Followers

Monday 2 June 2014

Tak Ada BABI Dalam Coklat Cadbury


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini mengesahkan tiada DNA babi dikesan dalam dua sampel coklat Cadbury yang diambil terus dari kilang produk tenusu berkenaan minggu lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, sampel yang dianalisis oleh Kementerian Kesihatan sebelum ini sudah tercemar kerana ia tidak diambil terus dari kilang berkenaan.

Beliau mengumumkan perkara itu pada sidang media di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) di sini, sebentar tadi.

Jamil Khir berkata, tiada sebarang hasrat kerajaan untuk melindungi syarikat Cadbury Confectionary (M) Sdn Bhd kerana ia adalah tanggungjawab JAKIM untuk menyakinkan umat Islam.

"Untuk tindakan susulan, kita akan buat pemantauan sekali lagi secara menyeluruh di kilang berkenaan supaya produk yang dikeluarkan benar-benar mematuhi piawaian pensijilan halal Malaysia," katanya.BH

MMI agak sedikit hairan tentang kenyataan berkaitan sampel yang di analisis sebelum ini sudah tercemar kerana ia tidak di ambil terus dari kilang.

Kalau ikutkan ia memang tercemar cuma bukan dari kilang ! So tercemar dari mana ?

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels