendesak janganlah terlalu mementingkan prestasi kewangan semata, sebaliknya tanggungjawab kepada rakyat jangan dilupa,"ujar berliau ketika membacakan ucapan dasar bertajuk 'Bersedia untuk esok'.

Sementara itu, Khairy juga menggesa supaya 'post mortem' pemilihan parti pada Oktober lalu dilaksanakan dengan segera.

Menurut beliau, sistem pemilihan baru yang bertunjangkan suara akar umbi dalam menentukan kepimpinan parti sebagai bukti transformasi dalam Umno.

"Bagaimanapun, Pemuda menggesa agar 'post mortem' segera dilaksanakan. Bukanlah kita ini ibarat mengetuk pahat bila rumah siap, tetapi penambahbaikan perlu untuk memastikan keputusan pemilihan yang saksama, dihormati dan tiada ruang pertikaian.

"Justeru, sebarang kelemahan harus tangkas diperbetulkan. Jika tidak, langkah transformasi kita ini umpama pukat terlabuh ikan tak dapat," katanya.

Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, proses pemilihan itu sendiri masih mempunyai ruang untuk diperkemas dan dimantapkan lagi.

Jelasnya, jangan ada kertas undi yang sama warna hingga menimbulkan keraguan mengelirukan perwakilan.

"Bila mengumumkan siapa menang siapa kalah, keputusan yang sampai ke ibu pejabat, mesti sama dengan apa yang telah disahkan oleh wakil-wakil calon di bahagian.

"Jangan si polan A menang di bahagian, si polan B pula diumumkan menang bila diisytiharkan di ibu pejabat," katanya. Menurut Khairy, mengenai logistik pula aspek kerahsiaan perlu dijaga semasa proses mengundi dijalankan. "Kita mesti menyediakan tenaga kerja yang cukup untuk memantau proses pengundian, barulah ahli tidak ragu, tidak bimbang.

"Tatacara rayuan pula mestilah sekata dan telus. Proses rayuan ini juga tidak boleh dilihat umpama menghukum atau menyebelahi mana-mana pihak.

"Kriteria pengundian semula hendaklah diperbutirkan dengan jelas oleh ibu pejabat, jangan sampai mencelarukan," katanya.

Teks Ucapan Dasar KP Khairy Jamaluddin .. Klik SINI 

Teks Ucapan NKP Khairul Azwan Harun .. Klik SINI 

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels