Followers

Saturday 10 May 2014

UMNO Jangan Ambil Mudah


Tun Mahathir merupakan antara pemimpin yang paling MMI hormati kerana pendirian dan prinsipnya yang sukar di cari dalam mana-mana diri pemimpin lain.Bukan menidakkan keupayaan pemimpin lain tetapi Tun Mahathir punya ciri dan kelas tersendiri.

Secara mudahnya pengalaman beliau menongkah arus politik negara dan dunia rasanya memberikan bekas Perdana Menteri ini satu pengajaran yang cukup luas sehingga Malaysia di kenali di seluruh dunia.

Sebagai manusia MMI tak nafikan Tun Mahathir juga punya kelemahan tetapi belajar daripada kelemahan itulah yang membuatkan Tun menjadi aset paling bernilai bukan sahaja kepada negara tetapi juga kepada orang MELAYU.

Kini setelah beberapa lama meninggalkan dunia politik setelah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri , jasa Tun tetap di tagih malahan beliau sering kali di jemput untuk hadir sebagai jurucakap dalam majlis-majlis ilmu di seluruh dunia.

Satu kebanggan buat orang MELAYU kerana kita memiliki tokoh negarawan terulung yang bukan sedikit sumbangannya kepada kita.

Kini Tun Mahathir bersuara lagi , cuma kali ini suara beliau lebih terarah kepada parti yang mewakili orang-orang Melayu.

Untuk siapa suara itu kalau bukan untuk orang-orang UMNO di luar sana.

Pada ketika senario politik negara yang sedikit bercelaru akibat daripada pelbagai gerakan politik sama ada pro dan kontra terhadap kerajaan rasanya orang UMNO perlu faham apa yang cuba di sampaikan oleh tokoh negarawan ini.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata keupayaan UMNO mengekalkan reputasi sebagai parti Melayu yang unggul merupakan satu pencapaian besar bagi parti itu.

Beliau berkata walaupun UMNO masih diterima, namun sokongan terhadapnya kelihatan berkurangan dan parti itu perlu mengambil iktibar daripada keadaan itu.

“Kalau kita perhatikan, parti-parti yang berjuang untuk kemerdekaan, hampir semua tidak ada sekarang ini. Semua dah luput dah, ditolak oleh rakyat.

“Tapi Alhamdulillah, UMNO masih lagi diterima walaupun sokongan nampak sudah berkurangan sedikit. Kalau ia (UMNO) tak ambil iktibar daripada (keadaan) ini, membetulkan keadaan, kemerosotan sokongan mungkin akan berterusan,” katanya.

Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai ulang tahun ke-68 penubuhan UMNO pada 11 Mei ini dalam satu sidang akhbar selepas melancarkan buku mewah berjudul Reminiscences of Insurrection: Malaysia’s Battle against Terrorism 1960-1990 di Kementerian Pertahanan di sini, pada Jumaat.

Dr Mahathir menasihatkan para pemimpin UMNO supaya mendengar apa yang disebut oleh rakyat terutamanya parti lawan.

“Tetapi janganlah kita pula layan sangat parti lawan ni kerana dia ada tujuan nak bagi jatuh kerajaan.

"Tapi kalau kita tidak ambil peduli tentang teguran, mungkin kita akan terus kehilangan sokongan,” katanya.

Apa yang MMI boleh katakan UMNO jangan ambil mudah khususnya pimpinan di semua peringkat !

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels