Followers

Wednesday 28 May 2014

Hadi CAIR Dengan Dyana


Jasa BESAR DAP merupakan penyebab utama mengapa PAS mengerah seluruh jentera untuk membantu Dyana Sofya Mohd Daud dalam Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Sabtu ini. 

Demikian kata Presiden PAS Haji Abdul Hadi Awang ketika menyampaikan ucapan semasa majlis Hi Tea di Taman Cecily baru-baru ini.

Satu kenyataan yang agak mengejutkan apabila Presiden parti sendiri mengakui bahawa DAP telah begitu berjasa kepada PAS sehinggakan kempen di Teluk Intan perlu di bantu seolah-olah PAS sedang berjihad menentang musuh Islam.

Hadi memberikan alasan bahawa PAS telah banyak terhutang budi kepada DAP di dalam perjuangan mereka menentang UMNO sejak Pakatan Rakyat di tubuhkan.

Satu kenyataan dangkal lagi menjelekkan dari PAS apabila mula mencari helah untuk menghalalkan perkahwinan bersama DAP.

Tidak ada ungkapan terhutang budi kerana membantu perjuangkan Islam tetapi sebaliknya terhutang budi kerana membantu PAS menentang UMNO yang di jadikan alasan.Apakah ini yang di cari PAS selama ini ?

Kredibiliti Hadi Awang selaku pemimpin PAS , parti yang mengaku perjuangkan Islam hari ini tidak ubah sekadar pencacai kepada agenda Lim Kit Siang.

Kerana terlalu taksub kepada kuasa politik Hadi telah mengheret PAS dan seluruh pengikutnya mengkianati perjuangan sendiri.Pada ketika hudud di tolak secara terang-terangan PAS masih lagi mahu menjadi hamba kepada perjuangan parti yang sama sekali tidak pernah menghormati Islam dan orang Melayu.

Jika ada sekalipun , mereka sudah pasti memilih yang mampu memberikan pulangan menguntungkan kepada DAP.Tanpa keuntungan itu sudah tentu PAS akan di halau seperti mana yang di lakukan oleh Anthony Loke sewaktu mengulas tentang cadangan PAS untuk melaksanakan undang-undang hudud.

Ketaksuban PAS bukan sahaja sudah memesongkan perjuangan parti tetapi turut melalaikan para penyokongnya sendiri.

Malahan PAS turut menafikan hak ahli sendiri apabila tidak mengaku Nabi Bux sebagai ahli PAS sewaktu beliau bertanding di Bukit Gelugor.

Dalam pada itu PRK Bukit Gelugor menjadi saksi bagaimana DAP telah berjaya melalaikan muslimat PAS apabila di kecam oleh calon BEBAS Nabi Bux serta orang ramai kerana muslimat PAS lebih sibuk berkempen untuk DAP di waktu maghrib sedangkan mereka sepatutnya berada di surau atau masjid.

Kelalaian ini barangkali akan berlaku lagi di Teluk Intan kerana PAS terlalu beria-ia untuk menangkan calon Melayu daripada DAP.

Kenyataan Hadi sendiri bahawa beliau menyokong Dyana Sofya yang di sifatkannya sebagai calon Melayu yang akan menumbangkan parti UMNO di lihat banyak pihak sebagai kerakusan politik penuh dendam daripada pemimpin PAS ini.

Rentak yang hampir sama dengan Anwar Ibrahim dan sesuatu yang pasti DAP sudah berjaya menundukkan orang Melayu dalam PAS dan PKR.sumber

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels