Followers

Friday 30 May 2014

Tak Cukup Sekadar MengHALALkan ...


Isu DNA babi yang terdapat dalam penghasilan coklat keluaran Cadbury jelas telah mengundang keresahan banyak pihak khususnya bagi jutaan orang-orang Melayu dan Islam di Malaysia.

Seperti banyak pihak sedia maklum soal makanan HALAL sememangnya menjadi perkara paling penting kepada orang Melayu dan Islam di Malaysia kerana agama Islam telah melarang umatnya daripada memakan sebarang makanan yang tidak HALAL.

Isu ini bermula apabila Kementerian Kesihatan sebelum ini mengesan dua sampel coklat Cadbury iaitu Coklat Susu dengan Kacang Hazel dan Coklat Susu dengan Buah Badam mengandungi DNA babi atau porsin.

DNA babi dikesan dalam sampel coklat susu dengan kacang Hazel bernombor kelompok NO200813M01H I2 bertarikh luput 13 Nov 2014 dan coklat susu dengan buah badam dengan nombor kelompok 221013N01R I1 bertarikh luput 15 Jan 2015.

Serentak dengan itu maka Majlis Fatwa Kebangsaan melalui Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Profesor Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata hukum produk Cadbury yang disahkan halal sebelum didakwa mengandungi Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi adalah seperti hukum asalnya iaitu 'halal dimakan', 

Dalam kenyataannya baru-baru ini beliau turut berkata "Hukum produk tersebut adalah merujuk kepada hukum asal iaitu halal dimakan kerana pencemaran atau kontaminasi yang berlaku adalah di luar kawalan dan amat sukar dielakkan".

"Dalam kes produk siap diproses dan telah dipasarkan kepada pengguna yang pada asasnya telah dihasilkan melalui pemprosesan serta menggunakan bahan-bahan yang suci dan halal, dan juga telah disahkan sebagai HALAL tetapi kemudian didapati telah berlaku kontaminasi DNA babi pada sebahagian produk (kelompok tertentu sahaja), maka dalam keadaan ini, Muzakarah telah memutuskan bahawa ia adalah dikategorikan sebagai 'Umum al-Balwa'. 

Bagi kebanyakkan rakyat Malaysia khususnya orang-orang Melayu dan Islam kenyataan rasmi yang di keluarkan oleh pihak JAKIM itu amat bertepatan sekali tatkala banyak pihak sedang resah namun tindakan menghalalkan coklat Cadbury mengandungi DNA babi oleh Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Profesor Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin di anggap sebagai tindakan yang tidak wajar.


Apakah Majlis Fatwa Kebangsaan mahu menutup kelemahan pihak JAKIM yang terlepas pandang di dalam memberikan cop HALAL kepada pengeluar seperti Cadbury yang tidak prihatin kepada sensitiviti rakyat Malaysia ?

Ini bukan hal yang boleh di buat sambil lewa kerana melibatkan kepentingan serta sensitiviti jutaan orang Melayu dan Islam di luar sana.

Seperkara yang harus di fikirkan adalah insiden ini berlaku kerana di sebabkan kecuaian pihak pengeluar yang telah dengan sengaja atau tidak melibatkan bahan berunsurkan babi di dalam produk-produk keluarannya.

Maka tindakan paling wajar pada ketika ini selain daripada mengeluarkan fatwa menghalalkan pemakanan sebelumnya kerana faktor di luar kawalan seharusnya di susuli dengan penarikan balik sijil HALAL yang di keluarkan kepada pihak Cadbury.

Tindakan ini di lihat lebih efisien kerana dengan penarikan balik sijil HALAL terbabit pihak pengeluar harus mengemukakan semula permohonan untuk mendapatkan pengesahan sijil HALAL daripada JAKIM seterusnya kajian serta siasatan secara menyeluruh dapat di lakukan semula.

Malahan adalah lebih adil sekiranya pihak berwajib dengan kerjasama JAKIM mengenakan tindakan terhadap Cadbury seperti menyita dengan serta merta kilang-kilang pengeluaran produk tersebut sebagai hukuman kerana telah melanggar etika pengeluaran makanan HALAL.

Dengan kaedah ini sudah barang pasti ia bukan sahaja akan menjadi pengajaran kepada pengeluar-pengeluar makana HALAL yang lain tetapi juga mampu meredakan keresahan orang-orang Melayu dan Islam yang kini sudah mula bimbang dengan produk-produk makanan HALAL khususnya yang di keluarkan oleh mereka-mereka yang bukan beragama Islam.sumber 

MMI

2 comments:

  1. kalau dah ada DNA babi pun halal, apa maknanya..babi yang haram tu jadi halal ke,,,cuba lah pihak pihak ni bagi fatwa yang lebih sesuai yang lebih ilmiah..babi tetap babi..takkan nak confuse orang ramai..

    ReplyDelete
  2. adakah selepas ini orang ramai akan memilih produk keluaran orang muslim ?

    ReplyDelete

Labels