Followers

Wednesday 8 April 2015

PRK Permatang Pauh Betul Ker Pakatan Haprak Masih 1 Pasukan ?

SPR telah pun mengumumkan bahawa tarikh bagi PRK Permatang Pauh adalah 7 Mei 2015.Untuk itu proses penamaan calon akan diadakan pada 25 April 2015 manakala pengundian awal pula pada 3 Mei 2015.

Maka terungkailah persoalan banyak pihak selama ini apakah status Permatang Pauh memandangkan masih ada lagi saki baki di kalangan mereka yang menipu diri sendiri dengan menuding jari kepada UMNO kononnya isu LIWAT Anwar Ibrahim itu satu konspirasi jahat parti tersebut.

Kini segala-galanya telah terungkai , KETUM pun dah masuk Sungai Buloh dengan hukuman paling minima yang MMI rasa langsung tidak setimpal dengan perbuatan dan kedudukannya.Kekosongan kerusi Permatang Pauh pun dah terjawab.

Yang tinggal kini adalah sejauh mana kerancakan PRK Permatang Pauh yang bakal membuka tirainya secara rasmi pada 25 April nanti ?

Kita tahu bahawa sejak dua menjak ini hubungan sesama parti dalam Pakatan Haprak tidaklah seperti mana sewaktu ianya dibentuk sebelum ini.Akibat daripada perhubungan songsang yang penuh dengan tipu daya dan muslihat parti-parti yang mengaku satu keluarga itu , isu tentang pendirian dan prinsip parti-parti dalam Pakatan Haprak jelas sudah sampai ke tahap memakan diri.

PAS sebagai parti yang selama ini dipergunakan untuk kepentingan Pakatan Haprak bukan sahaja terpaksa menanggung azabnya tetapi sudah sampai ke tahap perang saudara.

Pertembungan ideologi hasil daripada garapan terancang DAP dan PKR kini sudah menjadikan PAS hilang arah dan rata-rata pimpinan PAS sendiri dilihat lebih mementingkan kedudukan politik daripada hasrat dan prinsip perjuangan sendiri.

Paling memalukan apabila sebahagian besar pengikut PAS diam membisu tatkala Presiden sendiri di serang bertubi-tubi oleh DAP dan pengkianat dalam PAS iaitu PASMA.

Kewujudan PASMA sebenarnya menjadi bukti betapa persediaan rapi sudah dirancang , malah MMI optimis untuk menyatakan PASMAlah yang akan menjadi pengganti dalam apa jua perkara sekiranya PAS mengambil keputusan untuk tidak bersama Pakatan Haprak atau memboikot apa jua gerakan mahupun usaha daripada Pakatan Haprak.

Malah tidak keterlaluan jika MMI kata PASMA secara halusnya sudah pun menguasai PAS dan sudah bersedia pada bila-bila masa sahaja untuk merampas PAS daripada kepimpinan yang difikirkan mereka sebagai KUNO atau ORTODOKS.

Seperti yang MMI janjikan sebelum ini dalam artikel bertajuk Azizah Dah Mula Kempen Siap Dengan Manifesto Paling Awal , Nak Tau Baca !!! untuk mengulas tentang persoalan sama ada PAS benar-benar akan memboikot PRK Permatang Pauh atau tidak akan MMI tunaikan di penulisan ini.

Dengan gambaran awal seperti yang MMI tulis diatas sana , rasanya tiap kenyataan daripada PAS sekiranya benar seperti mana yang dilaporkan oleh utusan bahawa seorang pemimpin tertinggi parti PAS di negeri Pulau Pinang telah mencadangkan supaya ahli parti itu dan jentera mereka tidak turun padang bagi membantu kempen Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh kelak , bolehlah dianggap sebagai cadangan yang hanya akan dibakulkan sampahkan.

Menurut pemimpin terbabit yang enggan namanya disiarkan berkata, langkah tersebut bagi menunjukkan ketegasan dan menjaga maruah PAS yang selama ini teruk dikecam PKR dan DAP berhubung pelaksanaan hukum hudud.seterusnya 

Persoalannya sejauh mana kita benar-benar yakin akan ada gerakan sedemikian pada ketika sudah ada pihak lain yang bersedia pada bila-bila masa untuk menggantikan tempat PAS ?

Jika diamati kenyataan daripada Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Dr Afif Bahardin , beliau menyatakan bahawa tidak berlaku sebarang perselisihan faham diantara parti-parti dalam Pakatan Haprak di Pulau Pinang seperti mana yang diwar-warkan tersebut.

Ketiga-tiga parti, PKR, DAP dan PAS sudah bersetuju membentuk sekretariat untuk PRK berkenaan.

"Satu sekretariat sudah ditubuhkan di kalangan parti gabungan pakatan dan saya tidak melihat perpecahan di antara kami," katanya kepada para pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat AMK negeri pada Sabtu lalu.

Beliau berkata timbalan pesuruhjaya II PAS Pulau Pinang Datuk Mohd Salleh Man turut menyatakan komitmen terhadap gabungan bagi memastikan calon PKR dapat mempertahankan kerusi Permatang Pauh. seterusnya 

Inilah hakikatnya , warga Pulau Pinang pastinya tahu apa sangatlah yang boleh dilakukan oleh Salleh Man ? Dalam masa yang sama sejauh mana suara PAS di Pulau Pinang mampu untuk memecah monopoli PKR dan DAP ? Sudah tercatat dalam sejarah sejak 2008 lagi PAS telah lama menjadi pencacai kepada kerajaan DAP di Pulau Pinang dan mereka telah lama di mangsakan oleh PKR dalam apa jua keadaan sekalipun.

Jangan lupa bagaimana insiden di Safira Seberang Jaya menjadi satu persembahan kebudayaan yang akhirnya didiamkan begitu sahaja BACA SINI.Mungkin adalah sedikit sebanyak gula-gula dihidangkan selepas itu supaya kemanisannya akan terus mengkhayalkan mereka-mereka dalam PAS khususnya di Pulau Pinang.Ringkasnya PAS tidak akan mampu untuk menegur DAP dan PKR pula tidak perlu bersusah payah kerana sebahagian besar daripada kerja-kerja itu diuruskan oleh DAP.

Suka untuk MMI ingatkan jika ada mana-mana pihak yang masih mengharapkan isu yang diwar-warkan kononnya PAS akan memboikot PRK Permatang Pauh , eloklah bersedia awal-awal.

Jangan salah tafsir kenyataan kat atas tu , apa yang MMI maksudkan adalah waima PAS mengambil keputusan untuk memboikot PRK Permatang Pauh sekalipun , kehadiran mereka-mereka yang berketayap kerana politik itu akan tetap berkeliaran di bumi Permatang Pauh selepas ini.

Anda akan dapat melihat mereka dengan jelas sekali memandangkan begitu ramai di kalangan mereka kini sudah tidak sabar-sabar lagi untuk turun ke medan pertempuran.

Nama-nama seperti Mat Sabu , Mahfuz Omar , Phahrolrazi dan seluruh angkatan PASMA pastinya sudah pun bersedia untuk membantu PKR dalam kempen di bumi Permatang Pauh.

Seperkara yang pasti berlaku adalah kehadiran mereka-mereka ini akan mengelirukan seluruh penyokong PAS memandangkan mereka lebih dikenali sebagai pemimpin dan ahli PAS.Maka secara tidak langsung akar umbi PAS sendiri akan turut dikelirukan seterusnya akan sama-sama berganding bahu membantu kempen di Permatang Pauh atas nama menentang parti UMNO.

Inilah garapan dan adunan gerakan terancang yang akan menyebabkan PAS terus keliru !

Persoalan sama ada Pakatan Haprak akan terus berkempen sebagai satu pasukan sebenarnya sudah pun terjawab !

Tidak perlu kita memikirkan tentang PAS sokong atau tidak kerana yang pastinya kehadiran mereka akan tetap dilihat cuma soal sama ada kehadiran itu atas nama PAS atau tidak hanya boleh ditentukan sekiranya PAS di bawah kepimpinan Hadi Awang hari ini benar-benar punya roh dan kekuatan !!

MMI

1 comment:

  1. letak mana-mana pemimpin ulamak pas pasti menang besar pedulikan itu kawasan pkr atau pkr punya kerusi

    ReplyDelete

Labels