Followers

Saturday 6 June 2015

CHAPTER 2 Bila EMOSI Menguasai Diri #Nothing2Hide


Gambar atas merupakan salah satu gerakan atau susun atur yang telah digerakkan di Ibu Kota London oleh sebahagian warganya untuk melahirkan rasa ketidakpuasan hati mereka terhadap pengenalan charge oleh pihak perbankan yang dirasakan tidak adil dan punya unsur-unsur menekan rakyat yang berlaku pada tahun 2014 yang lalu.

Barangkali kerana begitulah budaya mereka maka tampil dalam keadaan hampir bogel itu mungkin merupakan satu wadah untuk meyakinkan pihak lain bahawa sewajarnya tiap sesuatu yang dilakukan itu haruslah telus dan terbuka.KLIK SINI & SINI 

Bagaimanapun kita bersyukur kerana amalan sebegini bukanlah budaya di negara kita walaupun ada kejadian hampir sama pernah berlaku di Pulau Pinang dan terbaru di puncak Kinabalu.

Sesuatu yang pasti dan agak menarik adalah kempen yang berlaku di Ibu Kota London itu turut menggunakan hashtag #nothing2hide sebiji dan sama dengan apa yang digunakan bagi program di PWTC pagi semalam.

Mungkin kebetulan agaknya namun apa yang cuba MMI ketengahkan disini adalah semuanya berlingkar kepada soal ketidakpuasan dan usaha untuk melakukan sesuatu dengan niat untuk kebaikan bersama.

Itu PASTI dan tidak ada mana-mana pihak waima di Ibu Kota London itu atau mereka-mereka yang hadir di PWTC pagi semalam punya hala tuju yang berlainan.Cuma mungkin pendekatan kita bukanlah dengan cara berbogel !

Entah apa akan berlaku agaknya jika budaya warga Kota London itu di bawa masuk dan menjadi ikutan mereka-mereka yang hadir di PWTC semalam.Haha tak boleh nak bayangkan !!

Namun hakikatnya apa yang berlaku di PWTC pagi semalam seharusnya menjadi pengajaran kepada kita kerana ada beberapa perkara yang rasanya perlu diberikan perhatian segera.

Banyak pihak mula berbicara soal ketidakhadiran YAB Perdana Menteri sebagai satu tindakan pengecut malah ianya sudah sampai ke tahap mencerca.Perkataan seperti DAYUS dan NO BALL berkumandang di serata penjuru bicara semuanya kerana emosi yang sudah menguasai daya intelek tiap daripada mereka yang terlibat.

Kadang-kadang kerana emosi inilah maka kita sanggup berbalah sesama kita dan mungkin mampu sampai ke tahap mencederakan antara satu sama lain.Situasi yang tidak berlaku semalam tetapi pernah berlaku sebelum ini kerana rata-rata yang hadir itu punya tanggapan dan sudah terpahat di hati masing-masing bahawa aku menyokong penuh orang itu dan orang ini.

Dalam pada itu kita jangan sesekali lupa bahawa pokoknya penganjuran program #Nothing2Hide itu secara berhemahnya punya banyak kebaikan daripada keburukan.Malah kalau kita bijak menempatkan diri kita sebagai pemerhati dan peserta program , situasinya mungkin berubah ! Dan tidak keterlaluan kalau MMI katakan pasti akan wujud satu gelombang yang cukup kuat untuk melihat isu yang diperdebatkan banyak pihak mampu diselesaikan mengikut lunas undang-undang dan perpaduan atas nama UMNO itu akan kembali bertaut dengan kemas dan lebih erat.

Tetapi sayangnya kerana emosi yang meluap-luap dan tidak mampu di kawal , kita kalah kepada diri sendiri.Sebahagian besar yang hadir semalam pasti kecewa kerana apa yang dihajati atau impian untuk melihat sekurang-kurangnya 2 pemimpin yang berjasa kepada kita selama ini mampu berjabat tangan serta memberikan senyuman yang mampu mengembalikan aura keutuhan umat Melayu di Malaysia tidak berlaku.

MMI yakin ada yang sudah membuat ramalan awal bahawa artikel ini bakal menjadi satu lagi medan untuk mempertahankan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak dan mungkin juga ada yang meramal MMI akan menghentam Tun Mahathir.

Kerana itu biarlah MMI mulakan dengan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak terlebih dahulu !

Secara jujurnya adalah menjadi satu liabiliti kepada kesatuan Melayu UMNO dan Barisan Nasional hari ini apabila keputusan disaat akhir untuk tidak membenarkan Perdana Menteri hadir dalam sesi dialog yang telah dirancang semalam.Seperti yang MMI sebut di artikel sebelum ini bahawa keputusan pihak PDRM untuk menasihatkan Perdana Menteri supaya tidak hadir atas faktor-faktor tertentu itu bukanlah sesuatu yang boleh diterima kebanyakkan warga kita walaupun hakikatnya PDRM telah melaksanakan tanggungjawabnya dengan amat baik sekali.

Sebagai pemerhati politik , MMI merasakan adalah WAJAR sama sekali untuk Perdana Menteri hadir ke sesi dialog terbabit kerana ianya berlangsung di Ibu Pejabat UMNO di PWTC.Kalau soal keselamatanlah yang menjadi isu utamanya maka sesuatu rasanya boleh dilakukan untuk segera menanganinya memandangkan kita punya aset dan keupayaan untuk melakukannya.

Mungkin akan ada pihak yang kurang senang dengan apa yang MMI tulis , tetapi itulah yang dimahukan oleh kebanyakkan daripada warga kita atau mereka-mereka yang hadir semalam.

NAJIB PERLU HADIR !

Soal apa yang akan berlaku sewaktu perjalanan program terbabit rasanya boleh ditangani sekiranya kita punya kecekapan dan bijak mengawal situasi.MMI juga yakin PDRM adalah pihak yang perlu diberikan peranan untuk memastikan hal keselamatan ini.

Seperkara yang MMI lihat adalah Perdana Menteri atau pasukannya perlu mengambil risiko ini kerana warga Malaysia khususnya mahu melihat tanggungjawab dan pendirian seorang pemimpin yang mengaku bahawa beliau BERANI kerana BENAR itu tampil dan pentas dialog #Nothing2Hide adalah pendekatan yang amat baik untuk sekurang-kurangnya menjelaskan sesuatu.

Malah tidak keterlauan kalau MMI katakan rata-rata yang hadir itu adalah ahli UMNO jadi apa masalahnya ? Ada ura-ura akan berlaku kekacauan ? Hmm apakah warga kita dan ahli UMNO sudah sampai ke tahap mahu membunuh antara satu sama lain ?

PESERTA PROGRAM !

Bagi merungkai persoalan diatas , maka kita juga perlu adil dalam beberapa situasi.Kehadiran peserta untuk bersama dalam program yang dianjurkan semalam dilihat banyak pihak sebagai beremosi.Walaupun tidak semua tetapi yang bersikap sedemikianlah yang telah menyebabkan berlakunya keputusan luar jangka.

Kehadiran semalam terdiri daripada 8 kumpulan dan MMI kategorikan sebagai ,

1.Mereka yang menyokong Perdana Menteri dan Kerajaan.
2.Mereka yang menyokong Tun Mahathir dan menolak kepimpinan YAB Najib.
3.Mereka yang hadir atas kapasiti pemerhati politik.
5.Mereka yang hadir atas niat untuk mendapatkan pencerahan
6.Wartawan
7.Penyokong pembangkang
8.Lain-lain

Dalam semua kumpulan ini pastinya masing-masing punya matlamat tersendiri dan sudah pastilah apa jua yang diinginkan adalah hak setiap mereka yang hadir.

Cuma apa yang kita lihat adakah kehadiran beberapa kumpulan yang MMI kategorikan diatas itu benar-benar hadir atas rasa untuk mencari jawapan atau dengan agenda yang sudah terbuku di hati ?

Jika kehadiran itu atas rasa mencari persamaan atau sekurang-kurangnya mendapatkan hujah-hujah yang boleh diguna pakai untuk kebaikan bersama rasanya program semalam akan berjalan dengan cukup lancar.

Dan tidak keterlaluan kalau MMI katakan jika sebahagian daripada yang hadir itu mampu memahami proses demokrasi atau memahami peraturan yang telah digariskan oleh pihak penganjur situasinya akan berubah.

Terdapat laporan yang menyatakan berlaku asakan di pintu masuk kerana mereka-mereka yang tidak berdaftar atau di jemput seperti mana yang telah dimuktamadkan oleh pihak penganjur tetap mendesak untuk dibenarkan memasuki dewan program.

Bukankah ini merupakan tindakan yang tidak tepat ?

Kekalutan itu barangkali telah menimbulkan rasa tidak puas hati mereka-mereka yang berada diluar seterusnya menjadi isu sentimen kumpulan yang mungkin mengakibatkan emosi mula menguasai diri.

Maka pentas yang sebaik itu akhirnya bertukar menjadi mimpi ngeri bagi sesetengah dari kita kerana semua pihak akhirnya tidak mendapat sebarang faedah pun sebaliknya kekecewaan dan mungkin rasa amarah yang membuak-buak mengikut pandangan masing-masing.

KEHADIRAN TUN MAHATHIR !

Sebagai bekas Perdana Menteri dan orang penting dalam isu melibatkan pertikaian 1MDB , sama ada Tun Mahathir hadir atau tidak bukanlah perkara yang harus kita bimbangkan.Bagi MMI , Tun juga punya hak untuk hadir apatah lagi selepas nama beliau digembar-gemburkan di media sosial akan hadir.

Maka atas kapasiti itu Tun mengambil keputusan untuk hadir !

MMI melihat ramai yang berpandangan bahawa situasi ini umpama pertembungan antara 2 pemimpin sedang hakikatnya kehadiran Tun hanyalah sebagai peserta dan bukan sebagai jurucakap untuk program terbabit.

Dan tidak menjadi kesalahan pula untuk Tun mengajukan soalan kepada Perdana Menteri pada ketika sesi soal jawab di buka kepada peserta program.

Malah jika situasi semalam berada dalam keadaan yang baik , Pastinya YAB Perdana Menteri tidak akan membiarkan Tun untuk duduk di bawah bersama-sama dengan peserta lain dan beliau akan di minta untuk berada di atas pentas bersama-sama dengan YAB Perdana Menteri sepanjang program tersebut berlangsung.

Maka kalau situasi ini boleh diterima sekali lagi MMI yakin program semalam akan tetap berjalan lancar.Soalnya kenapa ianya tidak berlaku ?

Adakah kehadiran Tun semalam disusuli dengan agenda tertentu ?

Atau ada pihak lain yang cuba untuk terus melaga-lagakan Tun dengan Perdana Menteri ?

Lebih mendukacitakan lagi apabila Tun sendiri gagal untuk menjadi penyelamat kepada program yang amat baik itu.Sebagai seorang bekas Perdana Menteri dan merupakan pemimpin politik yang mempunyai pengalaman lebih dari 22 tahun apakah kewajaran untuk Tun naik ke atas pentas utama dan menyampaikan ucapan ?

Sama ada Tun di jemput untuk berucap atau tidak , Tun perlu bijak untuk membuat keputusan pada saat dan ketika itu kerana apa jua yang berlaku bakal mencetuskan sesuatu.

Tun ternyata turut gagal mengawal emosinya dengan terus menyampaikan ucapan dengan pelbagai lontaran yang jelas bernada sindiran malah turut mengadakan sidang media di atas pentas.

Akhirnya Tun dianggap sebagai perampas program pihak lain !

Bukankah itu sudah membuktikan kepada kita betapa emosi sudah menguasai diri yang akhirnya mencetuskan satu polemik politik yang mampu memusnahkan reputasi UMNO dan orang Melayu itu sendiri ?

Kita menyerang sesama kita dalam rumah atau kubu UMNO ! 

MMI tertanya-tanya apakah keuntungan kepada kita orang Melayu dan seluruh warga Malaysia hasil daripada apa yang telah berlaku pagi semalam ?

Apakah UMNO kini benar-benar kuat ? Atau isu 1MDB selesai ? Kerajaan sudah boleh menumpukan kepada usaha untuk terus memperbaiki kelemahan dan berusaha untuk kejayaan negara ?

Tidak !! 

Malah kita telah melahirkan satu lagi masalah iaitu pertembungan dua kumpulan orang Melayu yang mempunyai taat setia kepada pemimpin yang berbeza ! Dan mungkin juga kita telah berjaya melahirkan lebih ramai warga kita yang menolak politik hasil daripada kegagalan kita mengawal emosi yang kini menjadi barah paling berbahaya khususnya kepada kesatuan Melayu UMNO ! 

Disinilah kita perlu kembali kepada fitrah kita sebagai umat Melayu yang berpegang kepada amalan dan didikan agama Islam.

Hentikan perbalahan yang tidak menguntungkan ini sebaliknya cari titik persamaan untuk kita berusaha mencari kejayaan bersama.

Kita perlu sedar bahawa EMOSI itu penting tetapi ada kalanya EMOSI itu mampu membawa kemudaratan kepada kita.Hakikatnya sama ada Najib , Tun Mahathir atau mereka yang hadir semalam sewajarnya melihat pertembungan seperti ini tidak harus dijadikan sebagai pentas untuk menghukum atau menyindir sesiapa sebaliknya mengukur tahap kesediaan kita untuk memberi dan menerima.

Kerana MMI percaya kita sedang mencari jawapan kepada penyelesaian masalah bukan untuk menimbulkan lagi masalah !

Apa yang MMI impikan semalam adalah YAB Perdana Menteri hadir ke PWTC dan terus menuju ke bilik VIP untuk bersalam dan menyambut kedatangan Tun Mahathir.Duduk dan berbual seketika kemudiannya berjalan seiring masuk ke dalam Dewan disaksikan oleh ribuan para penyokong masing-masing.

Tunjukkan kemesraan dan tahap profesional masing-masing dan mulakan program dengan baik.

Apa jua yang disimpulkan haruslah menjadi sekurang-kurangnya titik permulaan semula untuk memperbaiki apa yang kurang dan bangun dari kelemahan.

Namun sayang impian itu tidak menjadi kenyataan !

#Nothing2Hide


MMI

7 comments:

  1. Agenda DAP adalah apa jenis isu semua kerana UMNO, ini dipakai oleh PKR dan PAS juga walhal memang niat DAP hendak jatuhkan UMNO yang selama ini kuat sokongan orang Melayu, itu saja. Kerajaan BN sebelum DAP yang ambil rasuah semua dituduh UMNO walhal parti yang jadi ketua bukan UMNO? UMNO, PKR dan PAS berkompromi untuk Islam.

    ReplyDelete
  2. sebagai rakyat biasa, saya memang bimbang dengan perkembangan ini. terlalu ramai di kalangan kami yang pakar dalam hal rumit - transaksi korporat, harta tanah, keselamatan, semuanya perkara. komen negatif diluah sesedap mulut, sedangkan kredibiliti mereka yang memberi komen boleh diragukan, apatah lagi keupayaan.

    saya tidak putus harap akan ada penyelesaian kepada kemelut yang dihadapi PM. terlalu menyesakkan! seolahnya PM terus ke bawah, walaupun beliau sangat berusaha untuk memperbaiki keadaan. moga Allah swt memelihara dan melimpah rahmat Nya ke atas negara ini.


    ReplyDelete
  3. Asyik lagi mengasyikkan apabila diceritakan yang suka menyindir sinis ialah Tun Dr Mahathir. Bukankah, sang perawan Bugis itu juga lebih dahsyat ungkitan dan perlinya kepada mantan PM 22 tahun itu. Di hadapan 40 ribu rakyat Sabah yang hadir berbayar dengan angkuh PM Najib memerli takkan suara seorang individu boleh menjejaskan kedudukan beliau. Nampaknya kebongkakan Najib yang sentiasa melindung bangsa bukan Melayu telah pun dijawab Allah yang Maha Agung. Aki Nabalu pun sudah bergegar dengan kuatnya. Harus diingat tidak perlulah seorang PM yang berkuasa terlalu hendak menunjuk kuasa dan lagaknya. Tidak ada kebaikan pun. Kalau PM kepala putih ini punya jiwa raga Islam yang sentiasa tawaduk kepada kekuasaan Allah. Pasti dia berusaha menghadirkan diri ke Majlis yang dicanang sebagai medan beliau berterus terang dengan tulus mulus. Makin lama makin terserlah beliau sebagai seorang pemimpin lemah yang tidak telus dalam mentadbir hingga ditegur oleh orang Muda Johor. Sungguh memalukan. PM Najib perlu segera berubah dengan menukar para pegawai sekeliling beliau yang tidak jujur lagi amanah. Beramanahlah dalam menjalankan tanggungjawab agar sentiasa mendapat perlindungan Allah bukan sekadar buat diri PM sendiri bahkan buat semua rakyat dan Negara tercinta ini.
    Syabas buat parti Umno, parti terunggul di Malaysia, sifat demokrasi terus menyubur dan ahli2 Umno adalah yang terhebat dalam memperjuangkan kebenaran dan keadilan seperti mana dituntut dalam agama Islam. Parti yang terus menerobos alam kemajuan, jauh meninggalkan saingannya yang masih dibelenggu kekolotan, kronisme, palsu, zalim dan penuh dengan tipu daya bertuhankan hawa nafsu.

    Hidup Umno., MOga terus mendapat kejayaan dalam PRU 14 nanti.

    Cik Det Singgh

    ReplyDelete
  4. Ada anom tulis, saya tokok tambah lagi bagi sodap..

    Mahathir Mamak, nama asal Iskandar Killai A/L Iskandar Ali Kutty, pon bukan nama asal, beranak di Koraila, India, sudah Nyanyok, Meroyan sebab IPP milik kroni dia semua dipaksa jual kepada 1MDB. Dulu dia yang rancang black-out seluruh negara untuk tubuhkan IPP. IPP menjual tenaga dengan harga yang tinggi kepada TNB. Tan Sri Ani Arope tidak bersetuju lalu letak jawatan. Kawan saya mendapat bonus 18 bulan semasa kerja dengan IPP. Bayangkan berapa keuntungan yang IPP dapat dengan mencekik darah rakyat. Bayangkan berapa Banyak KOMISEN untuk Madey, ANAK CUCU and the GANG berkoyan-koyan. 

    Lepas tu dia minta pulak RM2 billion untuk bailout Proton kunun2nya untuk R&D. DS Najib tak bersetuju. Sebagai Pengerusi Proton kalau Madey genius sangat pulihkanlah Proton. Dulu Proton maju sebab cukai import kereta tinggi. Macam tu lah cara dia nak tunjuk hebat. Nak tunjuk hebat tapi pelekeh rakyat. Lain dulu lain sekarang Madey, you are nothing but a loser hence, you also have to compete in order to win. Kenapa Perodua berjaya tapi tidak Proton. Maknanya Madey, kau otak lembap bukanlah pandai sangat.

    Tun Dollah letak jawatan, syarat menantu dia Khairy dapat status Menteri. DS Najib setuju selepas PRU13 dan Khairy kena tunjuk kewibawaan dan ketokohan utk jawatan. Kau Madey marah sangat dgn Khairy sbb anak Botak @ Pondan@Gay kau kalah dlm pemilihan UMNO. Madey, kau paksa DS Najib supaya Khairy tak diberi liputan dan peranan dlm apa2 pun jua rancangan kerajaan supaya politikal milage Khairy merosot. DS Najib bukan jenis main belakang macam kaulah Madey LANUN, cuma Khairy memang species Bodoh lagi tak sedar diri.

    Lagi syarat kau letak kat DS Najib supaya membantu anak kau siHaramjaddah Mirzan yg terbukti Bonggok, Lembap, suka Berjudi, kalah besar bila berjudi, berapa kali Kerajaan nak kena BAILOUT anak celaka kau Madey? Last kau paksa Mokhzani jual saham dlm SapuraKencana utk tanggung bayar hutang anak bodoh Mirzan. Kenapa tak suruh Mokhzani jual sekali saham kau dalam MAXIS?

    Apa citer kilang kondom beri pada Marina di SADHU, daerah Outram dlm perjalanan ke Hatyai? Hee hee banyak2 kilang KILANG KONDOM yg kau kasi makan kedarah anak bini cucu kau. Apa citer Bank kau dekat Guam yg lagi satu anak kau kat Jepun Mirinda jaga?

    PRU 14. Masa tu kerajaan sudah kaya kerana GST. Peniaga tidak boleh lari dari cukai lagi. Begitu juga Madey pun susah nak dapat komisyen (black money) lagi kerana ianya akan dapat dikesan dengan sistem GST yang lebih efficient. Wang-wang haram tidak boleh mengalir keluar dari negara lagi. Malaysia menjadi negara maju. Gaji kakitangan kerajaan dinaikkan 25%. Cukai korporat diturunkan untuk bersaing dengan negara lain bagi mendapatkan FDI (Foreign Direct Investment). Banyak peluang pekerjaan diwujudkan. Cukai pendapatan turun untuk bantu golongan pertengahan. BRIM naik dua kali ganda.

    Madey akan hapuskan BRIM. Dia tak kan bagi duit kat orang susah. Sudah tentu BN akan kalah kerana sebahagian besar penyokong kerajaan adalah penerima BRIM. Selain dari BRIM kerajaan juga ada banyak sediakan modal untuk orang yang mahu berniaga melalui TEKUN dsbg. Jadi soal lebih baik bagi joran dari bagi ikan tidak timbul. In fact Kerajaan bagi kedua-dua sekali. Sapa yang mahu berniaga boleh berniaga. Sapa yang mau makan gaji boleh makan gaji.

    Kesimpulannya BN akan menang pada PRU 14. Jangan termakan hasutan Mamak Celaka yang ingin merosakkan negara. Madey, kau nak bertanding ker dlm pemilihan UMNO atau kau Nak Anak Botak Mukhriz Gay Pondan jadi PM? Haram Orang UMNO mengundi utk Anak Botak kau yg tak ada pendirian..gagal mentadbir Kedah, gagal patuh pd Presiden, Perdana Menteri... Kalau Amerika paksa kau, kalau Mukhriz jadi Perdana Menteri waktu tu, apakah Mukhriz akan JUAL MALAYSIA, kerana nak selamatkan kau Madey Celaka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulisan dari agen2 DAP & RBA... berhati2lah kita...

      Delete
  5. Apa untungnya mencaci dan menghina tun m? Umno yg aksn trima akibatnya nnt..

    ReplyDelete
  6. Saya juga amat hairan kenapa PM sanggup untuk tidak hadir...
    Dan ramai yang hairan, bagaimana PM boleh "terlalu" mendengar nasihat IGP atau PDRM... atau PM suruh PDRM menasihati PM supaya tidak hadir?

    ReplyDelete

Labels