Followers

Wednesday 10 December 2014

MAS Kenapa Perlu ORANG LUAR ?!! @azwanbro


Isu perlantikan warga Jerman sebagai bakal CEO syarikat baharu (NewCo) Malaysia Airlines telah mendapat pelbagai reaksi daripada banyak pihak.Jika sebelum ini Tun Mahathir antara nama yang paling awal mengkritik keputusan kerajaan tersebut , kini Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia turut mempersoalkan perlantikan warga Jerman itu.

Pemuda Umno menggesa Khazanah Nasional Bhd melantik warga tempatan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) Malaysia Airlines Bhd (MAS) yang baru.
    
Naib Ketuanya Khairul Azwan Harun berkata MAS adalah set strategik nasional dan dana RM6 bilion yang disuntik Khazanah perlu diurus selia rakyat tempatan yang memahami budaya, cara kerja dan iklim ekonomi negara.
    
"Pelantikan ketua pegawai eksekutif baru yang diumumkan telah mengundang pelbagai persepsi terhadap kemampuan Khazanah yang terpaksa bergantung dengan pakar luar," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan sesi dialog Program Pertukaran Belia Malaysia-China 2014, di ibunegara semalam.
    
Katanya Khazanah berkemampuan mencari calon tempatan yang lebih layak dan berpengalaman dalam urus tadbir pemulihan korporat atau menjalinkan kerjasama dengan Talent Corp serta agensi berkaitan untuk mendapatkan calon tempatan berkaliber.
    
Beliau turut menyarankan Khazanah melantik warga asing sebagai perunding atau penasihat untuk berganding dengan pakar tempatan dalam menjayakan pelan pemulihan MAS.
    
Khazanah Nasional pada Jumaat lepas mengumumkan pelantikan warga Jerman, Christoph R. Mueller sebagai bakal CEO syarikat baharu (NewCo) Malaysia Airlines.
    
Mueller sebelum ini berjaya mengubah nasib syarikat penerbangan Ireland, Aer Lingus yang dibelenggu pelbagai masalah selama bertahun-tahun dengan membangunkan keuntungan mampan serta menjana pendapatan menerusi pasaran dan model perniagaan baharu dalam hanya tempoh setahun selepas menyertai syarikat itu.

Pelbagai pandangan telah diutarakan oleh banyak pihak berdasarkan kepada keupayaan anak tempatan.Persoalan yang bermain di fikiran MMI adalah sejauh mana kemampuan anak tempatan untuk menangani situasi ini memandangkan telah sekian lama MAS mengalami masalah ?

Kita tahu untuk memulihkan MAS adalah satu tugas yang amat berat memandangkan kedudukan terkini dan sudah pasti keputusan yang dibuat oleh kerajaan itu telah mengambil kira banyak perkara.

Bagi MMI apa jua keputusan dan pandangan dari mana-mana pihak sekalipun , kita wajar melihat kepada perkara asas iaitu memulihkan MAS.

Siapa jua yang diputuskan oleh kerajaan , MMI tak ada kuasa untuk mengubahnya melainkan mendoakan yang terbaik untuk MAS dan negara.

MMI

2 comments:

  1. Dibawah CEO Idris Jala dulu MAS pernah untung.....Kenapa tak lantik Idris Jala sebagai CEO mas yang baru ?Kenapa mesti cari orang luar.....Ataupun Idris Jala buat untung hanya silap mata saja ......

    ReplyDelete
    Replies
    1. untung apa nya..semua harta jual..

      Delete

Labels