Followers

Tuesday 4 November 2014

Cerita Gurkha MALANG ... Guan Eng Teruskan Strategi !!


MMI dah menulis tentang bab ni berkali-kali dah .. Cuma jari-jemari ni masih lagi nak menulis tentang isu yang sama mungkin masih ada lagi suara-suara kecil yang kata mereka perlu terus disedarkan.

Tak dapat dipastikan sejauh mana mereka-mereka itu mampu sedar atau masih lagi mahu terus hidup dalam dunia ciptaan manusia bernama Anwar Ibrahim ni.Walau apa pilihan sekalipun yang paling mendapat untung adalah anak Kit Siang ni ..

Cerita tentang apa ? Hmm ampa baca dulu ...

DAP akan tetap berdiri bersama-sama dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sepanjang perbicaraan kes liwat yang sedang berlangsung dan akan terus berbuat demikian walaupun beliau didapati bersalah dan dipenjarakan, kata setiausaha agung parti, Lim Guan Eng.

"Ia bukan mudah bagi Anwar, tapi kami akan menunggu beliau kembali," kata Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, pada majlis makan malam kutipan dana DAP malam Isnin.

Beliau juga menggesa Presiden Perkasa Ibrahim Ali didakwa di bawah Akta Hasutan kerana panggilan membakar Bible berbahasa Melayu.

"Saya ingin tegaskan pendirian parti bahawa tindakan perlu diambil terhadap Ibrahim Ali. Apa yang dikatakannya, mengancam keamanan Malaysia yang terdiri daripada pelbagai budaya," katanya.

Guan Eng mengucapkan terima kasih terhadap sokongan yang ditunjukkan ribuan orang ramai pada majlis makan malam yang diadakan di Dewan Sivik MBPJ walaupun berdepan krisis menteri besar Selangor baru-baru ini.

"Kini ia telah diselesaikan dan kita mempunyai menteri besar yang disokong oleh ketiga-tiga parti," katanya.

Guan Eng memuji Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berhubung keberaniannya dalam isu Bible.

"Saya ingin mengucapkan syabas kepada beliau atas keberaniannya berhubung kenyataan beliau baru-baru ini bahawa akan datang terdapat satu penyelesaian untuk isu Bible," katanya.

"DAP akan memberikan sokongan penuh kami kepada Azmin Ali," katanya.sumber 

Well perkara tu nampak sangat dan begitu jelas sekali ! 

Sokongan terhadap Anwar Ibrahim dan janji untuk menanti beliau bolehlah ampa semua anggap sebagai pemanis mulut .. Tengok apa jadi di Pulau Pinang , PAS langsung disisihkan .. Sebelum menang dulu DAP kata apa ?

Krisis Menteri Besar Selangor , sapa yang bersekongkol dengan Anwar untuk namakan hanya satu nama Wan Azizah kalau bukan DAP ! Alih-alih nak mengaku kata sokong Azmin Ali ? Haha bolehlah tu bukan apa kalaulah Anwar Ibrahim diputuskan sebagai tidak bersalah agak-agak apa jadi ?

Hmm boleh jadi Azmin jadi Menteri Besar paling singkat dalam sejarah dak ?

Dalam semua-semua tu paling MMI ralat sekali adalah gang-gang gurkha malang ni !!! Bila nak sedar tak taulah ....

Yakinkah ampa semua bahawa DAP akan terus setia dengan Anwar Ibrahim ?

Baca artikel seterusnya di SINI 

MMI

1 comment:

  1. yg di maksudkan dgn gurka tu...tentu nya melayu2 pas& pkr kan????memang patut di gelar gurka pun....bodoh dan dungu bertingkat2 lagi....

    ReplyDelete

Labels