Followers

Friday 29 April 2016

PKR Terkinja-Kinja Penangan DAP Di #PRNSarawak


Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini membuat keputusan untuk "move on" dalam mendepani isu perbalahan sesama sendiri di 6 kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-11.Satu keputusan yang cukup menggelikan hati kerana apa yang boleh MMI simpulkan adalah ianya dilakukan sekadar untuk kepentingan politik semata-mata.

Bukan soal rakyat sebenarnya kerana apa yang berlaku amat menjijikkan sekali.Kali ini ia sudah sampai ke tahap berbalas serangan dan sudah semestinya PKR adalah pihak yang bakal menerima musibahnya.

Kalau kita amati sebelum-sebelum ini , PKR dan DAP tidak akan dapat hidup sekiranya mereka tidak di bantu dengan sokongan dan jentera daripada PAS.Kini setelah PAS di lihat tidak lagi seagresif sebelum ini untuk menyokong membuta-tuli , jentera Pakatan Harapan dilihat sedikit terjejas , DAP pula dilihat jauh menyaingi PKR apabila kehadiran parti PAN yang kita tahu klon DAP akan tetap bersama-sama dengan parti tersebut.

Maka mudahnya PKR dalam keadaan yang cukup getir dan kerana itulah apa yang di ungkapkan oleh Pengarah Pilihan Raya KEADILAN, Nurul Izzah Anwar untuk "move on" dilihat sebagai jalan pintas supaya keadaan tidak menjadi lebih meruncing bagi parti tersebut menghadapi PRN Sarawak.


Nurul Izzah dalam sidang media di Ibu Pejabat Keadilan semalam berkata ,

“Kita fokus kepada pilihan raya. Biar calon terbaik menang. Apa yang penting tumpuan kita adalah kepada kempen yang sedang berlangsung.

“Kita juga akan adakan mesyuarat dan rungkai isu-isu ini selepas 7 Mei. Jadi kalau itulah soalan yang akan ditanya, saya akan menjawab cara yang sama kecuali ada soalan-soalan lain".

Begitu mudah bagi Pengarah Pilihan Raya Keadilan ini menjawabkan ?

Dalam suasana dan kemelut yang menggugat kehadiran pembangkang di bumi Sarawak , persoalan jelas langsung tidak terjawab ! 

Apakah maksud "move on" tu ? Kalau diperhatikan kenyataan tersebut ianya jelas memberikan maksud bahawa PKR dan DAP akan terus bersaing sesama sendiri malah ada ungkapan-ungkapan angkuh disitu seolah-olah rasa tidak puas hati terhadap DAP apabila Nurul Izzah menyebut BIAR CALON TERBAIK MENANG !

Well antara calon DAP dan PKR siapa yang akan muncul pemenangnya ?

Mungkin mereka akan terus bercakaran selepas 7 Mei 2016 nanti hahahaha .....

Malah Nurul tidak menjawab sewaktu diajukan soalan tentang pertembungan kerusi antara calon-calon dari parti DAP dan PKR sebaliknya enggan mengesahkan sama ada kenyataan “move on” itu bermakna PKR dan DAP sama-sama tidak akan menarik diri dari bertanding di mana-mana kerusi dalam PRN Sarawak.

“Kita dah keluarkan kenyataan berhubung perkara ini semalam. Saya tak kata yang kita tak akan tarik diri, saya cuma kata kita “move on” seperti yang dikatakan oleh Tony Pua (Ketua Publisisti DAP) sebelum ini, kita “move on”,” tegas beliau lagi.

Apa pun keputusan yang dibuat , PKR jelas sedang bergelut dengan insiden paling memalukan dalam sejarah pembangkang sejak wujudnya parti itu.

Menurut satu sumber , diberitakan bahawa Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim merancang mengundang pemimpin supremo DAP, Lim Kit Siang ke majlis makan malam menjelang pilihan raya Sarawak 7 Mei ini. Dalam acara yang digambarkan mewah itu, beliau berhasrat menyatakan kepada DAP agar tidak lagi perlu bersama dalam gabungan dengan PKR.

 “Dalam majlis makan malam itu saya akan cadangkan ini: Lupakan kerjasama pilihan raya bersama-sama. 

 “Ia tidak berkesan dalam pilihan raya umum ke-13 dan tidak berjaya dalam pilihan raya Sarawak. "

Harapan terbaik untuk pakatan pembangkang yang boleh dipercayai adalah antara DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH),” katanya.

Lihatlah bagaimana tertekannya PKR di Sarawak kali ini , DAP sejak dari mula lagi sudah pun menunjukkan keangkuhannya dan tidak sesekali mahu menarik balik keputusan mereka.

Dan dalam konteks ini siapa sebenarnya yang menguasai Pakatan Harapan kalau bukan DAP !!!


Rakyat Sarawak jangan buat silap , rasanya korang dah kenal kot siapa Guan Eng ni ? Tinjau-tinjaulah apa yang berlaku di Pulau Pinang ya ....

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels