Followers

Wednesday 5 March 2014

Keputusan Kalimah Allah Di Tunda Lagi


Mahkamah Persekutuan hari ini akan membuat keputusan sama ada Gereja Katolik berhak merayu atau tidak terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 14 Oktober tahun lalu, pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Rayuan itu didengar di hadapan Panel Khas seramai tujuh hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria.

Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif, Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum, Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Suriyadi Halim Omar, Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Zainun Ali dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Jeffrey Tan. utusanonline

Nampaknya orang Islam perlu menunggu satu tarikh yang lain pula bagi mendapatkan keputusan sebenar sama ada kalimah Allah boleh di gunakan oleh bukan Islam atau tidak.Sekurang-kurangnya kehadiran hampir 3000 orang Islam di perkarangan Istana Kehakiman Putrajaya sejak pagi tadi membuktikan betapa keputusan itu semestinya TIDAK !!

MMI yakin pejuang-pejuang Islam yang hadir pagi tadi akan terus hadir waima di mana sahaja asalkan kalimah Allah tidak di gunakan oleh bukan Islam.

Kadang-kadang MMI pelik apa yang tidak kena dengan sistem perundangan negara kita , dalam soal Islam yang telah termaktub dalam perlembagaan dan dalam masa yang sama Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung pun telah menyatakan bahawa kalimah Allah hanya untuk orang Islam sahaja.

Kenapa susah sangat ?? Apa perlu kita SAMAN pula para hakim dan mahkamah kerana engkar dengan arahan DYMM Yang Di Pertuan Agung ? Atau kerana tidak menuruti perlembagaan negara ?

MMI semakin bimbang kerana orang Melayu sendiri pun kini sudah banyak yang LIBERAL hanya mengaku Islam di mulut !!!!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels