Followers

Wednesday 11 May 2016

Azmin Bikin DAP Berang ! Badi PRN Sarawak Terus Hantui Pakatan Haprak


Nampaknya kecelaruan sehingga wujudnya nafsu songsang dalam Pakatan Haprak telah menjadi badi kepada kem pembangkang.Jika sebelum ini mereka bercakaran sesama sendiri hingga menyebabkan Pakatan Haprak menerima aib yang paling memalukan di PRN Sarawak ianya telah berkembang menjadi badi yang melekat kukuh pada parti-parti yang mengaku bersahabat dalam pakatan tersebut.

Barangkali mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku di Sarawak baru-baru ini , parti-parti dalam pembangkang kini sudah mula menjual modal baru yang dikitar semula iaitu mahu berdiri pula dalam satu pasukan dengan 1 logo.

Logo yang dimaksudkan itu adalah logo untuk Pakatan Haprak mencabar Barisan Nasional dalam mana-mana pilihan raya.

Diberitakan DAP akan membawa agenda tersebut dalam mesyuarat Pakatan Haprak nanti dan ianya kini sudah mula dipersetujui oleh konco-konco tegar yang sentiasa tunduk kepada percaturan dinasti Lim.

Antaranya adalah PSM apabila mereka berpendapat penggunaan satu logo perlu bagi mengelakkan pertembungan antara parti sekutu, seperti yang disaksikan dalam pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini.

Parti melukut di tepi gantang AMANAH melalui Setiausaha Agungnya , Mohd Anuar Tahir turut dilihat bersetuju dengan pandangan itu dan mahu Pakatan Harapan menggunakan satu logo sebelum PRU14.

Wah nampaknya makin berkobar-kobar puak-puak pembangkang ni walaupun kalah teruk di Sarawak mereka dilihat sudah mula menyusun gerakan untuk memperlihatkan kepada seluruh rakyat Malaysia mereka sebenarnya tidaklah berpecah atau bercakaran cuma ego sikit jer hahahahaha.

Yakin ker benda ni boleh berlaku ? Maksud MMI semua parti-parti tu boleh duduk dalam satu bumbung ? DAP sanggup ker ?

PAS rasanya tidak di jemput atau mungkin dianggap sebagai bonus sahaja kalau PAS masih mahu mengekalkan status pencacai DAP.

Amanah tak payah cakaplah dah akur pun siap menjilat lagi manakala PSM tu cari makan bro , yang MMI nak tengok ni PKR ! PKR setuju ker bro ?

Untuk makluman PKR dah pun bersuara melalui Timbalan Presidennya , Azmin Ali seperti mana yang disiarkan oleh MalaysiaKini.

Azmin kata PKR tidak menganggap penggunaan logo tunggal bagi Pakatan Harapan (HARAPAN) bertanding dalam pilihan raya sebagai keutamaan kerana yang lebih penting adalah dasar kerjasama yang kukuh sesama anggota gabungan pembangkang itu.

Ops betul ker tu ?

Sama ada betul atau tidak , MMI punya pandangan tersendiri !

Jika kita review apa yang telah berlaku di bumi Sarawak , rasanya Azmin dengan jelas tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.Dan sebagai sahabat karib dalam Pakatan Haprak , kenapa Azmin tidak mahu bersetuju dengan cadangan DAP ?

Ada yang kata sebab sebelum ini Pakatan Rakyat pernah berusaha ke arah itu melalui ROS tetapi masih tiada jawapan.

Sebab tu jer ker ?

Hahahha agak-agaklah , buka luas sikit pandangan tu dan amati betul-batul !

Azmin Ali sudah ada masalah dengan DAP beb !

Insiden di Sarawak telah menyebabkan DAP sendiri pun sudah kata belakang , Azmin penyebab utama kepada apa yang telah berlaku kepada Pakatan Haprak sehingga mendapat aib.

Guan Eng tahu benda ni dan malaun ni takkan biarkan !

So rumusannya pertikaian yang sudah sampai ke tahap dendam itu bakal mengakibatkan Pakatan Haprak terus berantakan selepas ini.

Silap-silap haribulan PKR pun tidak lagi bersama Pakatan Haprak maklumlah DAP bila dah tak suka maki pun dia maki ye tak ?

Atau mungkin juga Azmin Ali pula yang dilondehkan dari PKR !

Tak mustahil beb , sebab Azmin timbalan jer dia bukan presiden !

Baca artikel berkaitan di SINI 

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels