Followers

Wednesday 25 June 2014

Kadang-Kadang MALU Dengan Anak Bangsa Sendiri


MMI sebenarnya tak nak menulis tentang seorang model ni sebabnya beliau kini yang sedang dalam proses untuk berhijrah sepatutnya diberikan sokongan tanpa terlalu banyak sangat publisiti dalam saluran media.Namun memandangkan banyak media yang dah main isu ni maka MMI tulis juga sikit.

Pertamanya model bernama Felixia Yap ini diberitakan bakal berhijrah dari sebuah kehidupan yang penuh dengan noda menjadi seorang muslimah beragama Islam pada bulan Julai nanti.

Alhamdulillah , MMI tumpang bersyukur dengan penghijrahan ini dan ianya sudah pasti akan menyemarakkan lagi dunia Islam di Malaysia.Memandangkan beliau sudah pun mempunyai peminat tersendiri maka harapan kita dengan penghijrahan itu nanti sedikit sebanyak dapat sama-sama memberikan hidayah kepada yang lain untuk turut sama berhijrah.

Apa pun sama-sama kita doakan semoga Felixia sukses dalam penghijarahannya nanti.

Cuma kadang-kadang MMI terfikir , sebagai orang Melayu dan telah sinonim dengan agama Islam sejak dilahirkan dan dibesarkan dalam sebuah keluarga Islam masih ada lagi anak-anak muda kita dan sebahagian daripada kita yang hanyut dibuai bisikan sang Iblis.


Ampa semua boleh baca kat SINI , banyak lagi sebenarnya ampa cari ja dalam entri-entri MMI sebelum ni atau buat carian di google taip ja Melayu atau apa sahaja berkaitan Melayu pasti ampa akan jumpa.Seluruh dunia kini menyaksikan aksi anak-anak Melayu tersebut.

Bayangkan pada ketika bangsa lain sedang menanti hari untuk melafazkan kalimah dua syahadah , anak-anak muda dan orang Melayu kita semakin hanyut !

Sorry to say , MMI kadang-kadang malu dengan anak bangsa sendiri ...

Maka untuk itu besar harapan MMI agar kita semua khususnya yang beragama Islam sama-sama kita panjatkan doa kepada Allah SWT untuk turut membuka pintu hati mereka-mereka yang hari ini semakin terlalai.

MMI bukan anti sosial tetapi biarlah ianya berpada-pada !

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels