Followers

Friday 24 October 2014

PUSINGAN AKHIR Anwar Mula Tanam Rasa SEDIH Penyokong & Kenapa Mat Sabu SENYUM ??


Ramai pihak tahu bahawa manusia bernama Anwar Ibrahim punya kelebihan dari sudut pidatonya malahan sejak kehadiran beliau dalam kancah politik negara ucapannya sering kali dinantikan kerana keupayaannya menggoreng para hadirin dengan baik.

Menggoreng disini bolehlah kita samakan dengan mengupas isu-isu dengan ditambah sedikit sebanyak cerita-cerita hikayat agar mereka yang hadir terus memberikan tumpuan.

Baru-baru ini Anwar hadir ke bumi Seberang Jaya , Pulau Pinang dalam satu program yang diberi nama "Rakyat Hakim Negara" dan sudah semestinya kehadiran itu sedikit sebanyak merupakan gerakan AKHIR sebelum beliau melangkah masuk ke kamar mahkamah hujung bulan ini.

MMI istilahkan gerakan itu sebagai jelajah Anwar untuk menggerakkan kempen menyelamatkan dirinya daripada dikenakan hukuman pada tanggal 28 & 29 Oktober nanti.

Sebelum ni dah banyak sahabat-sahabat blog MMI yang up story tentang kehadiran Anwar di Pulau Pinang ni dan MMI boleh mengesahkan bahawa kehadiran pada malam itu tidak lebih dari 300 orang sahaja itupun selepas dicampur petugas-petugas parti.

So adalah sesuatu yang amat memalukan bagi PKR dan Pakatan Haprak kerana pentas utama yang turut membariskan pimpinan utama mereka seperti Mat Sabu , Guan Eng , Malik Kasim , Mansor Othman dan beberapa orang lagi masih GAGAL untuk menarik 10 ribu kehadiran rakyat seperti mana yang disasarkan.


Dalam pada itu kawasan tapak Ekspo Seberang Jaya yang dijadikan venue program turut menyaksikan kelibat beberapa kumpulan kecil puak-puak PAS yang masih DUNGU dengan keadaan yang kini sedang berlaku dalam Pakatan Haprak.

Hadir atas solidariti untuk Anwar ? Hahahaha MMI menahan ketawa sambil kepala mengangguk tanda betapa bodohnya puak-puak ini kerana masih setia dengan taraf gurkha atau pencacai sedangkan parti sendiri pun terumbang ambing akibat daripada sikap Anwar sendiri sebenarnya.

Apa pun program itu diteruskan dan seperti biasa Anwar akan berucap pada acara kemuncak !

Sesuatu yang MMI lihat berlaku adalah Anwar tidak seagresif sebelum ini malah beliau dilihat menggunakan pendekatan menyemai rasa sedih untuk melahirkan rasa sebak di hati para pencacainya kerana beliau bakal meninggalkan mereka dalam sedikit masa lagi.

"Ini mungkin ceramah terakhir pada saya untuk beberapa tahun yang akan datang" begitulah antara ayat yang keluar dari mulut Anwar pada ketika roh mereka yang hadir sudah diserapi oleh omongan dan cerita hikayat mainan Anwar.

Tidak ada satu pun cerita untuk menjelaskan tentang apa yang sebenarnya berlaku dalam kes mahkamahnya.Selain dari itu tidak pula kedengaran sebarang penjelasan tentang kedudukan hakim Anwar yang dikatakan sering kali tidak sihat itu sama ada akan terus cergas membelanya atau sekali lagi berlakon sakit seperti mana yang Anwar sering lakukan sebelum ini.

Selebihnya cerita tentang orang luar yang kononnya sentiasa bersama dengannya malah membela Anwar dan mahukan supaya kerajaan Malaysia menatang Anwar bagai minyak yang penuh.

Adehhh MMI tumpang simpati , siapalah agaknya yang termakan dengan cerita sedemikian ? MMI sendiri pun kalau diberikan ruang untuk berucap boleh sahaja menyebut bahawa pernah satu ketika dulu Lee Kuan Yew menghubungi MMI dan menyatakan bahawa beliau secara jujurnya tidak mahu Singapura berpisah dengan Malaysia tetapi kerana desakan manusia bernama Anwarlah maka Singapura bertindak keluar dari bumi Malaysia !

Amacam boleh percaya tak ?

Hahahaha inilah yang MMI sebut cerita hikayat dalam aksi goreng-menggoreng tadi tu !!!

Oklah walau apa pun yang berlaku pada malam itu , pihak penganjur tahu bahawa mereka sebenarnya GAGAL dan kegagalan itu turut menerjah masuk ke ruang hati manusia bernama Anwar Ibrahim.

Mungkin ada dikalangan mereka yang hadir simpati dengan Anwar tetapi dari pemerhatian MMI sebahagian besar hati mereka yang hadir langsung tidak terusik.

Kenapa ? Kerana sekumpulan manusia berketayap disebelah MMI asyik membicarakan tentang calon yang bakal menggantikan Anwar Ibrahim di Permatang Pauh selepas ini.

Siapa ?????

Mat Sabu PASTI akan menggantikan Anwar di Permatang Pauh dan selepas ini senanglah sikit kita !!!!

Begitulah antara perbualan yang MMI dengar dan semestinya akan ada pihak yang kata MMI auta , well memang MMI tak boleh nak buktikan sebab tak ada rakaman tapi sekurang-kurangnya MMI dengar.

Soal nak percaya atau tidak itu hak masing-masinglah cuma MMI nak katakan satu perkara , bukan sahaja Anwar yang dapat merasakan beliau bakal ke penjara tetapi pencacai-pemcacainya juga turut menanti masa sahaja sebab mereka sekarang dah tak fikir tentang Anwar , ada perkara lain yang lebih penting.

Sama ada soal kepentingan atau memang puak-puak ni dah tak boleh blah dengan Anwar , hanya puak depa sahaja tau dan mungkin juga kerana itu sepanjang program tersebut berlangsung Mat Sabu asyik senyum jer !!!

Hmm Steady Bang Mat !!

Jangan lupa makan babi dengan Guan Eng !!!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels