Followers

Thursday 31 July 2014

Mereka Bukan Sahaja BUTA Tetapi RAKUS Untuk Berkuasa !!


Keadaannya cukup jelas dan terang malah tidak ada mana-mana pihak pun yang boleh menyanggah kenyataan dibawah bahawa pemimpin pembangkang ini bukan sahaja mengamalkan kronisme dalam parti tetapi turut mahu mengheret seluruh pakatan pembangkang khususnya dalam PRK menganjung Anwar sebagai seorang pemimpin diktator.

Anwar sememangnya bijak kerana tempoh masa sebelum ini dipergunakan sebaiknya untuk menyusun jentera yang pro serta taat dan setia dengan kepimpinannya waima daripada DAP dan juga PAS.

Natijahnya kini PAS dilihat terkinja-kinja cuba mencari alasan mahu melepaskan diri di saat sebahagian daripada mereka sudah pun menyatakan pendirian menolak cadangan Anwar , namun sebahagian lagi menjadi pemujuk agar PAS terus menjadi keldai Pakatan Haprak.

Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki membongkar tindakan-tindakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memperlihatkan sikap kediktatorannya.

Antara kediktatoran tersebut ialah mengumumkan strategi Kajang Move sebelum memaklumkan pimpinan PR yang lain serta mengumumkan isterinya Datin Seri Wan Azizah sebagai calon MB Selangor baru sedangkan belum ada perbincangan di kalangan pimpinan PR tentang perlukah Tan Sri Khalid Ibrahim ditukar.

Tindakan-tindakan kediktatoran ini membuktikan sifat hipokrit Anwar yang selama ini lantang bersuara tentang prinsip-prinsip demokrasi, ketelusan, kebebasan dan keadilan.

Antara kediktatoran Anwar lain yang turut didedahkan Dr Zuhdi ialah mengumumkan aktivis Kristian Baru Bian sebagai bakal Ketua Menteri Sarawak jika PR menang, sedangkan tiada perundingan langsung dibuat di peringkat negeri dan pusat.

Selain itu Anwar juga didakwa telah mengumumkan projek 16 September 2009 tanpa berunding dengan PR dan mengumumkan Lim Kit Siang bartanding di Gelang Patah tanpa mengambil kira strategi bersama PR di Johor.

Dr Zuhdi juga mendedahkan bahawa Anwar telah mengumumkan Manifesto PR 2013 di Shah Alam tanpa mengambil kira cadangan yang telah dikemukakan oleh parti-parti komponen PR lain sehingga banyak perkara tertinggal.

Mereka bukan sahaja BUTA tetapi RAKUS untuk berkuasa !!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels