Followers

Tuesday 4 November 2014

TANGKAP ANWAR !! Cerita Hari Ke-6 Kes LIWAT Anwar


Macam biasa kes liwat membabitkan Anwar Ibrahim diteruskan sejak pagi tadi dan seperti biasa juga MMI akan updatekan perjalanan kes tersebut berdasarkan laporan daripada media-media kat luar sana.Sesuatu yang pasti sehingga artikel ini ditulis prosiding hari ke-6 ini sudah pun ditangguhkan dan akan disambung semula pada 6 November 2014 hari Khamis ini.

Sesuatu yang agak menarik perhatian kita semua hari ini adalah kehadiran penyokong Saiful Bukhari yang bukan sahaja hadir dengan sepanduk tanda sokongan tetapi turut melaungkan ungkapan "Tangkap Anwar" membuktikan betapa rakyat sudah muak dengan percaturan Anwar.

Kalau nak dikira rakyat sebagai hakim maka Anwar juga harus mendengar suara penyokong Saiful supaya beliau segera dipenjarakan.Boleh ker Anwar ??

Hahaha MMI tak yakin Anwar akan begitu mudah membiarkan kepada hakim pro Saiful kerana beliau juga punya hakim tersendiri.Makanya susahlah nak capai keputusan disebabkan kedua-dua pihak ada hakim sendiri ?

Jadi untuk tidak menyusahkan sesiapa maka kita serahkan kepada HAKIM yang lebih mutlak diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria bersama 4 orang lagi yang kini mengikuti perjalanan kes dengan bersungguh-sungguh.

Justeru itu jim kita review perjalanan prosiding rayuan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang masuk hari keenam di Mahkamah Persekutuan hari ini.

Barisan pendakwaan yang diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mahu menghabiskan keseluruhan hujahnya yang tinggal kira-kira 30 peratus pada sebelah pagi.

Beliau terus menperincikan isu DNA sebelum penghujahan terakhir daripada barisan pembelaan diperdengarkan.

Pelanjutan sesi prosiding ini yang bermula sejak Selasa minggu lalu masih belum mendapat sebarang petanda sama ada barisan hakim bakal membuat keputusan segera atau menetapkan tarikh lain untuk berbuat demikian.

Berikut adalah perkembangan sesi prosiding di Bilik Bicara 1, Mahkamah Persekutuan hari ini:

8.50 pagi: Anwar tiba di kamar mahkamah dan  berbincang bersama beberapa peguamnya. Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali turut kelihatan di galeri awam.

9.25 pagi: Barisan panel lima hakim tiba di kamar mahkamah dan sesi prosiding dimulakan.

9.40 pagi: Selepas menyentuh tentang isu saksi alibi, Shafee memetik beberapa kes yang dibicarakan mahkamah di luar negara, untuk membuat perbandingan relevan tentang dakwaan, alibi dan pemprosesan DNA sebagai bahan bukti penting.

10.00 pagi: Berdasarkan kes-kes contoh yang disebut dalam hujahan kerangka, Shafee menekankan bahawa pengabaian alibi tidak boleh dilakukan. Ini merujuk kepada pertikaian mengenai saksi yang tidak dipanggil bagi membuktikan alibi Anwar.

10.10 pagi: Merujuk kepada kes-kes contoh yang dipetik itu, menurut Shafee, tertuduh atau perayu juga mempertikaikan banyak pihak lain dan menggunakan istilah 'konspirasi' bagi menutup kesalahannya.

10.15 pagi: Hakim Tun Arifin Zakaria bertanya pada Shafee apakah tujuan kes-kes contoh itu dibacakan. Shafee menjawab, itu adalah untuk panduan agar penghakiman dapat mendalami istilah 'konspirasi' seperti yang diuar-uarkan pihak pembelaan Anwar. Menurutnya, butiran dakwaan 'konspirasi' perlu dihuraikan secara teliti untuk memelihara integriti maklumat dan menginspirasi keyakinan.

10.35 pagi: Shafee menyentuh soal sampel air mani yang didakwa pasukan pembelaan sebagai tidak unggul untuk dijadikan bahan bukti. Sambil memetik kes contoh dari luar negara yang relevan, Shafee berhujah bahawa walaupun tidak mendapat sampel yang terbaik dalam kes Saiful, namun bacaan DNA yang diperolehi adalah unggul dan boleh diterima pakai.

10.45 pagi: Shafee membaca testimoni pakar kimia yang memeriksa sampel air mani dari tubuh Saiful. Beliau menjelaskan bahawa pakar terlibat mengesahkan bahawa sperma yang diperiksa masih mempunyai membran kepala. Membran itu sudah mampu memberikan bacaan DNA yang mencukupi.

10.50 pagi: Hakim Arifin merehatkan prosiding dan akan disambung pada jam 11 pagi.

11.10 pagi: Prosiding disambung semula. Shafee meneruskan hujah mengenai DNA berdasarkan testimoni saksi. Menurutnya, faktor degenerasi bukan masalah dalam ujian menentukan identiti DNA.

11.45 pagi: Shafee menyebut tentang kemungkinan ketika Dr Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi memeriksa bahagian sulit Saiful, dia telah meninggalkan DNAnya sendiri lalu memberi kesan pada bahan bukti.

11.50 pagi: Shafee berhujah berdasarkan gambar-gambar bahan bukti dari lokap iaitu tuala muka yang telah digunakan, ubat gigi yang penutupnya terbuka dan air dalam botol air yang sudah terbuka dan diminum.

12.15 tengah hari: Shafee meneruskan hujah tentang teori perpindahan kesan DNA seperti yang dibangkitkan mengenai seluar dalam yang dipakai Saiful ketika bertemu Dr Osman. Kesan itu dikatakan  mungkin terjadi akibat pemeriksaan awal sebelum Dr Osman tidak jadi meneruskannya.

Shafee seterusnya mahu berhujah berdasarkan sebuah tulisan perubatan dalam bahasa Thailand tetapi rumusannya dalam Bahasa Inggeris. Namun, ia mendapat bantahan Ramkarpal atas sebab kandungan penulisan itu tidak difahami dan hakim menerima. Shafee meneruskan hujah yang lain.

12.35 tengah hari: Shafee berhujah tentang sampel DNA yang diambil dari rektum boleh bertahan lebih lama berbanding sampel dari peri-anal.

1.10 petang: Shafee masih belum menghabiskan hujah. Hakim Arifin menangguhkan prosiding ke jam 2.20 petang.

2.35 petang: Prosiding disambung semula. Shafee meneruskan pembentangan baki hujahnya.

2.40 petang: Shafee memberitahu sidang mahkamah tentang gambar Saiful di majlis minum teh. Menurutnya, sebelum ini peguambela Anwar, Datuk Seri Gopal Sri Ram mengatakan bahawa Saiful kelihatan ceria, tetapi Shafee memberitahu, Saiful sebenarnya dalam keadaan sebaliknya. Gambar itu bersifat subjektif dan tidak boleh menyokong hujah pasukan pembelaan kerana menurut Shafee, testimoni daripada jurugambar itu perlu diambil kira.

2.50 petang: Shafee membuat rujukan pantas tentang isu kredibiliti dan prosiding pendakwaan.

3.00 petang: Gopal meminta hakim memberi masa kepada pasukan pembelaan agar Ramkarpal dapat menyediakan hujah bertulis bagi menjawab isu DNA yang dibangkitkan oleh Shafee.astroawani

Debaran kita hampir siapakah yang bakal mengusung bag untuk dibawa keluar dari dewan ini ? Ehh macam AF pula hahahaha apa pun kita tunggu tengoklah keputusan nanti noo .. Yang ni tak ada afundi-afundi dah aih ...

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels