Followers

Friday 16 May 2014

Ingatkan PAS Jer Buat Keja Ni


Kalau sebut bab tabung ni mesti banyak mata terarah kepada parti PAS , maklumlah tabung dengan PAS ni ibarat aur dengan tebing.Di mana-mana sahaja ceramah sudah pasti balang dan plastik akan di gerakkan oleh jentera mereka bagi mendapatkan wang rakyat yang kononnya di kembalikan kepada rakyat.

Sesuatu yang sering kali pencacai Pakatan Haprak lupa adalah wang yang di serahkan itu bukan sahaja tidak di kembalikan kepada rakyat tetapi di gunakan untuk menampung pentas-pentas ceramah selain daripada membayar jurucakap-jurucakap mereka diatas pentas.

Biasalah cari makan ....

Cerita ni semua orang dah tau dan dah jadi satu budaya pun kononnya bersedekah tetapi sedekah itu menjadi sebahagian daripada kerja subahat menyebarkan dakyah di kalangan rakyat Malaysia.

Lantak pi lah sendiri buat sendiri tanggung , cuma yang agak mengejutkan selama ini PAS yang mendabik dada katanya nak mentarbiah DAP sebenarnya telah berjaya.

Kejayaan tarbiah itu bukan sahaja berjaya tetapi sudah menjadi ikutan.

PAS telah berjaya mengajar DAP tentang TABUNG !! 

Bermula dengan masalah selewang wang oleh Teresa Kok, kini melarat pula kepada Lim Kit Siang dalam isu kutipan dana kempen PRU13 melalui pelbagai tabung. Nampak gaya nya Tony Tan, bekas ahli DAP Seputih istiqamah dalam usaha beliau mendapatkan keadilan. DAP kini telah diketahui umum sebagai tidak telus dan tidak pernah akan melayan ahli mereka sendiri yang menuntut keadilan. Saman menyaman dan membuang ahli adalah kaedah yang mereka paling gemari untuk menutup sesuatu isu.  Ikuti rakaman yang berikut nya...

    

Ish Ish Ish Kit Siang pun dah pandai noo , Tahniah PAS !!

Psst dok tunggu tarbiah PAS dekat DAP tentang hudud..

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels