Followers

Friday 28 October 2016

RUU 355 We Have To Stand Together !


Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan tidak menjadi kesalahan untuk berunding dengan mana-mana pihak termasuk dengan kerajaan persekutuan berhubung perbentangan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 (RUU 355).

“Oleh kerana perkara ini (RUU 355) berkait dengan kepentingan bersama orang Islam, tidak menjadi kesalahan rundingan diadakan sama ada di peringkat politik, peringkat kerajaan dan pegawai.

“Sekiranya hal yang berkaitan seperti hal lebuh raya dan hal jambatan kedua Pulau Pinang boleh berunding (kerajaan) negeri dengan pusat, adakah salah kami berunding dengan kerajaan pusat?” katanya menjawab celahan Chong Chieng Jen (DAP-Bandar Kuching) ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2017 di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Chong sebelum itu mempersoalkan kemungkinan Abdul Hadi diperalatkan kerajaan pusat dalam membolehkan rang undang-undang persendirian itu dibentangkan di Dewan Rakyat.

Pada 26 Mei lalu, Abdul Hadi membentangkan usul rang undang-undang berkenaan yang antara lain bagi meminda Seksyen 2 untuk menggantikan peruntukan dalam undang-undang sedia ada iaitu Mahkamah Syariah akan mempunyai kuasa ke atas penganut agama Islam dan dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara yang disenaraikan dalam butiran 1 Senarai Negeri, di bawah jadual kesembilan Undang-Undang Persekutuan.

Dalam pada itu, Abdul Hadi yang juga Anggota Parlimen Marang turut melahirkan rasa dukacita apabila rang undang-undang itu mendapat maklum balas negatif termasuk daripada bukan Islam.

Jelasnya ia melibatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah berkaitan penganut Islam dan tiada kaitan dengan masyarakat bukan Islam.

MMI melihat dalam konteks RUU 355 ini , penolakan oleh mereka yang bukan dari kalangan bukan Islam sebenarnya memberikan kita satu jawapan yang cukup mudah.

Hakikatnya Malaysia merupakan sebuah negara Islam dan ianya termaktub dalam perlembagaan negara.Oleh yang demikian maka sebarang penolakan terhadap perkara-perkara yang berbangkit dan berkaitan dengan Islam adalah merupakan satu  kesalahan.

Malah menolak RUU 355 yang hanya terpakai kepada orang Islam sahaja adalah sesuatu yang tidak masuk akal.

Kenapa perlunya bukan Islam menolak RUU 355 ?

Berpijaklah dibumi nyata mereka bukan menolak RUU 355 sebenarnya tetapi MENCABAR dan MENOLAK kedudukan ISLAM di bumi MALAYSIA !

Sebab itulah MMI sebut awal-awal tadi WE HAVE TO STAND TOGETHER !

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels