Followers

Monday 2 February 2015

ABAH Tolong Balut Buku Jap !!!

Gambar Hiasan
Rasanya semua ibu bapa yang anak masing-masing kini sedang bersekolah pasti pernah melalui pengalaman membalut buku.

MMI antara yang tidak terkecuali kerana aktiviti setahun sekali ini pastinya menjadi kemestian apabila anak-anak buat muka sedih minta kita tolong balutkan buku mereka.

Abah tolong balutkan buku jap !!!

Hihi teringat waktu zaman sekolah dulu-dulu , aktiviti membalut buku ni dilakukan sendiri sebab masa tu MMI balut dengan surat khabar ja , maklumlah dalam sebuah keluarga besar dan bertaraf biasa ni kita diajar berjimat cermat.Banyak lagi keperluan lain yang perlu diutamakan seperti pembelian baju sekolah , kasut , bag dan lain-lain yang sewaktu dengannya.

Apa pun kehidupan kita semua pada hari ini sudah berubah , rasanya tak ada lagi mereka-mereka yang menjadikan surat khabar sebagai kertas pembalut buku sekolah anak masing-masing.Perubahan yang membuktikan kepada kita betapa bumi Malaysia sebenarnya sudah banyak berubah.

Tak lupa juga MMI nak ucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan kerana menyediakan bantuan persekolahan RM100 kepada semua murid-murid walaupun ada kalanya ibu bapa sedikit resah kerana perlu mengambil masa yang agak lama bagi memberi laluan kepada pemimpin-pemimpin tempatan berucap.

Malah berlaku juga sesetengah daripada mereka-mereka diluar sana yang menjadikan pemberian itu sebagai modal politik untuk menghentam kerajaan dan ada sesetengahnya semacam tidak kenal erti syukur !! Baca SINI 

Tapi bagi MMI semua itu perkara biasa , kadang-kadang kita terimalah sebab disebalik sehari dalam setahun itu penantian kita itu akan berakhir dengan penerimaan RM100.Maka dapatlah sedikit sebanyak meringankan beban ibu bapa untuk membeli keperluan asas persekolahan anak masing-masing. 

Mungkin bagi mereka yang berkemampuan , isu balut buku ni bukanlah satu masalah sangat tetapi bagi mereka yang nilai RM5 sebesar RM50 sudah pasti sedikit sebanyak akan terasa apatah lagi keperluan-keperluan lain turut sama perlu disediakan.

Anak-anak hari ini bukan seperti dulu , mereka mudah terasa sekiranya barangan milik mereka berbeza dengan rakan-rakan lain di sekolah.Bayangkan pada ketika murid-murid lain mengeluarkan buku yang berbalut dengan plastik , anak kita mengeluarkan buku yang berbalut dengan surat khabar !!

Agaknya apa jadi ? Rasanya hari itu juga si anak akan menangis dan meminta supaya buku miliknya dibalut dengan plastik.

Apa jua keadaannya sebagai ibu bapa kita perlu menyediakan keperluan ini agar anak-anak ini terus bersemangat untuk ke sekolah.

Kepada ibu bapa muda yang bakal memiliki pengalaman pertama anak menjejakkan kaki ke sekolah nanti MMI sarankan agar buatlah persediaan secukupnya.Ramai yang terlepas pandang hal ini dan akan mengeluh sedikit apabila tibanya masa dan ketikanya.

Perlu diingat ada lagi tuntutan lain selepas ibu bapa bertungkus-lumus menyediakan keperluan awalan.Pembelian buku-buku yang disyorkan oleh para guru yang harus dibeli dalam tempoh tertentu , pakaian sukan , kelab dan lain-lainnya turut sama menjadi sebahagian daripada perkara penting yang kadang-kalanya menyebabkan si ibu atau bapa tak tidur malam.

Jangan main-main , kalau yang road tax kereta tamat tempoh bulan Disember dan Januari tahulah macam mana nak menguruskan kewangan agar semuanya dapat diselesaikan.Dan selalunya bagi keluarga-keluarga biasa ni , bulan-bulan itu tidak akan ada sebarang aktiviti luar melainkan segalanya tertumpu di rumah.

Bukan senang bro , dalam keadaan harga barang yang tidak turun-turun ni kadang-kalanya boleh menyebabkan si bapa bawa bekal jer ke tempat kerja.Tapi sejak 2 bulan kebelakangan ni beban itu sedikit berkurangan apabila kerajaan mengumumkan harga petrol turun , dapatlah ia membantu sedikit sebanyak.

Dalam pada itu yang MMI sering kali perhatikan adalah pengusaha-pengusaha kantin di sekolah !

Ada kantin sekolah rendah yang menjual minuman dengan harga RM1.00 kepada pelajar-pelajar.Dan tahukah kita air minuman itu hanyalah minuman bancuh seperti oren , sirap dan lain-lain !!

Bab makanan pula jangan cakaplah , kalau nasi dengan ayam tu ada yang sampai harga RM2.00 ke RM2.50 !!

So bayangkan berapakah pula duit sekolah yang perlu disediakan setiap hari kepada anak-anak kita untuk kesekolah ?

Bukanlah niat MMI untuk mempertikaikan pengusaha-pengusaha kantin ni , sebab mereka pun membeli barangan keperluan daripada pembekal masing-masing.Tapi hakikatnya harga pembelian itu sudah pasti akan terarah kepada pengguna tetap mereka iaitu pelajar.Bayangkan apa akan jadi kepada pelajar-pelajar yang hanya mampu membawa RM2.00 ke sekolah ?

MEMANG !! Memang ada yang kata kalau dah macam tu bawa jer bekal ke sekolah , tapi MMI nak ingatkan kepada semua apabila anak-anak kita melihat rakan-rakan mereka membeli makanan di kantin mereka akan turut inginkan perkara yang sama.

Budak-budak bro !! TERINGIN !! So bayangkan perasaan anak-anak kita pada ketika itu ??

Dalam hal ini MMI ada terfikir beberapa kaedah yang rasanya boleh dipraktikkan , itupun kalau ada yang sudi nak mencuba dan membawa perkara ni ke tengah !!

1.Pihak pengusaha kantin perlulah mencari alternatif untuk memastikan harga minuman dan makanan yang dijual itu lebih murah daripada biasa.

2.Pihak PIBG rasanya boleh membantu dengan pendekatan atau kerjasama dengan pihak sekolah.

3.Pihak berwajib sama ada JPN atau Kementerian sendiri perlu melakukan pemantauan dan mencari kaedah yang boleh untuk memastikan harga di kantin-kantin sekolah tidak terlalu membebankan pelajar.

Tapi bolehkah ia dilakukan ? Persoalan yang agak sukar untuk MMI jawab ...

Namun melalui pemerhatian MMI , jika kita benar-benar mahu ianya berlaku rasanya ada jalan !!!

Kerajaan pernah memperkenalkan "Menu Rakyat 1Malaysia" dan kenapa tidak ianya ditambah menjadi "Menu Pelajar 1Malaysia" dan sudah barang pasti ianya dapat membantu meringankan beban pelajar yang kurang mampu atau setidak-tidaknya mengurangkan kos yang selama ini perlu ditanggung oleh ibu dan bapa.

Bukan berkira beb , tapi mencari jalan ...

Bayangkan "Menu Rakyat 1Malaysia" menyediakan makanan dan minuman pada harga RM2.00 untuk makan pagi dan RM4.00 untuk makan tengahari.Itu adalah harga bagi orang dewasa maka tidak mustahil sekiranya idea dan perkara yang sama dilaksanakan untuk para pelajar.

Jika harga RM4.00 bagi makan tengahari seorang dewasa mungkin dengan "Menu Pelajar 1Malaysia" harga makan tengahari bagi pelajar sekali dengan minuman boleh berharga RM2.00 ke RM2.50.

Apa pun itu cadangan yang MMI rasa boleh dilaksanakan , penentuan harga dan sebagainya perlulah diputuskan oleh pihak berwajib sekiranya ianya difikirkan boleh dilaksanakan.

Untuk rekod MMI tidak berhasrat untuk menyekat mana-mana pintu rezeki pengusaha-pengusaha kantin di seluruh negara tetapi bila memikirkan tentang beban yang terpaksa ditanggung oleh kebanyakkan ibu dan bapa pelajar-pelajar hari ini , rasanya kita boleh mencari jalan untuk sekurang-kurangnya membantu sesama sendiri.

Kepada semua yang sebelum ini selesai membalut buku anak masing-masing , MMI ucapkan SYABAS kerana tindakan ampa itu secara tidak langsung memberikan galakan kepada anak masing-masing untuk terus bersemangat ke sekolah.

PERCAYALAH anak-anak kita adalah PERMATA yang tidak boleh dijual beli dan KURNIAAN TUHAN itu ada HIKMAHNYA maka kita perlu sentiasa menyayangi mereka seperti mana kita MENYAYANGI diri sendiri.

May The Force Be with U !!

MMI

2 comments:

  1. Untuk memanjakan lagi golongan ibu-bapa muda (baca: Gen-Y) yang letih membalut buku dan tidak mahu anak-anak mereka juga letih sama seperti ibu-bapa muda yang pada waktu mereka kecil juga letih akibat dididik dengan baik oleh ibu-bapa mereka agar berdikari membalut buku sendiri - maka wajarlah di cadangkan bantuan pinjaman buku hendaklah di berikan dengan siap berbalut sekali oleh kerajaaan.

    Bukan sahaja memarakkan industri plastik dan kertas pembalut tetapi juga bermanafaat pada kontraktor pembekalan yang boleh selit sedikit keuntungan akibat kerja-kerja pembalutan tadi. Keuntunagn lebih ini penting kerana kebanyakkan kontraktor cenderung memberi SUMBANGAN dan tidak tamak atas kejayaan mereka mendapat dan melaksanakan kontrak dan sukarela untuk berkongsi sama-sama.

    Dalam nota yang lain yang lebih serius - dalam isu kantin dan makanannya mungkin kita juga boleh mencadangkan subsidi dari kerajaan untuk menampung sebahgian kos penyediaaan makanan. Akan tetapi makanan tidak lagi boleh sub-standard dan mengambilkira keperluan dan diet pelajar.

    Nasi lemak yang tidak lemak dan berperasa Nasi putih Restoran Ali Maju hendaklah di pantau saiz portion dan kualiti dengan mengalakan penjual mengunakan kelapa sebagai ramuan. Air perasa oren yang lebih oren warnanya dari buah oren hendaklah di sekat penjualannya. Juga makanan-makanan ringan/junk food. Kuih-muih dan manisan hendaklah di buat satu tahap ianya berguna kepada kesihatan dan pemberian tenaga kanak-kanak. Lebihan gula ialah satu ancaman kesihatan. Banyakkan buah-buahan misalnya. Kementerian Kesihatan saya percaya boleh memberi guideline atas diet ini. Perkara ini mungkin boleh di buat secara berperingkat-peringkat melalui sekolah-sekolah terpilih dahulu dan akhir ke seluruh sekolah dalam negara. Kalau buat sekali gus mahu pengsan kerjaaan di buatnya nak cari budget dan terpaksa buat 1MDB ke 2 pulak.

    Pemberian subsidi ini pada saya wajar kerana anak-anak ialah sumber manusia yang paling penting utnuk masa hadapan. Dalam waktu yang sama ibu-bapa hendaklah mendidik anak-anak untuk. mengamalkan pemakanan sihat. Minum air jampi dan kismis doa bukannya satu amalan pemakanan yang sihat. Daripada kismis baik beli pisang dan ajarkanlah anak berdoa sebelum makan pisang dan sebutkanllah nama Allah.

    Semoga anak-anak ini dengan pemakanan yang baik-baik boleh menjadi insan yang baik-baik dan generasi penuh berkat - tidak menjadi generasi yang suka baring atas jalan bakar lilin dan memberi dahi pada artis korea untuk di cium. Juga menjadi generasi yang suka balut buku sendiri dan tidak harap mak bapak lagi.

    ReplyDelete

Labels