Followers

Tuesday 30 September 2014

MUSIBAH Setelah Di BERI KATA DUA PAS Sedia Keluar Pakatan ?!!!


Selepas menerima tamparan hebat termasuk kehilanggan satu kerusi Exco di Selangor serta pemecatan anggotanya sebagai ahli majlis dalam Majlis Perbandaran Pulau Pinang, kepimpinan Pas hari ini diberi kata dua oleh kumpulan badan bukan kerajaan (NGO) pro-pembangkang, Lensa Anak Muda Malaysia (Lensa)

Lensa yang dianggotai bekas mahasiswa pro-pembangkang termasuk Safwa Anang iaitu bekas pengerusi Solidariti Mahasiswa (SMM), yang dihukum penjara 10 bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana memberi ucapan berbaur hasutan, mempertikan kepimpinan Pas dan menuduh parti itu sebagai punca ketegangan dalam pakatan pembangkang.

Dalam memorandum yang diserahkan kepada wakil Pas di ibu pejabat Pas di Jalan Raja Laut hari ini, Lensa memberi amaran kepada Pas agar mengambil tindakan kepada kepimpinan dan ahli parti itu yang mencetuskan ketegangan atau keluar dari pakatan pembangkang.

Kordinator Lensa, Ekhsan Bukharee berkata, krisis Selangor yang berpanjangan menunjukkan Pas membelakangkan semangat setiakawan dengan tidak menyokong calon Menteri Besar Selangor yang telah dipersetujui oleh DAP dan PKR 

Pas juga didakwa lambat bertindak serta beberapa kali membuat pusingan 'U' dalam kemelut berkenaan dan mengkritik secara terbuka calon Menteri Besar yang dipilih.

"Contohnya Ahli Parlimen Temerloh melebelkan Anwar Ibrahi sebagai mengamalkan nepotisme apabila isteri beliau dipilih sebagai calon MB baru.

"Selain itu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri dalam satu kenyataan terbuka di Terengganu melebelkan Datin Seri Dr. Wan Azizah sebagai lemah dan tidak mampu memimpin Selangor," kata Ekhsan.

Memorandum empat muka surat itu turut memetik kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan kepimpinan Pas termasuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Aziz yang didakwa sebagai pencetus ketegangan.

"Presiden Pas dalam ucapan penggulungan Muktamar Pas ke-60 menuduh PKR mencuri dua ADUN Pas yang menyokong Dr. Wan Azizah. Beliau juga menyifatkan tindakan tidak menyokong Dr. Wan Azizah kerana tidak mahu membawa ahli Pas ke neraka.

"Ahli Parlimen Pas Pasir Mas, Nik Abduh mengeluarkan kenyataan pada 28 September mendakwa Pas dibuli oleh PKR dab DAP," kata Ekhsan.

Menorandum itu mengemukan cadangan bagi memulihkan permuafakatan pembangkang termasuk mengesa Pas keluar dari pakatan pembangkang sekiranya gagal bertindak terhadap kelompok dalam parti itu yang mewujudkan konflik dengan DAP dan PKR.

"Lensa menyarankan Pas menyiasat dan mengambil tindakan terhadap ahli mahupun pimpinan yang bertindak mengeluarkan kenyataan yang mampu menggugat keutuhan pakatan pembangkang.

"Lensa juga berpendirian sekiranya Pas gagal bertindak tegas terhadap kelompok Pas yang berterusan mewujudkan konflik semasa pakatan pembangkang, maka Lensa mencadangkan agar Pas mengambil langkah berundur," kata Ekhsan.-Utusan

Sebagai parti politik PAS seharusnya MALU dengan apa yang sedang berlaku.Mana mungkin parti politik dengan sewenang-wenangnya diberikan kata dua oleh satu gerakan NGO yang jumlah keahliannya boleh dipertikaikan ?

Berapa jumlah ahli PAS kalau nak dibandingkan dengan LENSA ??

Mana perginya maruah PAS ? Aduhh kalau tak sedaq-sedaq lagi tak taulah !!!

MMI

1 comment:

  1. Mohon izin WM untuk iklan

    Ada sesiapa yg nak selamatkan tanah rezeb melayu??

    Kawasan Puchong, 4 ekar tanah pertanian yg dikelilingi projek perumahan, bersempadan dengan tanah perbadanan cyberjaya..urusan segera dengan pemilik tanah

    Tanpa broker....hanya runding terus ..buka harga 1 juta sahaja seekar walapun orang lain jual 1.3juta ke 1.7 juta seekar..yg pelik macam mana cina boleh beli 2..3 bidang tanah di kawasan yg sama sedangkan tanah tersebut reserve melayu??!!

    Sangat menguntungkan untuk projek perumahan atau sebagai pelaburan masa depan ...hubungi segera sms ke 013 2704567..ayuh tolong saya selamatkan tanah melayu !!

    ReplyDelete

Labels