Followers

Saturday 8 February 2014

2 Pengumuman Undur & Letak Dalam Sehari !!


Hari ini Sabtu 8 Februari 2014 menyaksikan 2 pemimpin dalam negara mengumumkan untuk berundur dan meletakkan jawatan.Seperti mana banyak pihak sedia maklum Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan berundur dari jawatannya dan akan membuat pengumuman mengenai perkara itu dalam masa "dua hari lagi".

Pengundurannya itu dimaklumkan oleh Pengerusi Tetap Parti Pesaka Bumiputera (PBB) Datuk Mohamad Asfia Awang Nassar selepas mesyuarat lima jam Majlis Tertinggi parti itu hari ini.

Menurut Mohamad Asfia, mesyuarat itu telah memberi mandat sepenuhnya kepada Abdul Taub untuk menamakan calon penggantinya.

Sebagai penghormatan atas jasa dan sumbangan Abdul Taib kepada Sarawak, mesyuarat itu juga mencadangkan beliau dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak menggantikan Tun Salahuddin Abang Barieng yang akan tamat tempoh jawatan pada 28 Februari ini.

Abdul Taib menjadi Ketua Menteri Sarawak sejak 1981.

Baguslah memandangkan Tan Sri sendiri pun sudah lama menerajui negeri Sarawak rasanya keputusan itu adalah yang terbaik memandangkan faktor usia dan paling penting adalah memberikan laluan kepada muka baru untuk terus menerajui Sarawak menjadi salah satu negeri terbaik di Malaysia.

Dalam masa yang sama Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri , P.Waytha Moorthy turut mengumumkan akan meletakkan semua jawatannya dalam kerajaan berkuatkuasa Isnin nanti.Baca Sini 

Cuma apa yang MMI tengok tentang perletakan jawatan mamat Hindraf ni agak pelik sedikit.Bukan nak kecoh-kecoh tentang orang lain namun alasan yang di berikan iaitu kerajaan GAGAL menjaga kebajikan rakyat India miskin di Malaysia ni macam tak kena ja.

Sebagai Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri , kerja-kerja untuk melihat dan membantu masyarakat India seharusnya di pikul oleh Waytha Moorthy sendiri.Tapi kenapa memberi alasan kerajaan tak menjaga nasib orang miskin India ?

Siapa yang kerajaan tu ? PM ka ? 

Kalau macam tu Waytha Moorthy ni sapa ? Bukan ka itu menjadi tugas Waytha Moorthy sendiri ?

Kalau tuduhan bahawa kerajaan GAGAL menjaga kebajikan warga India di Malaysia maka yang GAGAL sebenarnya adalah Waytha Moorthy sendiri sebab dia Timbalan Menteri tu bro !!

Yang GAGAL adalah Waytha Moorthy jadi memang kenalah dia letak jawatan sebab GAGAL !!!!

Malah semenjak di lantik tak nampak lah pula apa yang Waytha Moorthy ni buat melainkan sama-sama buat kacau dalam isu kuil Hindu di Kuala Lumpur.Beliau campur tangan dalam isu tersebut dan menariknya bukan campur tangan untuk menyelesaikan masalah tapi menambah masalah sedangkan cerita sebenar semua pihak dah sedia maklum.

Jadi apa hal lu ? MMI dah lama tak berapa nak percaya Waytha Moorthy ni tak ada pendirian dia ni dulu bukan main siap istihar UMNO musuh dia.Tak percaya baca link ! Baca Sini 

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels