Followers

Monday, 29 August 2016

Gerakan Jatuhkan Najib Bukan Gerakan Biasa !


Nampaknya usaha Tun Mahathir untuk menjatuhkan kepimpinan Datuk Seri Najib masih lagi belum tercapai.Pelbagai usaha telah dilakukan dan ianya tidak akan terhenti malah akan terus direncanakan dengan apa jua cara sekalipun.

Oleh yang demikian menjadi satu kemestiaan bukan sahaja kepada parti UMNO dan kerajaan Barisan Nasional tetapi juga rakyat keseluruhannya supaya sedar dan memahami tentang apa yang sedang berlaku sebenarnya.

Memandangkan pada zaman maklumat lebih berbahaya dari peluru , kita perlu pastikan rakyat tidak dipergunakan dengan sewenang-wenangnya demi untuk kepentingan politik pihak-pihak tertentu.

Semua pihak sedia maklum bahawa Tun Mahathir kini sedang menggerakkan gerakan menjatuhkan Perdana Menteri Malaysia dengan sokongan daripada parti-parti yang terlibat dalam Pakatan Haprak.Bahkan sudah terbukti bahawa gerakan ini akan menggunakan semua elemen yang ada termasuklah pihak-pihak luar agar ianya dilihat sebagai satu gerakan secara menyeluruh bagi menggambarkan Malaysia berada dalam keadaan yang cukup getir.

Hakikatnya apakah rasional tindakan demi tindakan ini dilakukan ?

Jika berdasarkan emosi semata-mata maka sudah tentulah dengan segala macam maklumat yang disebarkan selama ini akan mengheret seluruh kita untuk sama-sama menjatuhkan Datuk Seri Najib namun kita masih lagi waras untuk menggunakan akal fikiran dalam membuat satu-satu keputusan.

Untuk itu berdasarkan kepada kronologi kejadian demi kejadian di bawah , sewajarnya ia menjadi salah satu daripada perkara asas untuk sebarang keputusan dibuat supaya kita tidak menjadi sebahagian daripada mereka-mereka yang bertindak melulu tanpa usul periksa.

Kronologi ,

21 Oktober 2013 - Anak Mahathir,Mukhriz Kalah dalam pemilihan UMNO kepada sepupu Datuk Seri Najib. 

29 Oktober 2013 - Mahahir menuduh puak Datuk Seri Najib membeli undi dalam pemilihan UMNO Oktober 2013. 

30 Oktober 2013 - Tuduhan Mahathir mengenai politik wang dalam Umno tidak betul,kata ahli Majlis Tertinggi. 

2 Disember 2013 – Dr Mahathir berundur dari jawatan Petronas kerana masalah kesihatan.

4 Disember 2013 – Mokzaini Mahathir letak jawatan Eksekutif Pengarah Sapura Kencana dan menjadi Pengarah Bukan Eksekutif. 

9 Jan 2014 – MTEM kesal dengan dakwaan “layanan buruk” oleh Petronas terhadap bekas penasihatnya Tun Dr Mahathir Mohamad. 

19 Feb 2014 – Mokzaini menjual 190,300,000 saham Sapura Kencana berjumlah RM818.3 juta untuk mengurangkan pegangan ketara.

21 Mei 2014 - Mahathir dilantik sebagai pengerusi Proton. 

21 Julai 2014 – Proton meminta RM1.7 bilion untuk pembiayaan (tidak diberi). 

18 Ogos 2014 – Mahathir menarik balik sokongan kepada kerajaan bawah pimpinan Datuk Seri Najib. 

12 Dis 2014 - Khairuddin Abu Hassan membuat laporan polis terhadap 1MDB. 

4 Mac 2015 - Mokhzani meletakkan jawatan sepenuhnya daripada Sapura Kencana Petroleum. 

13 Mac 2015 – Mahathir melancarkan serangan besar-besaran terhadap 1MDB,Datuk Seri Najib dan keluarga. 

4 Apr 2015 – Mahathir mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Letak Jawatan. 

26 Jun 2015 – Datuk Seri Najib menamgguhkan pemilihan Umno selama 18 bulan. 

2 Jul 2015 – WSJ mendedahkan RM2.6b dalam akaun Datuk Seri Najib. 

3 Jul 2015 – Pasukan Petugas Khas ditubuhkan.AG Gani mengesahkan serbuan di MPP,Mentari dan Ihsan Perdana pada hari yang sama. 

7 Jul 2015 – RPK mendedahkan 3 Tan Sri mengatur konspirasi rampasan kuasa. 

25 Jul 2015 – Mahathir mengucapkan “Selamat Bersara” kepada Datuk Seri Najib. 

Jul 28, 2015 – Muhyiddin,Shafie,Ghani dan Ketua SB diganti.

30 Julai 2015 - Sarawak Report mengeluarkan kertas pertuduhan terhadap Datuk Seri Najib,yang dinafikan oleh SPRM kerana siasatan masih belum selesai. 

Ogos 19 - 20 Sept – Khairuddin Abu Hassan dan Matthias Chang pergi di seluruh dunia untuk membuat laporan dan menyerahkan dokumen kepada agensi-agensi asing 

20 September 2015 – Khairuddin dan Matthias Chang ditangkap.

6 Feb 2016 – Mukhriz Mahathir terpaksa meletak jawatan sebagai Menteri Besar Kedah 

Feb 29, 2016 – Mahathir sekali lagi keluar dari UMNO. 

4 Mac 2016 – Mahathir tandatangan deklarasi bersama pembangkang untuk menggulingkan Datuk Seri Najib dan “Selamatkan Malaysia” 

Apr 9,2016 – Mahathir menyeru kerajaan asing untuk campur tangan dalam hal ehwal dalaman Malaysia.

Jul 20,2016 – DOJ Amerika Syarikat fail saman sivil berkaitan 1MDB terhadap empat individu berdasarkan maklumat yang diterima daripada pihak-pihak yang tidak dinamakan di Malaysia.

Jul 26,2016 - Naib Ketua Pemuda UMNO membuat laporan polis terhadap 3 Tan Sri terlibat didalam konspirasi.

21 Ogos 2016- Mahathir mengesahkan konspirasi 3 Tan Sri. 

23 Ogos 2016 – Sarawak Report mengesahkan konspirasi 3 Tan Sri. 

24 Ogos 2016- Mahathir berkata terdapat 4 Tan Sri.

Berdasarkan kronologi diatas , jelas ia adalah gerakan terancang yang bukan sahaja melibatkan segelintir daripada mereka yang mengaku warga Malaysia tetapi juga huluran tangan-tangan ghaib dan ianya bukan sekadar gerakan biasa-biasa ! kredit sumber

MMI kata banyak kejadian yang berlaku di negara luar boleh dijadikan sebagai pedoman ... Paling dekat lihat sahaja bumi Turki !

MMI

PENAKLUK POLITIK , Apa Lagi Selepas Ini Tun M ?


Apabila seseorang itu merasakan diri sudah terlalu hebat maka disaat itulah dugaan demi dugaan akan tiba untuk melihat sama ada kita masih ikhlas atau sudah terpesong jauh.

Apabila seseorang itu menerima dugaan demi dugaan maka nescaya akan tiba masanya usaha mendepani dugaan itu akan memberikan petunjuk betapa siapa sebenarnya yang benar.

Dalam konteks hubungan politik antara Tun Mahathir dan DS Najib , siapa agaknya yang berada di pihak yang benar ?

Satu persoalan yang bisa membakar jiwa memandangkan kedua-duanya punya pengikut yang tersendiri.

Bagi MMI dalam keadaan suasana dunia keseluruhannya , kita haruslah berpijak di bumi nyata dan menjadi nadi kepada jatuh bangunnya negara yang kita cintai.Kita wajib menjadi rakyat yang bijak menyusun langkah agar langkahan itu tidak boleh menjadi penyebab kepada hilangnya maruah bangsa dan agama tetapi juga boleh mengundang natijah kepada seluruh negara.

Dan kerana itulah MMI masih di sini berusaha seupaya mungkin untuk menjadi penyampai mahupun orang tengah mendepani tindakan-tindakan mereka yang begitu obses dan rakus untuk menjadi penakluk politik.

Sikap penakluk ini jika tidak ditangani dengan baik akan membawa kepada kemudaratan yang amat dasyat sekali.

Sejarah Malaysia dijajah oleh kuasa asing sewajarnya menjadi peringatan kepada tiap dari kita agar sejarah sedemikian rupa tidak berulang.

Sedarkah kita betapa penjajah inggeris , Jepun dan lain-lainnya sewaktu menjajah bumi Malaysia ini sudah pun merampas hak kita ?

Kehadiran mereka bukan atas alasan untuk memajukan bumi bertuah ini tetapi mengaut segala keuntungan untuk kepentingan mereka sendiri.Kehadiran mereka bukan untuk mengangkat bangsa kita tetapi mengerah bangsa Melayu menjadi hamba !

Kini setelah puluhan tahun Malaysia Merdeka , mereka masih lagi dengan sikap ortodoksnya.

Meracau , mengeluh dan melahirkan kebimbangan terhadap IMIGRAN di negara mereka yang dikatakan terlalu ramai sehingga menggangu-gugat beberapa perkara.

Soalnya kenapa bising ? Bukankah dulunya kehadiran kamu di bumi kami jauh lebih dasyat dari itu ? Kami kamu jadikan hamba abdi sehingga ada yang menghembuskan nyawa akibat kesengsaraan hasil daripada tangan kamu ?

Mungkin tak ramai yang sedar akan perihal ini tetapi inilah realitinya.

Barangkali sebahagian dari kita masih lagi bermimpi , suasana dan sejarah yang MMI sebutkan diatas sana kini sedang dikembalikan !

Lebih dasyat lagi yang sedang mengembalikan sejarah itu adalah segelintir mereka yang mengaku warga Malaysia !

Tun Mahathir dan gerakannya bersama-sama pembangkang yang mahu menumbangkan Perdana Menteri Malaysia yang dipilih secara sah melalui pilihan raya umum kini sudah mula melebarkan dasarnya.Jika sebelum ini hanya mahu menumbangkang DS Najib kini Tun Mahathir sudah mula mewar-warkan UMNO pula perlu ditumbangkan.

Dan untuk merealisasikan hasrat itu mereka tidak segan silu untuk berkobalirasi dengan pihak-pihak luar asalkan matlamat tercapai.

Lihat sahaja dalam isu konspirasi menjatuhkan PM melibatkan 3 pegawai tertinggi kerajaan yang diakui oleh Tun Mahathir sendiri ( Baca SINI ) . Semuanya ada disitu termasuklah gerakan-gerakan sebelum ini melibatkan Sarawak Report dan yang seangkatan dengannya.

MMI yakin dan pasti apa yang bakal berlaku selepas ini adalah dasar Parti Cap Bunga akan sekali lagi berubah.

Mereka bukan sahaja mahu menumbangkan DS Najib dan menumbangkan UMNO tetapi juga mahu menumbangkan kerajaan Barisan Nasional.

Jika itu berlaku dalam keadaan gerakan Tun Mahathir bersama parti cap bunga yang begitu akrab secara tiba-tiba dengan parti-parti dalam Pakatan Haprak nescaya negara akan berdepan dengan situasi baru.

Situasi dimana kita perlu berdepan dengan gerakan membawa masuk sang PENAKLUK !

Kemasukan itu pastinya akan menyebabkan bunga raya layu seterusnya mengembalikan nostalgia zaman penjajah !

The New Age !!!!

Pilihan ditangan anda !

MMI

Friday, 26 August 2016

Mahathir Ibarat Hantu Raya Makan Tuan !


Walaupun pelbagai usaha dan gerakan demi gerakan  yang dibuat oleh Tun Mahathir , rasanya yang memisahkan beliau dengan tembok batu hanyalah disebabkan kerajaan Malaysia hari ini yang masih lagi berpegang kepada prinsip menghormati beliau atas jasa dan sumbangannya terhadap negara sebelum ini.

Jika seluruh saf pimpinan negara memilih untuk menolak jauh-jauh rasa keramat menghormati mereka yang bergelar tokoh maka sudah tentulah Tun Mahathir sudah lama berdepan dengan tindakan undang-undang dan mungkin sudah pun menghuni rumah baru berpintu satu.

Tetapi pemimpin kita punya prinsip yang kukuh dan selagi mana kita merasakan bahawa komplikasi kesan tindakan Tun Mahathir itu masih minima maka kita seboleh-bolehnya tidak mahu bertindak.

Itulah jiwa dan roh yang terpahat dalam keperibadian pemimpin negara kita , tenang dalam mendepani situasi politik dan bijak mengawal emosi dan semua ini kerana kita adalah serumpun.

Walaupun begitu , Tun Mahathir perlu beringat betapa kesabaran itu ada hadnya.Jangan diuji kesabaran yang masih lagi berpegang kuat kepada rasa hormat itu kerana kesannya cukup besar.

Hari ini seluruh negara dapat melihat sendiri bagaimana kerana terlalu emosi dan gagal mengawal rasa hati , Tun Mahathir sudah melakukan satu lagi kesilapan besar apabila menyentuh tentang bangsa Johor.

Pada hemat MMI , sewajarnya Tun Mahathir perlu sedar bahawa bangsa Johor tidak pernah memberikan sebarang masalah kepada keutuhan negara semenjak Merdeka.Malahan istilah bangsa Johor ini sudah pun wujud sejak zaman sebelum merdeka.

Dalam konteks parti UMNO itu sendiri , bangsa Johor (Melayunya) adalah sebahagian daripada kumpulan orang Melayu terbesar yang menjadi aset paling bernilai kepada parti.

Dan bila kita berbicara tentang bangsa melayu , maka bangsa Johor tidak pernah menidakkan Ketuanan Melayu bahkan menjadi benteng paling ampuh dalam mendepani sebarang isu melibatkan hak-hak orang Melayu dan agama Islam itu sendiri.

Soalnya apa yang Tun Mahathir cuba lakukan ?

Apakah Tun Mahathir sudah hilang percaya terhadap orang Melayu Johor yang selama ini menunjukkan taat setia mereka terhadap agama dan negara ?

Barangkali Tun Mahathir terlupa agaknya , yang bangkit berjuang dan mempertahankan maruah Melayu dan Islam di Malaysia selama ini adalah semua orang Melayu bukan sekumpulan Melayu yang terlalu taksub dengan kenegerian.

Tidak salah untuk Johor menggunakan istilah bangsa Johor kerana apa yang mereka lakukan itu bersebab.

Ringkasnya bangsa Johor adalah rangkuman masyarakat yang hidup serumpun tanpa mengira bangsa dan agama.Masing-masing saling menghormati sesama sendiri dengan berpegang kepada asas perlembagaan negara seperti mana semua bangsa lain yang menghuni bumi bertuah Malaysia ini.

Malahan kebimbangan Tun Mahathir kononnya istilah bangsa Johor itu boleh mengakibatkan berpisahnya bumi Johor dengan Malaysia hanyalah satu tuduhan melulu tanpa mengambil kira taat setia seluruh warga Johor.

Tun Mahathir perlu sedar dan belajar untuk menerima hakikat bahawa bangsa Johor tidak pernah lupa bahawa bumi bertuah Malaysia ini hadir dalam keadaan nenek moyang mereka turut sama bangkit berjuang untuk meMerdekakan Tanah Melayu.

Terimalah hakikat Tun , betapa tindakan Tun itulah yang sebenarnya membawa malapetaka bukan sahaja kepada orang Melayu tetapi juga seluruh warganya.

Tahukah Tun , tindakan Tun ini ditambah dengan gerakan bersama-sama dengan pembangkang jauh lebih membahayakan sehingga ianya mampu menggadaikan seluruh negara yang selama ini kita warisi daripada mereka-mereka yang terdahulu dari kita.

Benarlah kata-kata seorang bekas pemimpin UMNO dan negara Malaysia bahawa "MELAYU MUDAH LUPA" dan hari ini Tun sebenarnya terlupa bahawa orang Melayu punya ADAT & BUDAYA yang tersendiri.

Mereka tidak akan sesekali bangkit semata-mata untuk merosakkan sesuatu apatah lagi jika ianya berkisar kepada bangsa Melayu itu sendiri.

BANGSA JOHOR tidak SALAH , yang SALAH apabila kita mengikut emosi dan hati dengan membuat tuduhan sembrono tanpa mengambil kira soal TAAT & SETIA seperti mana yang dilakukan oleh Tun Mahathir.

Sikap yang ditunjukkan oleh Tun Mahathir ini jelas adalah usaha menghasut untuk melaga-lagakan perpaduan yang selama ini berdiri teguh atas nama rakyat Malaysia.

MMI akui ada segelintir daripada mereka di luar sana yang sudah terlalu jauh dari asas sebagai rakyat Malaysia , menyerang dan membuat pelbagai tohmahan semata-mata untuk memenuhi nafsu serakah politik mereka namun yakinlah daripada segelintir itu masih ada dikalangan mereka yang terus menyatakan setianya terhadap negara.

Orang tua-tua pernah bercerita , jangan bela hantu raya kerana satu hari nanti ianya akan makan tuan !!!

Mengambil kira pandangan itu maka MMI syorkan kepada Tun Mahathir kembali kepada fitrah sebagai manusia kita tidak maksum dan kerana itu kita perlu lebih banyak bermuhasabah diri.

"Jangan jadi hantu raya Tun !"

MMI

Thursday, 25 August 2016

Benarkah Pengundi Luar Bandar Memilih BERSATU ?


Bagi mereka yang mengikuti perkembangan politik semasa tanahair sudah tentulah faham betapa landskap politik negara sebenarnya berbeza-beza mengikut satu-satu kawasan.Perbezaan ini sebenarnya merujuk kepada penerimaan , tafsiran dan bagaimana masyarakat di satu-satu kawasan itu melihat dan menterjemahkan politik dalam kehidupan seharian.

Berlaku perbezaan yang cukup ketara diantara penduduk yang tinggal di bandar dan di luar bandar malahan rata-rata mereka yang tinggal di luar bandar lebih terarah memberikan kepercayaan serta sokongan terhadap parti UMNO dan hakikat ini turut diperakui oleh Tun Mahathir sendiri.

Tun M yang kini bersama-sama dengan gerakan untuk menjatuhkan Perdana Menteri Malaysia dilihat menjadikan sentimen perkauman yang kononnya diamalkan oleh UMNO sebagai modal terbaru dalam gerak sarafnya.

Dengan melabelkan UMNO sebagai parti perkauman , Tun M secara tidak langsung sebenarnya sudah pun mengakui bahawa penduduk di luar bandar menolak parti-parti lain.

“Orang bandar yang canggih dan berpendidikan tinggi percaya politik perkauman tidak sesuai untuk masa ini. Tetapi di kawasan lain ia adalah berbeza.

“Bagi penduduk luar bandar yang kebanyakannya miskin, bangsa bukan sahaja penting tetapi mereka percaya ia adalah perlu untuk kesejahteraan mereka. Umno popular kerana ia adalah parti perkauman,” kata beliau dalam tulisannya.

Apakah kenyataan ini benar atau ianya diubah sedikit agar sesuai dengan corak dan gerak kerja Tun M bersama-sama dengan kumpulan terbarunya ?

Hakikatnya kita perlu memahami corak dan budaya masyarakat di satu-satu kawasan dan apa jua bentuk sokongan dan penolakan terhadap mana-mana parti sekalipun ia bukanlah disebabkan oleh populariti mahupun dasar-dasar seperti mana yang disebut oleh Tun M sebagai perkauman.

Jika berbicara soal populariti rasanya populariti Tun M juga bukanlah calang-calang dan sudah tentulah kehadiran BERSATU yang dipengerusikan oleh bekas PM ini akan meranapkan sama sekali parti UMNO tetapi ianya tidak berlaku.

Begitu juga dengan dasar perkauman , kehadiran UMNO bersama-sama dengan Barisan Nasional dan berpegang kepada keyakinan serta kepercayaan perpaduan sesama kaum itu WAJAR dipelihara dengan meletakkan Perlembagaan Negara sebagai asas utama ,  rasanya tuduhan Tun M itu terlalu jauh meleset.

Realitinya UMNO dan kerajaan Barisan Nasional selama ini dan sehingga kini sentiasa mendekati rakyat di mana-mana peringkat sekalipun.Gerak kerja yang menjadi amalan turun temurun ini telah di praktikkan sejak zaman Merdeka sehinggalah hari ini.

Pelbagai bentuk bantuan dan program-program subsidi selain daripada dasar-dasar melibatkan agensi di bawah kerajaan persekutuan telah diperkenalkan dan sentiasa diperbaiki dari masa ke semasa dan ini melibatkan semua rakyat tanpa mengambil kira kedudukan mereka sama ada di bandar mahupun di luar bandar.

Walaupun ada ketikanya timbul isu-isu yang membangkitkan rasa tidak puas hati rakyat contohnya perlaksaan GST namun ianya sedikit demi sedikit berjaya diselesaikan.Sebahagian besar rakyat kini mula memahami konsep percukaian GST yang diperkenalkan oleh kerajaan.

Tidak timbul isu perkauman sebenarnya dan Tun Mahathir sewajarnya berasa malu dengan diri sendiri kerana kumpulan pembangkang yang kini menjadi sandarannya jauh lebih ekstrem perkaumannya dan ini dapat dilihat melalui tindak-tanduk pemimpin DAP sendiri.

Antara contoh - tindakan seorang pemimpin politik DAP , Jeff Ooi yang telah mengutuskan sepucuk surat kepada pihak berkuasa dan menggesa supaya tidak meluluskan permohonan pihak terbabit hanya kerana mereka dikatakan penyokong UMNO !

Tidak dilupakan juga sikap rasis dan biadap yang ditunjukkan oleh pemimpin DAP , Roonie Liu terhadap isu melibatkan atlet olimpik negara yang cuba di manipulasinya ke arah perkauman.

Semua ini adalah sebahagain kecil daripada tindakan-tindakan puak-puak cauvinis DAP dan peliknya Tun M lebih sibuk membuat tuduhan berbau politik terhadap UMNO bukannya terhadap pihak yang sebenarnya perkauman ?

Kenapa ?

Tun M tahu dan sedar dalam keadaan dan situasi sesukar ini sekalipun , UMNO akan terus mendapat sokongan majoriti rakyat di Malaysia.

Beliau tahu bahawa semua gerak kerja UMNO itu lebih terarah kepada menjaga hal berkaitan rakyat dan dasar-dasar kerajaan tanpa mendiskriminasikan mana-mana kaum menjadi nadi utama kepada kejayaan berterusan dan formula inilah yang menyebabkan rakyat terus mempercayai UMNO dan Barisan Nasional.

Apa yang sedang diusahakan oleh Tun M dan kumpulannya masih RETORIK !

Caca marba yang sedang berlaku dalam kem pembangkang jelas menjadi bukti malahan mereka tidak bekerja untuk keperluan rakyat sebaliknya BERPOLITIK untuk menjatuhkan YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dengan menjadikan slogan mengambalikan demokrasi untuk rakyat sebagai UMPAN !

Terimalah hakikat kehadiran Tun M dan BERSATU bukannya untuk RAKYAT !

MMI

Tuesday, 23 August 2016

Konspirasi Jatuhkan PM , Tun M Akui Ada Usaha Ke arah Itu !!


Mungkin ramai dari kalangan rakyat Malaysia masih lagi belum sedar betapa bahayanya situasi negara pada hari ini.Bagi MMI mungkin kerana Malaysia sejak berakhirnya gerakan bersenjata komunis sentiasa berada dalam keadaan tenang dan aman maka kita langsung tidak peka dengan keadaan dan suasana yang sedang berlaku.

Di tambah pula rata-rata masyarakat kita hari ini datangnya daripada mereka yang hadir selepas semua keadaan tersebut maka kita masih lagi menganggap situasi dan keadaan yang sedang berlaku itu adalah perkara biasa yang lebih kepada hal politik semata-mata.

MMI bukan mahu menakut-nakutkan sesiapa tetapi inilah realitinya yang sedang kita depani.

Gerakan demi gerakan sama ada sabotaj mahupun serangan secara langsung terhadap kepimpinan dan negara Malaysia begitu jelas dilakukan oleh mereka-mereka yang dilihat punya agenda tertentu sehinggakan kita turut merasakan kesannnya.

Jika semua masih ingat , usaha untuk memusnahkan Malaysia dan kepimpinan negara bukan sahaja hadir dari kalangan puak-puak pembangkang yang saban hari berusaha mencari salah kerajaan tetapi turut didalangi oleh orang luar.


Bukankah ianya cukup membahayakan ? Apabila kita berbicara tentang komplot maka sudah tentulah ianya melibatkan lebih daripada 1 individu.Dan tahukah kita komplot itu selalunya melibatkan pasukan yang mempunyai tugasan masing-masing seperti mana yang telah didedahkan dalam isu penangkapan Justo !

Kemudiannya kita dikejutkan lagi dengan satu laporan polis yang dibuat oleh Khairul Azwan Harun @ Wan Bro terhadap 3 bekas pegawai tertinggi kerajaan kerana dipercayai terlibat dalam satu konspirasi menjatuhkan Perdana Menteri Malaysia , Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Malaysia yang sah.

Ekoran daripada itu pihak polis memanggil pengadu dan mengambil keterangan yang kemudiannya menyaksikan kes tersebut telah ditutup dan tidak ada siasatan lanjut yang dilakukan.

Semua pihak akur walaupun ada beberapa persoalan yang berlegar-legar di luar sana !

Terkini , Tun Mahathir pula telah tampil seterusnya mengesahkan bahawa laporan polis yang dibuat oleh Azwan Bro itu ada asasnya!

Dalam satu sidang media bersama wartawan , Tun Mahathir telah mendakwa tiga pegawai tertinggi kerajaan yang dituduh berkomplot untuk menggulingkan Perdana Menteri Najib Abdul Razak telah "dikhianati".

Beliau berkata Najib akan menghadapi tindakan jika pengkhianatan yang dikatakan itu tidak berlaku.

"Zeti tidak bersalah , begitu juga Abu Kassim dan juga Gani Patail ... tetapi mereka telah dikhianati oleh dari kalangan mereka.

"Jika tidak Najib akan menghadapi tindakan sekarang," kata Mahathir kepada pemberita baru-baru ini.

Bagaimanapun Tun Mahathir dilihat lebih suka bermain teka teki apabila beliau enggan mengulas lanjut, atau menjelaskan sama ada apa yang beliau maksudkan sebagai pembelotan itu datangnya daripada salah seorang 3 pegawai terbabit atau pihak luar sebaliknya mengaku beliau bukan sebahagian daripada konspirasi tersebut. 

Persoalannya kini adalah siapa pihak yang telah mengkhianati 3 bekas pegawai tertinggi kerajaan tersebut ?

Dan paling menarik , kenyataan Tun Mahathir itu secara tidak langsung telah mengesahkan sama sekali bahawa dakwaan yang dibuat oleh Azwan Bro itu adalah benar memandangkan Tun M sendiri mengaku usaha ketiga-tiganya untuk menggulingkan Perdana Menteri telah digagalkan dalam satu siri pembelotan.

Paling penting , siapa yang dimaksudkan oleh Tun Mahathir sebagai PEMBELOT kepada gerakan menggulingkan Perdana Menteri ?

Ini SERIUS dan melibatkan isu keselamatan negara dan melihat kepada situasi ini , rasanya adalah amat WAJAR sekali untuk pihak polis membuka semula kertas siasatan dan menjalankan siasatan secara terperinci supaya segala dakwaan Azwan Bro dan kenyataan Tun Mahathir itu dapat dibuktikan kesahihannya.

Ramai yang mengangap ianya adalah isu politik yang cuba dimanipulasi oleh orang-orang politik seperti Tun Mahathir , bagi MMI isu politik atau apa jua sekalipun apabila ianya sudah sampai ke tahap menggugat keselamatan negara maka ianya perlu ditangani dengan SERIUS !

MMI

Monday, 22 August 2016

Benarkah Malaysia Negara RASUAH ??


Dalam artikel sebelum ini MMI dah janjikan akan kongsikan dengan semua berkenaan isu rasuah !

Isunya apabila masih ada pihak-pihak diluar sana lebih suka menuding jari kepada pihak lain kononnya kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan UMNO itu adalah sebuah kerajaan yang cukup korup dan mengamalkan rasuah.

Kehadiran Tun Mahathir sejak bersama-sama dengan kem pembangkang dan menjadi pencetus kepada gerakana haram yang mahu menjatuhkan Perdana Menteri Malaysia dilihat asyik dengan agenda memburuk-burukkan Malaysia kononnya negara kita ini adalah pengamal rasuah dan semua perkara yang melibatkan kerajaan BN sahajalah yang terarah kepada wujudnya amalan rasuah.

Dan pihak yang bersama-sama dengan gerakan haram mahu menumbangkang Perdana Menteri Malaysia itu terdiri daripada mereka-mereka yang maksum-maksum belaka ?

Sejauh mana tuduhan ini benar ?

Mengapa Tun Dr Mahathir Mohammad mengulang-ulang, bahawa negara ini merupakan negara rasuah?. Apakah semua agensi kerajaan, kakitangan kerajaan, atau pihak berkuasa, tiada seorang pun yang mengamalkan pegangan agama? sehingga semuanya bersengkokol mengamalkan rasuah? Siapa yang rasuah? siapa yang memberi rasuah? 

Dengan mendakwa negara merupakan negara rasuah ertinya semua peraturan tidak boleh berjalan tanpa melibatkan wang pelicin atau wang rasuah. Takkan seramai 20 juta rakyat negara ini tiada 10 peratus atau 5 peratus pun yang membuat laporan berkaitan rasuah ? Khususnya yang menjadi mangsa mengapa hanya kumpulan Tun Dr Mahathir dan konco-konconya sahaja yang kenal dan mengerti soal-soal rasuah ?

Apakah bantuan kerajaan berbentuk tunai kepada rakyat memerlukan melalui BR1M itu rasuah? Sedangkan pemberian itu diberikan secara terang-terangan dan diberikan pada setiap orang yang layak termasuk penyokong tegar pembangkang. Kalaulah BR1M itu rasuah untuk membeli undi , mengapa BN pada PRU-13 tidak mendapat undi popular ? Ertinya dakwaan BR1M itu satu bentuk rasuah untuk mendapatkan imbuhan telah ditolak ketepi.

Tun Dr Mahathir perlu bertanya diri sendiri, apakah sesebuah parti tidak memerlukan kewangan untuk menguruskan jentera? Adalah sesuatu yang tidak mungkin , sesebuah parti boleh berjalan tanpa kewangan. Mungkin kesilapan DS Najib Razak kerana membenarkan namanya digunakan menerima dana untuk parti. Najib mengambil risko besar kerana menggunakan nama beliau namun satu kejujuran perlu dibayar mahal. Akibat kejujuran , maka beliau menjadi sasaran serangan , namun kerana kejujuran juga segenap lapisan berdiri teguh dibelakang beliau kecuali mereka yang mahu beliau berundur.

Tun Musa Hitam mengakui melalui bukunya “Frankly Speaking” dalam parti Umno Najib tidak bakal dikalahkan kerana majoriti jajaran Umno berpihak kepada beliau. Bayangkan 3.4juta ahli , tolak ya katakan 50 ribu yang menolak Presiden , maka masih berbaki 3.35juta. Mengapa majoriti ahli parti mempertahankan Presidennya? Sebabnya Presiden parti jujur melaksanakan tugas. Presiden teguh mempertahankan agama, bangsa dan negara.

Sejak tahun 2009 selepas sahaja dilantik sebagai Perdana Menteri , pertumbuhan ekonomi negara menjadi positif walaupun berdepan dengan fenomena ekonomi global yang tidak menentuk termasuk penurunan harga mentah dunia daripada USD100 setong ke paras USD40. Penurunan itu menyebabkan negara kehilangan sehingga RM30bilion setahun daripada hasil minyak. Pun demikian, bajet tahunan negara sentiasa meningkat , kadar pertumbuhan ekonomi berlegar-legar di atas 4 peratus berbanding tahun 2009 negatif 7.4%.

Kalau negara merupakan negara rasuah , mengapa FDI mengalir masuk? Mengapa perdagangan negara meningkat ? Mengapa berjuta rakyat asing datang melancong? 

Kalau GST dikambingkan hitamkan sebagai asas peningkatan harga barang , sebenarnya dakwaan itu bersifat relatif kerana tanda-tanda negara menuju negara maju adalah melalui harga barangan dalam negara. Apabila harga barangan yang terasa mahal namun masih juga ada pembeli maka ianya menunjukkan daya beli rakyat meningkat. Apabila daya beli meningkat ertinya pendapatan juga telah meningkat. Tidak perlu memberi tahu Tun bahawa harga kopi secangkir di Jepun sama bernilai RM20 sedangkan kopi yang sama di Malaysia hanya RM1.20.

Kalau dilihat , GST bukanlah asas utama kenaikan harga barangan khususnya barangan ruji , atas sebab semua barangan keperluan ruji bebas GST termasuk minyak masak dan gas memasak. 

Sebenarnya tulisan-tulisan Tun Dr Mahathir bukannya dialamatkan kepada mereka yang tahu berkenaan dengan ekonomi akan tetapi tujuan tulisan beliau ditujukan kepada rakyat yang kurang tahu khususnya di kampung-kampung. Sepatutnya tulisan-tulisan yang bertujuan mengelirukan tidak seharusnya daripada mantan Perdana Menteri. kredit sumber 

Bagi MMI mudah , yang mengamalkan rasuah itu adalah individu dan masing-masing punya agenda tersendiri.Salah tetap salah dan benar tetap benar cumanya kita tidak harus mencampuri urusan emosi dengan politik.

Jika kedua-duanya diadun bersama maka MMI bimbang apa yang bakal terhasil itu adalah FITNAH dan ADU DOMBA yang boleh merosakkan apa yang telah kita pertahankan selama lebih dari 70 tahun lamanya.

Atas alasan itu maka MMI lebih terarah dan menyokong usaha serta tindakan menangani masalah rasuah dan rasional dalam membuat tuduhan kerana silap percaturan kita akan memusnahkan bukan sahaja negara tetapi juga memperjudikan seluruh nasib rakyat Malaysia tanpa mengira kedudukan , bangsa dan agama.

MMI

BICARA Dengan Mr. B !

Gambar Hiasan

Semalam MMI berkesempatan berbual dengan pekerja-pekerja dari negara Bangladesh dan sebagai warga Malaysia MMI sedikit teruja untuk mengetahui corak dan suasana negara tersebut.Mengambil kira kedatangan mereka ke Malaysia adalah untuk mencari rezeki dan memenuhi keperluan sektor yang orang Malaysia sendiri tolak untuk dipenuhi maka MMI membuat keputusan untuk bertanya sebanyak mungkin.

MMI namakan warga Bangladesh ini sebagai MR B.

Kebetulan Mr. B ini sudah berada dalam negara kita hampir 9 tahun dan bakal menamatkan kontraknya setahun sahaja lagi , maka perbualan itu agak mudah dilakukan memandangkan Mr. B faham dan boleh bertutur bahasa Melayu.

Perkara paling utama yang Mr. B pelajari dari negara Malaysia adalah begitu banyak peluang-peluang pekerjaan yang tersedia untuk warganya.Namun beliau sendiri berasa hairan dan kebingungan kerana warga Malaysia sendiri seolah-olah tidak pernah menghargai peluang tersebut.

Perbualan itu kemudiannya berlarutan tentang perkembangan negara Bangladesh sendiri.

Menurut Mr. B jumlah penduduknya sudah terlalu ramai sehinggakan peluang pekerjaan itu menjadi begitu kecil.Ruang dan peluang untuk pekerjaan itu ada tetapi ianya dimonopoli oleh budaya RASUAH yang cukup dasyat.

Bayangkan di negara tersebut , untuk mendapatkan pekerjaaan seseorang itu perlu mengeluarkan sejumlah wang untuk diberikan kepada wakil atau pihak majikan semata-mata untuk mendapatkan pekerjaaan.

Jumlahnya bukan calang-calang ada yang mencecah puluhan ribu ringgit !

Bahkan untuk masuk ke taman-taman tema pun budaya rasuah masih lagi menjadi amalan dan ini diperakui sendiri oleh Mr. B apabila barisan yang panjang boleh dipotong hanya dengan memberikan ole-ole kepada penjaga pintu masuk.

Banyangkan suasana tersebut ! 

Negara Bangladesh sebenarnya mempunyai bahan mentah berupa gas yang begitu banyak.Malahan industri gas di negara tersebut jika dilakukan secara profesional seperti mana Malaysia dengan Petronasnya pasti akan mampu membawa perubahan kepada negara terbabit.

Namun kerana masalah polisi dan rasuah maka industri tersebut tidak mampu berkembang dan Mr. B sendiri mengakui betapa harga bagi satu tong gas untuk keperluan rumah di Bangladesh jauh lebih mahal daripada satu tong gas di Malaysia.

Nisbahnya harga 2 tong gas di Malaysia bersamaan dengan 1 tong gas di Bangladesh !

Paling menarik perhatian MMI adalah pekerja-pekerja di Bangladesh (government servant) akan berpencen sekitar usia 40an dan tindakan ini dilakukan bagi memberi peluang kepada orang lain untuk mengisi kekosongan pekerjaaan yang disediakan oleh pihak kerajaan.

Mereka-mereka yang berpencen pula hanya akan mendapat sebahagian kecil sahaja daripada jumlah gaji terakhir mereka dan kemudiannya perlu mencari dan melakukan pekerjaan lain bagi menampung kehidupan dan keluarga.

Mungkin kerana itulah sebahagian besar warganya merantau ke pelusuk dunia untuk mencari pekerjaan.

Mereka yang dulunya seorang guru kini bekerja sebagai operator kilang stamping di Malaysia !
Mereka yang punya ijazah kini bekerja sebagai operator mesin ! 

Perghhh bayangkan kalau di Malaysia ???

Apa yang boleh MMI katakan jika Mr. B tidak berbohong maka ianya jauh lebih dasyat daripada apa yang kita di Malaysia sedang musnahkan !

Budaya dan gejala rasuah di bumi Bangladesh bukan sahaja berlaku sesama warganya tetapi turut berlaku di peringkat yang lebih tinggi.

Malah Bangladesh berdepan dengan banyak masalah yang memberikan kesan terhadap pertumbuhan ekonomi dan masa depan negara terbabit.

MMI rumuskan ianya seperti di bawah :-

1.Meluasnya gejala rasuah
2.Ketidakstabilan politik 
3.Persaingan ekonomi dunia
4.Populasi rakyatnya yang mempengaruhi tahap kemiskinan
5.Kelembapan pelaksanaan reformasi ekonomi
6.Miskin infrastruktur
7.Krisis tenaga contohnya bekalan elektrik dan air bersih
8.Pertambahan buruh yang tidak memiliki peluang pekerjaan.

Banyak lagi yang dibualkan termasuklah tentang sejarah dan keadaan politik negara terbabit.

Yang pasti ibu kepada permasalahan yang wujud di Bangladesh berdasarkan perbualan dengan Mr. B adalah penguasaan besar budaya rasuah yang membawa sehingga keperingkat tertinggi negara tersebut !

Benarlah kata orang betapa kita suka mengeluh sedang hakikatnya kita jauh lebih baik daripada orang lain.

Apa yang boleh MMI pelajari daripada perbualan bersama Mr. B adalah kita jauh lebih baik daripada mereka , dan apa yang sedang berlaku di Malaysia pada hari ini adalah malapetaka yang mampu memusnahkannya sekiranya ia tidak ditangani dengan baik.

Contohnya ada dikalangan kita yang saban waktu membuat tuduhan kononnya Malaysia merupakan sebuah negara RASUAH !

Sejauh mana kebenaran tuduhan tersebut ?


MMI

Saturday, 20 August 2016

Racau Politik Muhyiddin !


Sebelum ini ramai yang melihat ada perbezaan diantara Presiden UMNO dengan Timbalan Presiden UMNO.Maksudnya dari segi pembawakan serta sikap kepimpinan yang ditonjolkan kepada ahli di akar umbi.

Jika Najib dilihat sebagai pemimpin yang begitu komited dan cukup tabah dalam mendepani onak ranjau politik , Muhyiddin pula dilihat sebagai seorang pemimpin yang penuh dengan sikap kemelayuannya.Bahkan Muhyiddin pernah dilabel sebagai RASIS oleh puak-puak pembangkang hanya kerana dasar-dasar beliau yang lebih terarah kepada mempertahankan hak orang Melayu.

Kalau disebutkan sahaja parti cauvinis DAP , pemimpin ini pastinya lantang mengkritik dasar-dasar parti cauvinis itu yang dilabelnya sebagai rasis dan double standard.

Tapi kini apabila gerak tarinya berubah dan tindak tanduknya dapat dihidu sedang berusaha untuk merosakkan kepimpinan parti dan negara dari dalam , Muhyiddin mula membuka pekung di dada dan beliau tanpa sedikit pun rasa bersalah sudah dilihat begitu akrab dengan parti cauvinis yang pernah ditolaknya sebelum ini.

Begitu janggal sekali apabila Muhyiddin dilihat menerima kehadiran DAP dan Lim Kit Siang untuk bersama-sama dalam apa yang mereka momokkan sebagai pasukan pembangkang.Malahan dasar pasukan pembangkang ini juga samar.

Jika sebelum ini kewujudan kem Muhyiddin bersama-sama dengan Tun Mahathir , Mukhriz dan lain-lainnya adalah untuk menjatuhkan kepimpinan Najib sebagai Perdana Menteri kini semua berubah kononnya untuk mengembalikan demokrasi kepada rakyat.

Demokrasi apa kalau gerakan menjatuhkan Perdana Menteri mahu dilakukan tanpa mengikut lunas undang-undang yang tersedia ?

Nampaknya Muhyiddin sudah jauh tersasar dan kerana ketaksuban terhadap Tun Mahathir yang kini sedang sealiran dengan puak-puak pembangkang DAP , PKR dan PAN , Muhyiddin bakal mencemarkan masa depan politiknya sendiri.

Kehadiran BERSATU yang masih belum disahkan oleh ROS juga dilihat sebagai titik tolak kepada bermulanya episod malang karier politik Muhyiddin memandangkan kekalutan yang berlaku sesama mereka.

Jika senada sekalipun ianya hanyalah sekadar lakonan politik kerana mereka tahu rakyat perlu dimomokkan kononnya pasukan pembangkang itu BERSATU !

Hakikatnya akan berlaku masalah pembahagian kerusi apabila tiba masanya kelak dan sejauh mana DAP dan PKR boleh melepaskan kerusi-kerusi mereka untuk BERSATU ?

Malahan PAN yang jangka hayatnya dijangka akan tamat sesudah PRU14 nanti pastinya turut sama mahukan kerusi-kerusi tertentu sebagai bukti kehadiran mereka bukan sekadar pencacai DAP !

Mungkin situasi sewaktu PRN Sarawak akan berulang dan mungkin jauh lebih dasyat dari itu.

Bagaimana agaknya Muhyiddin mahu menongkah arus kali ini ?

Muhyiddin pernah berkata, agenda parti DAP yang sebenar ialah ingin melihat perpecahan di kalangan umat Islam dan melaga-lagakan umat Islam dengan bukan Islam.

Orang Melayu juga mesti berwaspada dan jangan sampai terpedaya dengan MUSLIHAT JAHAT DAP, kata beliau.

Muhyiddin mengaku supaya janganlah jadi pembelot seperti si Kitol, janganlah jadi seperti tikus membaiki labu, janganlah jadi seperti Pak Kaduk, menang sorak, kampung tergadai, janganlah sudah terhantuk, baru terngadah. Jangan sampai nasi menjadi bubur.

Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya dan DAP sudah pasti bukanlah parti untuk orang Melayu dan Bumiputera, tambah Muhyiddin.

Alih-alih Muhyiddin memilih untuk bersama dengan DAP ?

Well Muhyiddin jelas sedang meracau dan racau politinya kali ini sudah sampai ke tahap yang cukup kritikal.

Geraknya sudah tersasar dan lenggoknya sudah keterlaluan sewajarnya Muhyiddin segera muhasabah diri sekurang-kurangnya Muhyiddin masih Muhyiddin jangan sampai Muhyiddin bertukar menjadi Sang Kelembai yang sumpahnya tidak menguntungkan siapa-siapa.

MMI

Wednesday, 17 August 2016

JELAS PAN Hanyalah Pencacai DAP !


Kehadiran PAN bersama-sama dengan DAP dan PKR masih lagi belum memberikan impak positif kepada puak-puak pembangkang di Malaysia.Sebagai pemimpin utama parti PAN sudah tentulah Mat Sabu sedar dan merasai betapa peritnya menjadi sang pencacai kepada parti cauvinis DAP.

Nak ikut kata hati , nanti hilang kedudukan dan wang ringgit !

Nak ikut telunjuk DAP maka aku perlu bersedialah untuk di macaikan !

Jadi tak ada pilihan lain , nak balik pada PAS pun aku dah ludah dah !

Hmmm senang cita harung jalah ...

Mungkin itu sebahagan daripada episod duka lara drama swasta yang MMI sendiri pun tak pasti berapa episod.

Yang pasti MMI yakin kehadiran PAN dalam dunia politik tanahair hanyalah sebagai platform untuk DAP terus bergerak dan berusaha untuk mengapalai kem pembangkang.Agenda tersirat DAP itu sudah lama tersimpan kemas dalam hati tiap pimpinan besar mereka , cuma masa dan ketika sahaja belum sampai.

Dan untuk sampai ke tahap itu DAP perlu berusaha dengan lebih giat lagi merasuk jiwa dan roh orang-orang Melayu agar menentang kumpulan terbesar orang-orang Melayu iaitu UMNO.

DAP tahu dan sedar yang menjadi halangan mereka pada hari ini hanyalah parti UMNO dan kekuatan UMNO itu secara tidak langsung telah menjadi kekuatan kepada keutuhan Barisan Nasional dan kerajaan Malaysia.

Kerana semua itulah manusia bernama Mat Sabu dipergunakan secukupnya !

DAP selama ini telah berjaya menghidu kelemahan yang ada pada diri bekas pemimpin PAS ini dan telah berjaya memanipulasi minda dan jiwa politiknya sehingga menjadi tali barut DAP dalam PAS.


Tak perlu MMI ceritakan panjang lebar , semua orang sedia maklum apa yang telah berlaku dalam PAS sehingga Mat Sabu bertindak menubuhkan PAN.

Namun sebagai orang Melayu , MMI tumpang simpati memandangkan pemimpin PAN ini secara realitinya sudah hilang kredibiliti dan beliau sudah hilang harga diri apabila membiarkan DAP merencanakan segala pelan politik untuk masa mendatang.

Ringkasnya semua ini dapat dibuktikan melalui perbalahan terbaru sesama parti dalam Pakatan Harapan yang disiarkan oleh umnoonline.

Abdul Rahman Abdul Talib atau lebih dikenali sebagai Tulang Besi merupakan penyokong tegar PAN melemparkan lapan kata nista kepada PKR hanya kerana menuduh PAN sebagai khadam DAPigs.

Walaupun tidak menyatakan sebab kenapa dia melemparkan nista itu, namun blogger pro PAS memberi sedikit pencerahan apa yang sedang berlaku dalam Kerajaan Selangor mutakhir ini.

Antara lain, blogger Pro PAS, Tentera Semut Grup mendakwa pimpinan PAN menyerang pimpinan PKR di SUK kerana maklumat sulit hasil perbincangan yang tersiar di media sosial.

Memetik sumber daripada PKR, blogger itu juga turut mendedahkan enam perkara yang telah diputuskan dalam mesyuarat tersebut untuk mengekalkan kemenangan Pakatan di Selangor iaitu :

1.PKR akan bertanding di kerusi yang sama dalam PRU 13.
2.DAP akan bertanding di kerusi yang pernah ditandingi masa PRU 13.
3.PAS juga akan bertanding dikerusi yang pernah ditandingi dalam PRU 13.
4.BERSATU pula akan diberi kerusi dari DAP dan PKR untuk ditandingi.
5.PAN pula dicadang oleh pimpinan DAP supaya dibubarkan dan pimpinan PAN diberi beberapa kerusi ‘ehsan’ dari DAP. Ini kerana PAN ‘tidak menonjol, tidak mendapat sambutan dan tidak disukai’ oleh kebanyakan rakyat.
6.PKR dan DAP risau jika PAN bertanding akan kalah. Oleh itu PAN akan diserap ke dalam dalam DAP. Baca seterusnya 

Mengambil kira daripada perkara 5 dan 6 diatas , maka MMI boleh simpulkan betapa teruknya maruah PAN di kaca mata DAP dan PKR.

Inilah sebenarnya harga diri pemimpin dan ahli-ahli PAN , mereka sudah tidak punya apa-apa melainkan sokongan bersyarat DAP !

Malah jika parti Muhyiddin yang sedang melalui proses pendaftaran itu hadir dan bersama-sama dengan kem pembangkang , MMI yakin PAN tetap akan kekal menjadi parti tercorot dalam hiraki pembangkang.

MMI akan terus mengikuti perkembangan menarik ini dan kita tunggu lihat apakah yang bakal berlaku sekiranya PAN ingkar arahan DAP untuk membubarkan PAN ?

MMI

Tuesday, 16 August 2016

Hilang Daulat Maka Kita Akan Jadi BANGSAT !! Wajib Baca ...


Semakin negara bergerak maju, semakin kuat warganya berpegang kepada agenda negara, agar semangat patriotisme semakin tinggi bagi menghadapi ancaman luar. Ini tidak, makin bercelaru, perkara berkaitan agenda dan identiti negara mahu dicairkan. Kalau boleh, mahu ditiadakan langsung, hanya kerana ia berkaitan bahasa dan agama negara iaitu Melayu dan Islam.

Sepatutnya kedua agenda negara ini mesti difahami dan dihayati oleh semua, tanpa berkecuali. Peliknya, sudahlah ia tidak dikuasai, malah diperlekehkan dan dipersendakan. Ke manakah arah tuju kita? atau sekadar mahu mengekalkan kedudukan dan kuasa?

Lihat RUU355, ultra kiasu amat bersatu, mahu mengumpulkan sejuta tandatangan, walaupun jawapan telah diberikan oleh pihak kerajaan bahawa ia hanya bertujuan memperkasakan Mahkamah Syariah, bukannya hudud. Tetapi terus ditentang. Kenapa? Kerana mereka takut  perniagaan haram mereka terjejas.

Dalam bidang seni pula, ada segelintir anak seni mempertikaikan keputusan Festival Filem Malaysia ke 28 untuk mengkategorikan Filem berasaskan bahasa iaitu kategori Melayu dan Bukan Melayu. Ultra kiasu mengambil kesempatan ini, bersatu menentang, akhirnya kerajaan tunduk.   

Lebih pelik lagi, Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Antara Penganut Agama (JKMPKA), mahukan Kementerian Pendidikan mewujudkan subjek ‘interfaith understanding’ bagi membolehkan para pelajar sekolah lebih memahami dan menghormati pelbagai fahaman agama di negara ini. Siapa yang patut memahami siapa? Minoriti memahami majoriti atau majoriti memahami minoriti?

Sangat memeranjatkan apabila Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan mencadangkan agar Sekolah Kebangsaan (SK) dicairkan identiti Melayu dan Islam bagi menarik perhatian pelajar bukan Melayu. SK pada hari ini dikatakan terlalu kemelayuan dan keislaman sehingga pelajar bukan Melayu dan orang Melayu sendiri tidak berminat untuk bersekolah di sana. Peratus pelajar bukan Melayu bagi SK hanya naik 4% manakala pelajar Melayu SJKC meningkat 18%. SJKC menggantikan SK dalam 10 tahun lagi.

Peliknya, SJKC/T tidak pula dinasihatkan untuk dicairkan sedikit kecinaan dan keindiaannya agar lebih menghayati falsafah pendidikan kebangsaan dan agenda negara.

Pendek kata, ultra kiasu ini mahukan identiti kebangsaan dicairkan, manakala identiti mereka semakin mencengkam. Patutkah pemikiran agenda sebegini dibiarkan berleluasa?

Persoalannya, apakah benar SK tidak mendapat perhatian disebabkan oleh kemelayuan dan keislamannya atau ada isu lain yang lebih besar lagi? Ini lah perkara yang gagal difahami oleh majlis ini.

Pertama, jangan berkompromi dalam perkara berkaitan agenda negara kerana ia adalah kedaulatan negara. Hilang daulat, kita akan menjadi bangsat. Agenda negara tidak boleh menjadi bahan ujian trial and error. Ianya mesti dilaksanakan tanpa rasa takut.

Kedua, jika kerajaan terlalu merasakan bahasa Cina itu terlalu penting dalam mengejarkan kemajuan dan kebangkitan kuasa ekonomi China, cadangan saya, binalah sahaja Sekolah Agama aliran Cina bagi memberikan saingan kepada Sekolah Cina. Saya amat yakin ramai anak mualaf dan Melayu lain akan menghantar anak mereka ke sini dan kita boleh bersaing dengan sekolah Cina yang lain. Perkara ini telah saya cadangkan dalam Persidangan Meja Bulat Cina Muslim baru-baru ini.

Selain itu, kerajaan mesti membuka SBP seperti SMKA dan MRSM yang selama ini dikhususkan kepada Melayu dan Bumiputera, kepada anak mualaf, bagi membolehkan anak Melayu bersaing secara sihat dengan anak  Cina ini. Anak Melayu mesti dikeluarkan daripada zon selesa.

Kedua, adalah tidak adil jika SK sahaja minta diliberalkan manakala SJKC/T terus dengan perkaumannya. Justeru, BM mesti didaulatkan. Masa pembelajaran dan pengajaran BM mesti ditambah. Guru-guru BM dan BI tidak perlu disyaratkan mesti mempunyai kredit dalam bahasa Cina. Ringkasnya, kerajaan yang tentukan dasar bukan mereka.

Ketiga, silibus BM dan peperiksaan BM mesti diseragamkan mengikut BM SK. Kementerian Pendidikan tidak perlu membuang masa menyediakan dua (2) kertas BM yang berbeza antara SK dengan SJKC/T. Lebihan wang tersebut boleh digunakan untuk membantu pelajar-pelajar miskin. Percayalah, jika kertas BM diseragamkan pasti lebih ramai pelajar SJKC/T yang akan gagal BM dan tercicir disebabkan penguasaan BM mereka yang rendah.

Akhirnya, tidak ada sesiapapun menolak kemajuan dan kebangkitan kuasa ekonomi Cina masa akan datang. Malah, semua mengakui akan kepentingan mempelajari bahasa asing seperti BI dan bahasa Cina sebagai persediaan.

Tetapi biarlah kita maju dengan adanya identiti. Tidak ada erti sebuah kemajuan, jika pada akhirnya nanti, negara maju, tetapi identiti nasional hancur ditelan zaman arus sekular yang akan menghaiwankan manusia. Ingatlah, pemimpin datang dan pergi, tetapi keputusan yang dibuat akan kekal dan diwarisi oleh generasi akan datang.

Setiap kali Menteri membuat lawatan keluar negara, apakah mereka tidak belajar dan mengambil pengajaran bagaimana negara lain mengakari agenda negara. New Zealand walaupun diperintah kulit putih, tetapi identiti bangsa Maori amat dihormati, dan dipertahankan. Jangan dibandingkan dengan Thailand, Indonesia, China, Jepun dan dunia lain. Kita bagaimana?

Penulis 
Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah,
Profesor, INSPIRE/FUPL, UniSZA

Sunday, 14 August 2016

KETUANAN MELAYU , Di Mana Kita Hari Ini ??


PRU14 hanya berbaki lebih kurang 2 tahun sahaja lagi dan mungkin tempoh itu lebih pendek sekiranya desas desus yang MMI dengar ianya akan berlaku pada tahun hadapan.Jika mengambil kira daripada tempoh masa tersebut maka sudah tentulah segala persiapan dan persediaan penuh perlu dilakukan segera.

Suasana politik negara kita pada hari ini jelas bukanlah sesuatu yang boleh kita ambil sambil lewa memandangkan pelbagai rintangan yang masih membelenggu sebahagian daripada kita.Sebagai sebahagian daripada kumpulan terbesar orang-orang Melayu, UMNO perlu tampil dengan wadah yang jauh lebih meyakinkan.

Sejak zaman berjuang untuk membebaskan diri kita daripada tangan penjajah sehinggalah kita berjuang mencapai Kemerdekaan , orang-orang Melayu telah bangkit dengan penuh bersemangat.Semangat yang MMI istilah sebagai NASIONALISMA ini begitu hebat sehinggakan kita mencatat sejarah memiliki kemerdekaan tanpa pertumpahan darah.

Satu kejayaan besar sebenarnya dan ianya diwariskan daripada satu generasi ke satu generasi yang lain tanpa sedikit pun tersasar.Berpegang kepada warisan inilah Melayu terus bangkit sehingga kita mampu menjadi sebahagian daripada suara dunia.

Hakikatnya Melayu itu hebat ! 

Pantang dicabar dan Melayu terkenal dengan santunnya ... 

Malahan sejarah yang dibanggakan oleh orang Melayu kekal menjadi episod turun temurun yang disampaikankan kepada anak cucu cicit sebagai garis panduan betapa Melayu tidak akan sesekali menderhaka kepada Rajanya , kepatuhan Laksamana Hang Tuah dijadikan sebagai asas kepada keagungan adab orang Melayu dan penderhakaan Laksaman Hang Jebat menjadi pedoman bahawa emosi hanya akan menjadikan kita lebih lemah.

Secara ringkasnya begitulah simboliknya kehidupan orang Melayu , mereka punya kedudukan tersendiri dan adat ini menjadi amalan sejak turun temurun.

Dalam masa yang sama kita perlu ingat bahawa pada ketika itu juga orang Melayu sebenarnya sudah pun dihidangkan dengan hasad dengki dan dendam politik sehingga Sultan Melaka tergamak menjatuhkan hukuman bunuh terhadap Laksaman Hang Tuah.

Sedarkah kita bahawa hukuman tersebut berpunca daripada rasa dendam segelintir pembesar Melaka yang begitu marah dengan kedudukan Laksaman Hang Tuah yang dilihat begitu rapat dengan Sultan Melaka ?

Walaupun MMI tidak pasti kisah Laksaman Hang Tuah ini adalah catatan sejarah ataupun cerita mitos , hakikatnya banyak pengajaran yang boleh kita pelajari daripada peristiwa tersebut.

Ingatlah Kota Melaka jatuh bukan kerana kekuatan puak penjajah tetapi kerana kedangkalan orang Melaka sendiri !

Sejak itu Melayu bangkit lagi , kebangkitan itu kemudiannya diterjemahkan dengan pelbagai siri penjajahan oleh puak-puak penjajah sehinggalah kita berjaya menuntut kemerdekaan.

Berdiri atas kaki sendiri , kita membuktikan kepada dunia bagaimana orang Melayu mampu menjadi pemimpin dan pimpinan ini tidak akan sesekali menyanggah dan menekan bangsa-bangsa lain.Ramuan dicipta untuk kesemua bangsa ini hidup serumpun dan ianya berjaya !

Kejayaan itulah yang telah membawa bumi bertuah Malaysia ini mencipta kejayaan demi kejayaan sehinggalah ke hari ini.

Orang Melayu Malaysia ini cukup bertuah ! 

Bagi setiap insan yang dilahirkan atas nama Melayu mereka secara langsung sudah pun secara automatik berada dalam kelompok agama Islam.

Dan kerana bangsa Melayu itu adalah bangsa dominan di Tanah Melayu maka secara tidak langsung Islam menjadi agamanya.

Berbicara atas nama Melayu maka kita pasti yakin bahawa mereka adalah Islam walaupun ramai dari kalangan Melayu itu sendiri murtad.

Namun disebalik semua itu , kita tidak boleh sesekali terlepas pandang terhadap perpecahan yang telah berlaku terhadap orang-orang Melayu sendiri,

Melayu sudah tidak lagi mahu bersatu atas nama Melayu sebaliknya mereka memilih untuk bersama atas nama politik.Perubahan atau tranformasi inilah yang sebenarnya telah menyebabkan dunia Melayu itu berubah.

Daripada sebuah kesatuan yang begitu besar ianya berpecah menjadi beberapa kumpulan berbeza dan masing-masing berentap dengan ideologi politik masing-masing bukan lagi atas nama KETUANAN MELAYU !

Persoalannya Milik siapakah KETUANAN MELAYU ini ?

Apakah ianya milik orang Melayu UMNO ? orang Melayu PAS ? orang Melayu PKR ? orang Melayu DAP ? atau ianya tidak lagi menjadi sebahagian daripada ASAS UTAMA dan hanya dijadikan sebagai pelengkap bicara dengan tindakan-tindakan retorik penuh kepalsuan.

Apakah nilainya bagi generasi baru apabila Melayu menjulang KERIS ?

Apakah nilainya bagi generasi baru apabila Melayu tampil berbaju Melayu dan bertengkolok ?

Apakah nilainya bagi generasi baru tatkala Melayu bangkit melaungkan HIDUP MELAYU ?

Sebagai generasi PEWARIS , kita perlu melihat kepada perubahan demi perubahan yang telah berlaku ini kerana MMI yakin perubahan itu telah memberikan impak negatif yang cukup terkesan kepada orang Melayu itu sendiri.

UMNO mengaku bahawa parti itu milik orang Melayu dan Islam adalah agama rasminya.Pelbagai perkara telah dilakukan termasuklah dasar-dasar yang berkonsepkan Islamik namun realitinya banyak perkara yang kita terlepas pandang.

Sedarkah kita bahawa Melayu hari ini sedang berdepan dengan konflik terhadap bangsa sendiri ?

Tahukah kita bahawa Melayu sedang tersasar dari landasan ?

Hakikatnya Melayu hari ini sudah mula menerima malah mengamalkan dasar-dasar liberalisma dalam kehidupan mereka sendiri !

Malahan parti UMNO yang kita anggap keramat ini pun sedikit demi sedikit sudah dimamah dengan dasar liberalisasi sehingga ianya dilakukan secara terang-terangan.

Sehingga ke saat ini , UMNO masih lagi GAGAL untuk MENGAJAR ahli-ahlinya supaya menjadikan adab dan hukum Allah SWT itu sebagai perkara UTAMA dalam apa jua gerakan politik yang mahu kita laksanakan.

Perkara paling asas UMNO masih lagi GAGAL untuk mewujudkan ETIKA PEMAKAIAN kepada ahli-ahlinya supaya menutup aurat !

Bahkan baru-baru ini berlaku pula tarian gelek dalam Persidangan Pergerakan Puteri UMNO di Kelantan !

Paling hebat sekali , MMI dimaklumkan bahawa pada hari ini orang Melayu sendiri menjadi pelindung kepada kewujudan premis-premis perjudian yang sudah mula tumbuh bagai cendawan diserata ceruk negara.

Apakah kita sudah hilang akal atau pertimbangan untuk menjadi pelindung kepada hal yang begitu dilaknat oleh Allah SWT ?

Fahaman atau dasar apa yang sedang kita lakukan ini ?

Islamkah Melayu UMNO ni ?

Usaha yang menjurus kepada tindakan-tindakan liberal ini sebenarnya cukup membahayakan !

Sejarah peralihan kepimpinan di Turki sewajarnya menjadi pedoman kepada kita semua.

Mustafa Kemal Antartuk yang dikenali sebagai bapa pemodenan Turki ini adalah manusia yang bertanggungjawab merubah lanskap politik negara itu daripada Islam menjadi sebuah negara liberal.

Kehadirannya dalam perjuangan untuk merubah politik Turki mendapat dokongan dan sokongan jitu daripada seluruh rakyat Turki.Namun kehadirannya bukan untuk menyatukan umat Islam tetapi sebaliknya menjadi tali barut dan agen laknatullah untuk menghancurkan Islam.

Antara pembaharuan dan pemodenan yang telah dilakukan oleh Mustafa Kemal Antartuk adalah :-

Menandatangani perjanjian LUZAN dengan pihak Inggeris dan kuasa bersekutu Barat.

Antara perjanjian itu adalah ,

1.Sistem Khalifah Islam mesti dihapuskan 
2.Menukar peraturan syariat Islam dengan undang-undang Barat
3.Memisahkan urusan agama dengan politik dan negara
4.Azan ditukar ke dalam bahasa Turki
5.Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
6.Memaksa perempuan membuka atau mendedahkan aurat
7.Termasuklah membunuh para ulama dan lain-lain.
Baca seterusnya di SINI 

Apakah kita mahu melihat keadaan yang sama berlaku di bumi Malaysia ?

Percayalah dalam sedar dan tidak , budaya dan gerak liberal ini adalah sesuatu yang cukup membahayakan dan terimalah hakikat bahawa ianya sudah merebak ke dalam kehidupan kita.

Lihatlah disekeliling , lihat bagaimana orang Melayu hari ini ?

Kehadiran mereka bolehlah diibaratkan sebagai anai-anai yang sedang merosakkan struktur kita dari dalam ! Jika ianya tidak dibendung maka satu hari nanti nescaya rumah yang kita bina dan jaga sejak 70 tahun yang lalu pastinya akan roboh menyembah bumi !

Perpecahan sudah semakin ketara , gerakan demi gerakan yang menjadikan fitnah dan adu domba seolah-olah dihalalkan dan kita masih terkial-kial untuk mencari resepi menanganinya.

Generasi pelapis dan anak muda yang bakal tampil selepas ini bukanlah anak-anak muda biasa , mereka hadir dalam tempoh negara sudah merdeka hampir puluhan tahun yang lalu.

Mereka tidak lagi merasai peritnya perjuangan menuntut kemerdekaan !

Mereka tidak lagi merasai susah payah pejuang-pejuang kita berdepan dengan penjajah !

Malahan dalam situasi negara pada hari ini , sudah tentulah mereka punya pilihan yang pelbagai dan kita perlu sedar pilihan-pilihan yang wujud hari ini sebenarnya mampu menggugat kedudukan UMNO sebagai wadah perjuangan orang-orang Melayu.

Sebagai generasi PEWARIS , kita perlu menanganinya !

Bukan sesuatu yang mudah kerana generasi hari ini berbeza cara cakapnya , berbeza penampilannya dan berbeza pemikirannya.

Antara contohnya lirik lagu ni ...

"Semalam I call you, you tak answer 
You kata you keluar pergi dinner
You kata you keluar dengan kawan you
but when I called Tommy he said it wasn't true"

Terjemahkan secara rasional lirik lagu tersebut !

Bukan MMI berniat untuk mengkritik hasil kerja seni ini tetapi lirik lagu tersebut jelas mencerminkan realitinya yang sedang berlaku diluar sana.

Sebab itulah sebagai PEWARIS kita perlu benar-benar faham dan difahamkan tentang maksud KETUANAN MELAYU !

Jika sebahagian besar daripada kita semua memahami maksud KETUANAN MELAYU , maka kita pastinya akan sedar betapa banyak perkara yang telah kita terlepas pandang dan kita perlu segera pulihkan.

Untuk itu MMI mengajak semua untuk sama-sama kita hayati maksud disebalik lirik lagu di bawah , fahami dan terjemahkan lirik dan lagu ini dalam konteks perjuangan kita sebagai generasi PEWARIS.



Percayalah Melayu masih RELEVAN dan Melayu itu beragama ISLAM , kedua-duanya tidak dapat dipisahkan dan kita cukup beruntung kerana menjadi Melayu !

Akhir kalam ....

Benarkah Melayu takkan hilang di dunia ??

MMI

Labels